Sunday, July 29, 2012

Teknik Mainan Orang Kayu cara GPLY!

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku suka serta kan beberapa lagi teknik latihan menggunakan Orang Kayu. Lihatlah YouTube di atas bagaimana teknik & gerak pukul yang dilancarkan oleh sifu aku dilakukan ke atas Orang Kayu. Pukulan yang berterusan yang menggunakan kombinasi ke semua anggota tubuh kita seperti ke dua dua anggota tapak tangan, anggota siku, lutut & kaki dilancarkan secara bertali arus tanpa henti sehinggalah pihak lawan tidak mampu bangkit untuk melawan lagi. Di samping itu aku juga gemar akan teknik Orang Kayu yang ditunjukkan oleh Master Wong iaitu seorang pengamal beladiri Wing Chun. Lihatlah bagaimana tangkas & bersistematik pukulan yang dibuat oleh master Wong ke atas Orang Kayu ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Sunday, July 22, 2012

Orang Kayu @ Wooden Dummy

Assalamualaikum w.b.t... Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku belajar ini, Sparring Partner utama yang digunakan ialah Orang Kayu @ Wooden Dummy. Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana latihan menggunakan Orang Kayu dibuat iaitu 1. Teknik menggunakan anggota kaki untuk blocking/menyerang dilakukan ke atas Orang Kayu => Teknik blocking dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian anggota tapak kaki yg berlengkuk ! => Teknik serangan pukulan dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian hadapan ( untuk Lian jurus # 6 & # 7 ) . Juga dengan menggunakan anggota tumit kaki ! ( untuk Lian jurus # 8 & # 9 ) 2. Teknik menggunakan anggota lutut untuk blocking / menyerang di buat dengan menggunakan Orang Kayu . => Sifu aku memberi tunjuk ajar tentang bilamana seorang pengamal Lian menggunakan anggota lutut untuk melakukan serangan maka teknik yang betul ialah kedudukan posisi anggota badan hendaklah melentur ke belakang sedikit ! Ini untuk memastikan agar pukulan anggota lutut kita tepat mengenai ke sasaran yang di buat ! Di bawah ini aku sertakan beberapa video yang aku perolehi daripada YouTube yang berkaitan dengan Orang Kayu . Teknik yang ditunjukkan adalah seakan serupa sepertimana yang Sifu aku telah memberi tunjuk ajar kepada aku ! Sifu aku berkongsi akan satu kisah seorang Hamba Allah itu amatlah tinggi ilmu bela dirinya sehingga dikhabarkan Hamba Allah tersebut berkebolehan untuk berdiri di atas daun pokok pisang ! Sifu aku tidak peduli semua itu ! Satu perkara yang aku tabik spring pada sifu aku ialah sifu aku tidak peduli & tidak ambil kisah bagaimana tinggi & hebatnya ilmu seseorang itu hatta jika orang itu mampu menembusi 7 petala langit & bumi pun sehinggalah keluar api dari anggota mata orang tersebut, jika orang tersebut dalam jarak pukulan anggota 4 kerat maka dipendekkan cerita, insyallah orang yang masuk menyerang tersebut akan tumbang makan tanah ! Jika orang tersebut berjaya mengelak daripada terkena serangan anggota tangan, maka orang tersebut akan merasai penangan anggota kaki/lutut/siku seorang pengamal Lian ! Insyallah.. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Tuesday, July 17, 2012

Senaman Urat Saraf !!!

Assalamualaikum w.b.t... Aku suka berkongsi akan contoh beberapa teknik senaman urat saraf yang boleh di amalkan oleh kita semua. Di syorkan agar pergilah berguru untuk memahami segala senaman tersebut kerana disamping teknik yang betul yang diperlukan untuk melakukan senaman urat saraf tersebut, mengetahui kaedah pernafasan yang betul juga amat penting untuk menjadikan senaman tersebut lagi berkesan ! Setakat belasah & hentam keromo sahaja membuat senaman tanpa kaedah & teknik yang betul tidak mungkin akan menghasilkan keputusan yang terbaik ! Seeloknya senaman urat saraf tersebut di amalkan selepas solat subuh selepas mengerjakan solat subuh ! Sebenarnya disamping senaman urat saraf ini, aku juga mempunyai set senaman Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku amalkan iaitu hasil daripada kombinasi gerakkan daripada jurus GPLY # 1 sehinggalah ke jurus GPLY # 11 ! Sementara itu aku menemui satu YouTube menarik berkenaan beladiri yang dinamakan sebagai Silat G5 Lian Raja ! Lihatlah bagaimana pengamal bela diri Lian Raja juga menggunakan Orang Kayu sebagai alat latihan ! Apa yang sifu aku berkongsi sebenarnya Orang Kayu ini adalah latihan untuk ketepatan iaitu kita memahami & mengetahui tempat mana sasaran yang sepatutnya kita lancarkan. Di samping untuk menguatkan otot otot anggota tubuh badan kita ! Faham fahamlah jika latihan dibuat dengan memukul kayu maka insyallah anggota tangfan kita akan jadi kuat ! Selamat menuntut ilmu & beramal. *Nota : Selamat mengerjakan ibadat Puasa di bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini ! Wassalam. Basteng

Sunday, July 15, 2012

Teknik sepak bola terbalik & angkat kaki !!!

Assalamualaikum w.b.t... Aku suka berkongsi akan satu teknik dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku namakan sebagai teknik sepak bola terbalik + angkat kaki ! Caranya ialah bilamana kita melihat anggota kaki kanan pihak lawan melangkah di hadapan maka kita dengan pantas akan membuat tendangan teknik sepak bola terbalik dengan menggunakan anggota kaki kiri kita ke anggota buku lali kaki kanan pihak lawan sambil kita akan mengANGKAT anggota kaki kanan pihak lawan tersebut ! Akibatnya pada saat tersebut kedudukan pihak lawan adalah tidak stabil & seimbang maka dengan pantas dengan menggunakan anggota kaki kiri kita yang sebelum ini telah membuat pukulan & mengangkat anggota kaki kanan pihak lawan akan pula melancarkan tekan/henjang ke anggota kaki kiri pihak lawan yang satu lagi pula ! Aku berpendapat teknik ini adalah antara teknik yang sangat sesuai & praktikal semasa street fighting ! Sementara itu di bawah ini adalah satu artikel berkenaan teknik Soccer Kick daripada pengamal beladiri Wing Chun ! http://blog.spotsybba.com/2011/03/soccer-kick.html Insyallah berkat latihan , aku berazam untuk menguasai teknik ini ! Sifu aku juga sempat berkongsi akan satu teknik pukulan/blocking dalam GPLY yang di buat dengan menggunakan anggota otot yang berada di antara anggota sendi siku ke anggota sendi bahu ! Teknik pukulan/blocking ini memerlukan kedudukkan anggota siku ( dalam 45 % ) dan badan yang betul ! Insyallah untuk memahirkan & memahami teknik pukulan/blocking menggunakan anggota ruas di antara anggota siku & bahu ini , perlulah mengadap guru ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Thursday, July 12, 2012

Teknik Pecah Kelapa !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku. Sifu aku berkongsi akan teknik yang dinamakan sebagai teknik "pecah kelapa' ! Teknik "pecah kelapa" ini memerlukan jika pihak lawan masuk melangkah dengan sisi kaki kanan di hadapan, maka dengan menggunakan anggota tangan kiri kita akan cuba membuat pukulan ke anggota muka pihak lawan terlebih dahulu sambil dengan pantas anggota tangan kiri kita akan memaut batang leher pihak lawan ! Pada masa yang sama, tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita dilancarkan secara pantas, padu & tepat ke bahagian anggota ulu hati/dada pihak lawan. ! Seterusnya kita akan menarik/menghenjut dengan kuat anggota leher pihak lawan turun ke bawah untuk mengenai anggota lutut kanan/kiri kita ! Akibatnya pihak lawan akan mengalami kecederaan yang parah di bahagian anggota muka ! Sifu aku juga memberi tunjuk ajar & menekankan akan peri pentingnya akan teknik yang kita orang namakan sebagai RENTAP/BIDASAN ! Teknik rentap/bidasan ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk berhadapan dengan kita maka seorang pengamal bela diri GPLY akan bergayang ke kanan/kiri sambil menurunkan anggota tubuhnya. Pada masa yang sama, dengan pantas dengan menggunakan anggota belakang tapak tangan kita yang kedudukan posisi anggota tangan kita berada di kedudukan posisi bawah, maka pukulan rentapan/bidasan yang disasarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan dibuat dengan pantas, tepat & padu ! Teknik rentapan/bidasan ini semacam menyerupai pukulan teknik STOP tetapi teknik rentapan ini hanya memerlukan belakang hujung tapak anggota tangan kita sahaja ! Konsep teknik pukulan RENTAP/BIDASAN ini adalah seumpama pukulan yang di buat dengan menggunakan rotan ! Silalah berguru untuk memahir & menguasai teknik RENTAP/BIDASAN ini ! Di bawah ini ada satu link yang penuh dengan informarsi tentang bela diri Ninjitsu ! http://www.scribd.com/doc/2559866/Ninja-Hands-of-Death-Ashida-Kim Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Monday, July 9, 2012

