Wednesday, February 24, 2010

Gulung Ekor Naga

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan belajar beberapa teknik tempur di dalam Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY).

(1) Teknik Gulung Ekor Naga (GEN). Teknik ini amatlah mudah untuk di pelajari dan di amalkan oleh yang berminat. Dengan menggunakan kedua dua tapak tangan, kita membuat gerakkan "gulung". Tujuan utama teknik gerakkan ini adalah untuk menghadapi musuh yang bersenjata seperti pisau.

Teknik GEN akan mengakibatkan musuh akan membuka ruang kepada kita untuk menyerang ke titik lemah musuh!





(2) Teknik Gayang Arwah Acik Bakar. Teknik tempur ini adalah bilamana kita berada di dalam posisi buah 12 di mana kita gayang luar. Dengan memukul kuat ke bahagian sendi lutut musuh dengan menggunakan buku lima atau siku, maka kita seterusnya membuat serangan susulan dengan membuka langkah jurus 1. Bilamana di dalam kedudukan jurus 1, kita akan melancarkan serangan dengan menggunakan siku ke arah ulu hati, mika, hidung musuh!ah

Teknik ini amat berkesan jika bertempur dengan musuh yang tinggi.

(3) Teknik mengangkat lengan musuh dengan menggunakan siku.Teknik ini bergena bilamana tangan kita sudah tercedera!

(4) Teknik men"yudu" . Dengan menggunakan jari tengah yang di "keluar"kan keluar, kita membuat serangan ke arah kawasan di bawah buah dada musuh!

1000 teknik yang di pelajari hendaklah senantiasa di buat latihan agar gerakkan yang dipeljari tersebut sebati dengan diri kita. Kaeadah gerakkan yang betul dan pantas!

Selamat beramal.

Wassalam..

Basteng

Monday, February 22, 2010

"Gulung" && Baby Ultraman Style Technique

Salam,



Alhamdulillah today i have learnt 2 new technique which is called as :

(1) Gulung. Dengan menggunakan kaedah "gulung", kita boleh menyerang musuh dengan menggunakan kedua dua tapak tangan kita untuk menekan bahagian belakang tapak tangan musuh dan juga bahagian lengan. Manakala dengan pantas tangan kita yang menggulung itu terus menyerang bahagaia leher, muka, hidung musuh.


Kaedah ini banyak di guna oleh Silat Lian Padukan ( http://lianpadukan.blogspot.com/ ) iaitu menyerang bertubi-tubi kearah bahagian sekitar muka & dada musuh.



(2) Baby Ultraman. Kaedah ini terhasil daripada`liuk lintuk seorang bayi di dalam perut ibunya.Bayi di dalam perut kebiasaanya dalam posisi memeluk dengan menyilang kedua tangannya. Manakala, bayi tersebut akan menghisap jari. Posisi kedudukkan bayi ini boleh di jelmakan untuk menghasilkan gerakkan berbahaya di dalam GPLY!






(3) Teknik memijak/menghentak jari kaki musuh. Kita memijak/hentak dengan menggunakan tumit kaki kita. Jari kaki musuh yang sebelah ibu jari iaitu 3 jari selepas ibu jari kaki!




(4) Dengan kaedah gerakkan kita ter"lebih" , maka kita melancarkan serangan dengan musuh menyerang daripada sisi kanan. Maka kita akan masuk dengan tapak tangan kiri kita akan "divert"/memesong lengan bahu kanan musuh && manakala serentak dengan itu dengan menggunakan tapak tangan kanan kita (tonjolkan ibu jari as "senjata" )untuk "mencium"/hentak (a) penyawa / (b) ulu hati, (c)bahagian leher & (d) mata musuh !

(5) Jurus 5. Gerakkan satu & dua sebenarnya hanya lah "bunga" && "putik"nya baru.Yang "buah"nya terhasil ialah susulan daripada gerakkan dengan menggunakan siku!


*Nota : Daun Hempedu Bumi adalah ubat yg mujarab untuk mengubati sakit kepala & darah tinggi. Daun Hempedu bumi ini sebaiknya hendaklah di masuk & rendam ke dalam air panas untuk di minum. Insyallah sakit kepala boleh hilang. Jadi tak perlu menelan panadol!

Selamat menjalani latihan & happy practice!

Wassalam..

Basteng

KAPAK





Salam,

Alhamdulillah today i would like to share with you one technique which is called as KAPAK.


By using your elbow, you make a deadly KAPAK strike technique to your opponent's face area such as nose, throat, ear & etc.

This is one of the dangerous technique because wrongly use potentially causing your opponent dead!

Nowadays, besides my dummy words, i am also using my pokok pinang which grow at my garden as my punching beg!

Happy practice....


Adious..

Basteng

Wednesday, February 10, 2010

Serangan Jurus Kaki

Salam...

Alhamdulillah hari ini berkesempatan belajar teknik menggunakan kaki.

1.0 Latihan kaki boleh di buat dengan meluruskan kaki ke dinding. Kemudian dengan membengkok kaki, kita membuat serangan dengan menggunakan tumit atau di bahagian hujung di bawah tapak kaki ( serangan) dan menggunakan tapak bawah kaki untuk blocking serangan musuh.

2.0 Serangan dengan menggunakan kaki boleh dilancarkan ke banyak bahagian lemah/sendi musuh seperti :
(a) Dekat buku lali musuh
(b) bahagian penyawa
(c) Bahagian di sekitar penyawa
(d) di bahagian pelipat belakang lutut iaitu dengan menghentak tumit kita ke tempat itu.
(e) Bahagian Lutut
(f) Bahagian ulu hati/dada
(g) Bahagian muka/tengkuk

3.0 Teknik latihan kaki boleh di buat dengan kaedah menendang bola, kita menghayun kaki kita ke wooden dummy. Juga bilamana kita memukul wooden dummy, lutut kita akan naik ke atas untuk memukul/blocking!

4.0 Teknik kita masuk dan buat tendangan sisi.

5.0 Teknik buat pukulan buah 5 dengan hidupkan tangan untuk tujuan meRENTAP!

6.0 Teknik menangkap & mematahkan kaki musuh. Dengan menggunakan kedua dua tangan, kita menggunakan satu tangan dengan memegang di bawah tumit musuh. Sementara tangan yang satu lagi untuk memusing dan mematahkan pergelangan sendi kaki musuh.

7.0 Teknik Mememgang buah Pukul 3. Teknik ini mengkehendaki tangan kita untuk memegang bahagian kaki musuh dengan cara menarik/mengangkat kaki musuh.

Selamat berlatih untuk menghidupkan kaki!

Wassalam..

Basteng

Monday, February 1, 2010

Lembang@Buang

Salam,

Alhamdulillah today i have learnt a few new technique in GPLY.

(1) Teknik lembang@buang Street Fighter. Teknik ini amat berkesan untuk menjatuhkan musuh kita. Bilamana musuh menyerang dengan menggunakan sisi kanan ( tangan dan kaki). Kita akan menggunakan tangan kiri kita ( iaitu dibahagian siku ke atas) untuk masuk ke celah ketiak kanan musuh kita. Sementara itu kaki kiri kita akan memainkan peranan untuk menghumban musuh kita dengan menyebabkan musuh kita terhumban@terpelanting jatuh.

(2) Teknik Tekan dan lurut Dagu. Teknik ini adalah berkesan untuk mengakibatkan musuh kita akan diserang di bahagian dagu. Dengan musuh masuk menyerang menggunakan sisi kanan, maka kita akan meNEKAN bahagian lengan kanan musuh dengan menggunakan tangan kanan kita ( ini adalah Makan Luar ). Seterusnya tangan kanan yang menekan lengan kanan musuh akan meLURUT laju menghentak bahagian dagu musuh!

(3) Teknik Lembang Tangkap. Teknik ini di laksanakan dengan jika musuh masuk menyerang daripada sisi kanan, maka dengan menggunakan tangan kiri kita akan menangkap tangan kanan iaitu bahagian lengan musuh. Manakala tangan, siku atau lutut kanan kita bersedia untuk memberi pukulan ke musuh!

(4) Teknik Tumbukkan GPLY 1. Dengan kiraan 5 kita akan menumbuk ke bahagian (a) muka, (b) susuk kiri, (c) susuk kanan (d) penyawa dan (e) ulu hati.Teknik ini memerlukan badan kita GAYANG seperti ular senduk. Di ingatkan bahagian kaki adalah tetap tidak berganjak.

(5) Teknik tumbukkan GPLY 2. Dengan kiraan 3, kita akan menumbuk tepat ke bahagian (a) muka musuh, (b) ulu hati dan (c) Penyawa. Juga dengan membuat ulangan tetapi daripada tumbukkan bawah ke bahagian atas pula.

(6) Teknik Pukulan Tapak Tangan. Teknik ini memerlukan kita memukul "wodden dummy" dengan menggunakan bahagian Ibu Tapak Tangan.

Happy practise!

Wassalam..