Tuesday, July 23, 2013

Teknik anggota siku...

Assalamualaikum w.b.t... Ibadat puasa Ramadan kita sudah memasuki hari yang ke 15 . Sayugia suka aku untuk mengingatkan diri aku & teman teman sekalian agar kita dapat melipat ganda kan lagi amalan kita semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Aku masih ingat lagi semasa aku berkesempatan mengadap sifu aku semasa mempelajari beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana beberapa teknik anggota siku dalam beladiri GPLY yang boleh diguna pakai. Antara teknik anggota siku Lian yang rungkas & berkesan ialah teknik Siku Helang dan siku Kapak ! Teknik anggoya siku Kapak hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk mengangkat anggota siku seperti dalam keadaan menyikat rambut ! Manakala, teknik anggota siku Helang pula hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk membuat pukulan anggota siku dalam pusingan melawan atau mengikut arah jam sahaja ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Monday, July 8, 2013

*** Selamat Menyambut Ramdhan ****

Assalamualaikum w.b.t.. Sempena bulan Ramadhan, sukacita aku ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Insyaalah segala amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t...amin. Semenjak minggu lepas, sebenarnya alhamdulillah aku berkesempatan untuk berjumpa & mengadap sifu aku. Sempatlah juga sifu aku memberi tunjuk ajar secara mendalam perihal teknik mainan anggota kaki dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Teknik asas mainan anggota kaki yang boleh aku kongsi di sini ialah bilamana pihak lawan cuba masuk menyerang dengan melangkah menggunakan anggota kaki kanannya maka kita akan menyambutnya dengan anggota badan kita bergayang sedikit sahaja arah ke kanan maka kita akan menggunakan anggota kaki kiri kita untuk menghentak/hentam ke anggota lutut kanan @ penyawa pihak lawan tersebut ! Ini antara salah satu teknik asas anggota kaki yang perlu diketahui & dikuasai oleh seorang pengamal beladiri GPLY. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Wassalam.. Basteng