Teknik pukulan minima 3 tempat & teknik pukulan STOP Part 2

Assalamualaikum w.b.t... Aku suka berkongsi& mengulas lebih lanjut berkenaan teknik pukulan minima di 3 tempat ! Teknik asas untuk pukulan minima di 3 tempat dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) sebenarnya menyasarkan di 3 tempat bahagian anggota tubuh seperti di bawah : 1. Bahagian anggota kepala ( telinga, hidung, kawasan pernafasan di bahagian leher & etc ) 2. Bahagian anggota dada/ulu hati 3. Bahagian anggota penyawa Perlu difahamkan bilamana seorang pengamal beladiri GPLY melakukan serangan maka sekurang kurangnya di 3 tempat anggota inilah yang akan menjadi keutamaan bagi seorang pengamal beladiri GPLY ! Kawasan anggota sasaran yang lain seperti anggota rusuk kanan atau kiri dan anggota sendi kaki/lutut & etc adalah bonus ! Juga aku hendak membuat ulasan terperinci berkenaan teknik pukulan STOP yang mengkehendaki kita merendah/menurunkan anggota tubuh kita iaitu sehingga anggota lutut kita hampir mencecah permukaan bumi ! Selepas tumbukkan padu dilancar & disasarkan ke anggota penyawa pihak lawan maka selain menggunakan anggota kepala & kaki untuk serangan bertubu tubi, seorang pengamal GPLY juga boleh menggunakan anggota siku untuk membuat serangan ! Selepas tumbukkan padu menggunakan anggota tangan dilakukan ke anggota penyawa pihak lawan, maka dengan menggunakan anggota siku tangan yang menumbuk tadi maka dengan pantas kita akan menaikkan ( dari paras rendah ke paras tinggi ! ) anggota siku kita ke atas dengan menyasarkan ke anggota dada/muka pihak lawan pula !. Biasanya, jika serangan anggota siku kita telah mengenai anggota dada/muka pihak lawan maka lawan kita akan mengalami kecederaan yang parah ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Saturday, July 7, 2012

Teknik pukulan 3 && pukulan "STOP" !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah, aku sempat mengadap sifu aku & sifu aku telah memberi tunjuk ajar berkenaan teknik pukulan 3 ! Teknik pukulan 3 ini sebenarnya ialah pukulan minima yang dilakukan terhadap pihak lawan ialah sebanyak 3 kali ! Contohnya jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan ( anggota kaki kanan pihak lawan di hadapan ! ), maka kita akan menyambutnya dengan pukulan ke anggota rusuk kanan pihak lawan dilakukan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita ! Sambil dengan pantas tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kiri kita dilancarkan ke bahagian anggota telinga kanan/kepala pihak lawan & seterusnya henjangan dengan menggunakan anggota kaki kanan kita dilakukan terhadap anggota penyawa/sendi anggota lutut/kaki kanan pihak lawan !!! Teknik pukulan 3 ini sememangnya amatlah berkesan dan amat berguna sekali untuk kita menumpaskan pihak lawan semasa street fighting ! Oleh itu, latihan pukulan dengan menggunakan Orang Kayu hendaklah senantiasa dilakukan agar anggota tubuh badan kita akan sebati dengan teknik ini ! Lihatlah bagaimana pengamal beladiri Wing Chun membuat latihan ! Sementara itu, sifu aku sempat juga berkongsi akan teknik pukulan STOP iaitu bilamana kita berhadapan face-to-face dengan pihak lawan ataupun pihak lawan masuk meluru seperti seekor babi hutan maka tindakkan yang perlu kita lakukan ialah bila jarak pihak lawan sudah dalam radiasi pukulan anggota tangan kita maka dengan pantas kita akan merendahkan anggota tubuh kita sebanyak 50 % ( anggota lutut kita hampir mencecah ke bumi ! ) sambil pukulan ke anggota penyawa pihak lawan dilakukan dengan pantas, padat & tepat ! Pada masa ini posisi kedudukan anggota badan kita adalah pada paras bawah & rendah, maka seterusnya dengan pantas kita boleh menggunakan anggota kepala kita untuk menghentak @ menanduk ke anggota hulu hati/perut pihak lawan ! Juga selain dengan menggunakan anggota kepala, kita juga boleh menggunakan anggota kaki kanan/kiri kita untuk melancarkan serangan ke anggota sendi lutut/kaki pihak lawan ! Aku suka giler bila menonton YouTube di bawah bagaimana Stevel Seagal dengan kejam & brutal giler membelasah dengan mematahkan sendi lawannya ! Dalam perang/ street fighting, inilah sepatutnya teknik yang perlu dilakukan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Thursday, July 5, 2012

