Saturday, June 30, 2012

Tekan / Henjang dgn guna anggota kaki

Assalamualaikum w.b.t.. Aku suka berkongsi akan teknik anggota kaki ( jurus lian # 6, 7, 8 & 9 ). Dalam beladiri Muay Thai, kita biasa didedahkan dengan teknik tendang bola iaitu dengan menyasarkan anggota kaki/lutut pihak lawan ! Jika betul tendangan teknik tendang bola itu boleh mengakibatkan pihak lawan terus tumbang kerana patah/tergeliat anggota kaki ! Sementara dalam GPLY yang aku belajar ini, teknik melancarkan serangan menggunakan anggota kaki dengan teknik tendang bola adalah salah satu cara yang mesti dikuasai ! Ini bermaksud sekiranya kita melancarkan serangan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita ke arah anggota sendi bahu anggota kanan pihak lawan, maka secara serentak pula anggota kaki kanan kita juga akan melancarkan serangan Tendang Bola ke arah anggota kaki kanan piha lawan ! Akibatnya, pihak lawan akan mati kutu & tidak sempat untuk bertindak balas ! Dengan teknik TEKAN/HENJANG, kita akan menggunakan anggota tengah tapak kaki kita ( bahagian byg lekuk ) melancarkan teknik TEKAN/HENJANG ke anggota pelapik sendi anggota lutut @ secara berdepan teknik TEKAN/HENJANG dibuat ke anggota lutut pihak lawan ! Akibatnya sangatlah menyakitkan kerana pihak lawan akan mengalami patah/tergeliat dibahagian anggota lututnya ! Teknik TEKAN/HENJANG ini ini sangat amat berkesan untuk kita menumpaskan lawan kita yang tidak mengira saiz samada lawan kita bertubuh sasa/tinggi @ kecil ! Untuk memahami bagaimana kaedah yang betul untuk melakukan teknik TEKAN/HENJANG ini, kenalah mengadap guru ! Lihat kan lah photo di bawah bagaimana teknik TEKAN/HENJANG boleh dilancarkan iaitu jika kita memerhatikan pihak lawan melangkah dengan menggunakan anggota kiri di hadapan, maka dengan menggunakan anggota kaki kanan kita akan meNEKAN/HENJANG ke anggota peha kiri pihak lawan yang berhampiran dengan anggota penyawa ! Sambil kita menarik anggota tangan kiri pihak lawan ! *Nota : dalam perang/ street fighting, tiada undang undang ! In whatever situation, we must protest ourselves and make sure our opponent not able to launch the strike back ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam... Basteng

No comments: