Saturday, March 23, 2013

Berguru lah !

Salam.... Aku setiap hari akan meluangkan masa untuk dapat "feel" dengan membuat latihan dengan menggunakan Orang Kayu ! Selepas membuat latihan jurus Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) iaitu bermula dengan jurus 1 sehinggalah ke jurus 12. Mula mula kena habiskan pusingan belah kiri. Kemudian akan dikuti pula latihan jurus untuk pusingan belah kanan pula. Kenapa perlu buat latihan jurus untuk ke dua dua belah iaitu bahagian pusingan kiri atau pun kanan? Jawapannya kerana untuk menyesuai & membiasakan diri kita untuk menghadapi sebarangan serangan daripada arah mana sekali pun ! Aku masih ingat lagi bagaimana selama hampir 2 tahun aku belajar teknik dalam bela diri silat Cimande ini tetapi malangnya segala teknik & jurus tersebut telah pun aku lupa ! Bagaimana boleh aku lupa ? Kemungkinan & as-sebabnya kerana aku hanya cuba menghafal segala pergerakkan teknik tersebut tanpa banyak memahami akan teknik gerakkan tersebut ! Tetapi alhamdulillah semenjak aku belajar beladiri GPLY ini, sifu aku menitik beratkan apa sebenarnya rahsia yang ada dalam setiap jurus yang telah di ajar tersebut ! Lagi untuk mengukuhkan lagi kefahaman tersebut maka latihan menggunakan Orang Kayu akan di buat tanpa jemu. Jadi aku akan membuat pukulan ( tangan & siku ) & tendangan ( kaki & lutut ) ke Orang kayu aku selama 15 minit ! Point di sini ialah FAHAM ! Bila faham, maka mudah sedikitlah untuk kita mengamalkannya dan kita akan menghargai segala ilmu yang kita sedang & telah & akan pelajari tersebut ! Sebenarnya dalam GPLY juga diajar, di bolehkan kita menggunakan air liur dengan meludah ke arah muka pihak lawan ! Juga dengan membaling pasir ke dalam anggota mata pihak lawan ! Juga dengan menggigit & 1001 cara yang nampak kelakar tetapi sebenarnya amatlah berkesan dalam survival diri kita di jalanan ! Juga dengan memukul/menyepak terus ke anggota penyawa pihak lawan ! Bagaimanapun, dalam ilmu bela diri, carilah guru untuk kita belajar. Sepertimana untuk kita mendalami ilmu bacaan Al-Quran, kita mestilah mencari & belajar secara berhadapan dengan guru tersebut. Sekiranya kita belajar ilmu tajwid Al-Quran dengan menggunakan DVD tanpa berguru maka cara ini adalah kurang betul! Sama juga dengan ilmu bela diri iaitu kita mestilah mempunyai guru ! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

Thursday, March 14, 2013

Pukulan Bidas Rotan ke anggota penyawa

Assalamualaikum w.b.t... Sifu aku berkongsi sebenarnya teknik yang digunakan dalam street fighting adalah mudah & ringkas sahaja ! Antaranya ialah dengan posisi ke dudukkan seperti photo di bawah, kita akan merendahkan keddudukkan anggota tubuh kita sambil anggota tangan yang berada di bawah akan memainkan peranan utama iaitu membuat pukulan bidas rotan yang disasarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan ! Perlulah selalu membuat latihan agar kita dapat menguasai teknik pukulan bidas rotan ini ! Sebenarnya kita tidak perlu untuk menghafalnya tetapi kita perlu memahami bagaimana teknik gerakkan tersebut boleh dibuat dan dilancarkan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Monday, March 4, 2013

Teknik patah anggota sendi tangan/siku

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku dan belajar tentang teknik mematahkan anggota sendi siku ! Teknik patah ini adalah kombinasi antara jurus 5 dan jurus 10 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) http://www.kuntaosilat.com/ Jurus 5 ini ialah teknik menggunakan ke dua dua anggota tangan kita iaitu seperti yang kedapatan di dalam beladiri Akido ! Manakala, jurus 10 ialah jurus mainan bawah iaitu anggota badan kita adalah separas dengan anggota lutut kita ! Silalah mengadap guru untuk belajar cara yang betul untuk melakukan teknik mematahkan anggota sendi siku ini ! Teknik patahkan anggota sendi siku ini amat amat berguna sekiranya kita berhadapan dengan pihak lawan yang masuk menyerang dengan menggunakan senjata seperti pisau/parang ! http://pukulancombat.blogspot.com/2010/12/5-beladiri-terbaik-dari-luar-siri-2.html Selamat menuntut ilmu & beramal Wassalam.. Basteng