Teknik anggota kaki : Sepak Bola, Tekan & Henjang part 2

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berpeluang & berkesempatan mengadap sifu aku. Bayangkan ke dua dua anggota tangan kita telah diikat kebelakang ! Pada saat itu hanya anggota kaki kita yang masih mampu berfungsi, maka pada saat itulah pentingnya bagaimana teknik anggota kaki boleh digunakan untuk menyelamatkan diri kita ! Sifu aku menerangkan secara terperinci akan beberapa teknik serangan anngota kaki boleh dilaksanakan seperti : 1. Pihak lawan dalam posisi melangkah dengan anggota kaki kanan di hadapan maka kita dengan pantas dengan menggunakan anggota kaki kanan kita terus melancarkan teknik sepak bola@sapu angin terus ke bahagian anggota buku lali kaki kanan pihak lawan ! Akibatnya pada saat tersebut, pihak lawan akan off balance ! Maka dengan pantas menggunakan nggota kaki kanan kita yang telah melancarkan serangan teknik sepak bola sebelum ini, kita akan melancarkan serangan teknik Tekan @ Henjang ke anggota sendi lutut kanan @ penyawa pihak lawan 2. Pihak lawan dalam posisi melangkah dengan anggota kaki kanan di hadapan maka kita dengan pantas dengan menggunakan anggota kaki kanan kita terus melancarkan teknik sepak bola@sapu angin terus ke bahagian anggota buku lali kaki kanan pihak lawan ! Akibatnya pada saat tersebut, pihak lawan akan off balance ! Sambil itu dengan pantas dengan menggunakan anggota kaki kanan, kita akan melancarkan serangan teknik Tekan @ Henjang ke anggota sendi lutut kiri @ penyawa pihak lawan pula ! 3. Pihak lawan dalam posisi melangkah dengan anggota kaki kanan di hadapan maka kita dengan pantas dengan menggunakan anggota kaki kanan kita terus melancarkan teknik sepak bola@sapu angin terus ke bahagian anggota buku lali kaki kanan pihak lawan ! Akibatnya pada saat tersebut, pihak lawan akan off balance ! Sambil itu dengan pantas dengan menggunakan anggota kaki/lutut kiri, kita akan melancarkan serangan teknik Tekan @ Henjang ke anggota sendi lutut kiri @ penyawa pihak lawan pula ! Sebenarnya ada beberapa teknik lain lagi yang berkaitan dengan teknik anggota kaki Tekan & Henjang ini tetapi untuk perkongsian sekadar inilah beberapa teknik yang boleh di amalkan. Insyallah sesiapa jua yang berjaya mempelajari, memahami & rajin berusaha membuat latihan, insyallah orang itu pasti mampu menguasai teknik anggota kaki Lian ini ! Dalam street fighting, kita hanya ada beberapa saat sahaja untuk berfikir & memberi tindak balas. Jika kita lambat maka risiko untuk kita menjadi mangsa kerakusan si penyerang adalah amat tinggi! Berdoalah agar kita terhindar daripada malapetaka @ orang yang dengki & bersifat khianat terhadap kita. Selalulah amalkan ayat SATU -> Ayat 15 ( Asy-Syura ) ! Fadhilatnya : Bacalah ayat ini sebanyak mungkin ketika berhadapan dengan musuh, orang zalim @ ditakuti @ binatang buas. Insyallah akan terlepas kita dari penganiyaan @ kejahatan mereka ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng