Monday, September 16, 2013

Defence is critical success factor dlm street fighting !!

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah berkesempatan untuk aku berkongsi berkenaan ilmu beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) . Sifu aku menerangkan sebenarnya dalam GPLY, 70% menitik beratkan teknik pertahanan@defence ! Jadi, point penting di sini ialah bagaimana teknik kita mengelak/menepis amat amatlah penting sekali. Barulah akan diikuti dengan teknik bagaimana serangan boleh dilakukan! Secure the defence first then later attack is launched ! Teknik untuk bertahan mempunyai pelbagai teknik seperti di bawah : 1. Tebah Lalat - menggunakan ke dua dua anggota tapak tangan, 2. Tampar Beruang - menggunakan kedua dua anggota lengan iaitu anggota di antara anggota tapak tangan dengan anggota siku ! 3. Bergayang - angota tubuh badan kita akan bergerak seperti gerakkan seekor ular tendong sela ! Anggota mata kita mesti fokus kepada pihak musuh & anggota badan kita akan berlintuk liuk ( ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kenan, ke belakang, ke hadapan .. ) seperti gerakkan seekor ular yang bersiap siaga & bersedia untuk menyerang ! Selain menguasai ilmu teknik untuk bertahan GPLY, seorang pengamal GPLY mestilah juga memahami & menguasai ilmu TAPAK ! Peri pentingnya menguasai ilmu TAPAK GPLY ini kerana sekiranya kita tersilap TAPAK maka dikhuatiri kita akan mati langkah & check mate diri sendiri ! Menguasai ilmu TAPAK GPLY ini membolehkan seorang pengamal bela diri GPLY senantiasa mempunyai RUANG untuk DEFENCE & ATTACK mode ! Jika TAPAK kita hidup maka In Syaa Allah, kita mampu menguasai & memenangi street fighting ! TAPAK yang betul akan menjadikan kedudukkan anggota tubuh kita stabil ! Ini akan memberi kelebihan buat kita untuk menutup ruang agar pihak lawan sukar untuk melancarkan serangan. Tetapi pada masa yang sama akan memberi & membuka ruang kepada kita untuk melancarkan serangan ke titik titik lemah pada anggota tubuh pihak lawan ! Dalam GPLY, ilmu TAPAK ini di namakan sebagai TAPAK HULUBALANG. Ada 11 jurus dalam GPLY yang aku belajar ini. Antara jurus yang aku paling gemar ialah jurus 5 iaitu tekniknya banyak menggunakan anggota tangan & siku seperti Steven Seagel yang mahir dalam beladiri AiKido ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam... Basteng