Tuesday, April 19, 2011

Teknik Tanpar Beruang

Assalamualaikum w.b.t...

Arwah Acik Bakar ( Cifu aku punya Cifu ) bila membuat tumbukkan adalah seperti photo di bawah.

Dia akan mengungkit/mengangkat buku limanya agar tepat mengenai anggota tubuh pihak lawan!




Suka berkongsi 1 teknik yang dinamakan Teknik Tanpar Beruang.

Teknik ini sesuai digunakan bilamana ketinggian lawan kita adalah lebih kurang kita saiznya.

Teknik Tanpar Beruang ini caranya bilamana pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan anggota tangan kanan , maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota tangan kiri kita seperti teknik tumbukkan ke bawah dilakukan dengan cepat. Ini membolehkan kita akan memintas tumbukkan yang telah dilancarkan oleh anggota tangan kanan pihak lawan kita tersebut !



Bagi pihak lawan yang bersaiz tinggi, teknik Tunjuk Langgit adalah lebih sesuai dan praktikal untuk di amalkan.

Teknik Dayung Perahu dan Kelik Sampan adalah beberapa teknik lain yang mesti di kuasai & dimahiri.

Teknik Dayung Perahu ialah kita bergerak dengan melangkah ke belakang beberapa tapak!

Manakala untuk teknik Kelik Sampan, tapak kaki kita adalah tetap tetapi yang bergerak adalah gayangan anggota tubuh badan kita iaitu seperti gerakkan seekor ular!

Di bawah ini adalah beberapa teknik tendangan yang digemari oleh Cifu aku.

Teknik tendangan tersebut adalah amat sesuai untuk street fighting !

Tendangan adalah dihala ke bahagian anggota sendi pergelangan kaki, lutut, penyawa dan juga anggota rusuk!

Jika tendangan sebegini dilancarkan dan terkena pada anggota rusuk, maka alamatnya remuk atau patahlah anggota rusuk lawan kita itu!








Insyallah bilamana kita berjaya memahirkan diri didalam melancarkan teknik tendangan seperti di atas, maka insyallah jika musuh bersaiz apa pun, insyallah kita akan berjaya menumbangkannya....

Satu tips di sini alah kita hendaklah cuba untuk menghidupkan semua anggota kita bilamana di dalam street fighting! Anggota kaki, lutut, siku & tangan semuanya bergerak serentak!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, April 18, 2011

Gerakkan Tapak Lian - Jurus 1

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi ini aku berkesempatan menziarahi Cifu aku dirumahnya.

Untuk makluman, sekarang ini rumah Cifu aku sedang dalam proses pembesaran rumahnya iaitu untuk menambah 1 tingkat untuk dijadikan tempat menyidai pakaian iaitu di kawasan letak kereta.

Alhamdulillah dalam aku ziarah, berkesempatan untuk aku memperbaiki gerakkan tapak kaki!

Rupa rupanya selama ini gerakkan tapak kaki aku adalah kurang betul caranya!

Sebab itu lah bila aku berpusing, aku dapat merasakan seperti ada yang tidak kena & betul kerana bilamana aku berpusing maka langkah aku seperti mati! Ini boleh mengakibatkan aku tidak dapat melancar atau mengelak serangan !






Sila menonton YouTube di atas untuk melihat gerak tapak yang betul !

Bila aku berdiri lurus seperti nak mengangkat takbir dalam solat, maka bilamana aku melangkah masuk 1 tapak ke hadapan maka lakahan yang sebetulnya ialah dalam bentuk huruf L !

Sekarang ini kaki belakang adalah berfungsi dan bertindak sebagai Tiang Seri manakala kaki hadapan adalah ringan dan hidup samada untuk diangkat/ditendang!


Dalam Muay Thai/Tomoi, kaki hadapan selalu diangkat iaitu dengan mengangkat anggota lutut kaki yang berada di hadapan separas dengan pusat.

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang aku pelajari, tekniknya adalah lebih kurang sama seperti teknik angkat anggota lutut Muay Thai tersebut tetapi yang membezakannya adalah seorang pengamal LIAN tidak menunjukkan anggota kaki hadapannya sebenarnya adalah hidup!

Rahsia besar seorang pengamal LIAN juga adalah berkait dengan hidup gerakkan tapak kakinya!

Seorang pengamal LIAN tidak hairan dan peduli dengan kepantasan anggota tangan pihak lawannya.

Pada masa yang sama, seorang pengamal lian cuba memerhatikan gerakkan tapak pihak lawan. Itu salah satu teknik yang dipakai didalam street fighting.

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam...

Basteng

Sunday, April 17, 2011

Jurus 1

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah anak Cifu aku telah dibenarkan keluar dari wad pagi ini. Insyallah, adik Atiyah akan berehat selama 1 bulan. Doakan agar ALLAH s.w.t mudahkan segala urusan dan moga adik Atiyah cepah sembuh..amin..





Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), jika Jurus 1 dapat dimahiri maka sebenarnya orang itu sudah boleh menjadi seorang street fighter !

Seperti YouTube di atas, jurus 1 adalah kombinasi tumbukkan anggota tangan dengan gerakkan anggota badan !

Jika kita melangkah dengan anggota kaki kanan selangkah kehadapan, maka tumbukkan anggota tangan kanan juga akan dilancarkan!

Konsepnya di sini ialah, anggota tangan kita yang paling dekat dengan anggota tubuh pihak lawan akan digunakan untuk melancarkan serangan !

Apa apa pun, kita hendaklah faham akan apa sebenarnya yang terkandung di dalam gerakkan yang kita lakukan di dalam Jurus 1 tersebut.

Tolong amati dan perhatikan gerakkan dan teknik Jurus 1 GPLY! Bukan sahaja pukulan serangan tumbukkan dilancarkan, tetapi juga gerakkan seperti divert tenaga pihak lawan ke arah lain juga dilaksanakan.

Memahirkan jurus 1 ini memerlukan kesabaran kerana jika kita mengamalkannya dengan gerakkan yang perlahan maka sebenarnya ia adalah seperti gerakkan Tai-Chi !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, April 14, 2011

Kisah benar - Adik Atiyah

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam aku berkesempatan menziarahi anak Cifu aku (adik Atiyah ) yang dimasukkkan ke wad di Hospital Columbia di Puchong.



Adik Atiyah berusia 14 tahun telah mengalamai sakit perut yang teramat sangat pada hari sabtu lepas.

Keadaannya semakin parah dan pada hari isnin baru doktor dapat mengenal pasti punca penyakitnya adalah disebabkan apendiks !

Sebenarnya keadaan adik Atiyah adalah sungguh serious kerana apendiksnya sudah pun bocor! Jika pembedahan lambat maka dikhuatiri keadaanya akan menjadi lebih merbahaya dan boleh mengancam nyawa



Alhamdulillah, sekarang ini keadaan adik Atiyah semakin stabil tetapi dia masih dalam keadaan lemah kerana selepas pembedahan hari isnin malam, selasa pagi, dia masih belum lagi menjamah makanan !

Doakan moga adik Atiyah selamat...

Seperti yang aku kongsi sebelum ini, as-sebab aku belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) kerana aku ada musuh iaitu jiran sebelah rumah aku yang psiko & jahat!



Alhamdulillah, aku bersyukur kerana setakat ini masaalah jiran yang jahat itu telah berjaya aku harungi & hadapi.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, April 12, 2011

Survival...

Assalamualaikum w.b.t...

Kita mesti selalu beringat dan berwaspada terutama sekali semasa kita berada di luar iaitu di jalanan.

Aku boleh jamin bahawa peluang kita adalah 50-50 bila kita berada di jalanan.
Oleh itu, dalam situasi keadaan hidup dan mati, kita mestilah bersiap siaga dengan menggunakan segala apa yang ada di tubuh badan atau persekitaran kita untuk dijadikan senjata bagi mempertahankan diri kita.

Antara alat yang boleh digunakan adalah :

1. Briefcase ( beg James Bond ! ). Kita boleh gunakan sebagai penahan & juga sebagai alat untuk melumpuhkan pihak lawan!
2. Anak kunci rumah/kereta. Pukulan/cucukkan menggunakan anak kunci dilakukan ke bahagian anggota mata/leher/ulu hati/rusuk pihak lawan!



3. Payung. Teknik yang betul adalahlah dengan cara kita menyucuk payung tersebut ke anggota mata/tulang rusuk/penyawa/ulu hati/sendi lutut pihak lawan!



4. Stering lock kereta
5. Pen . Cara gunanya dengan menyucuk !
6. Handphone



7. Tabung tong gas di dalam kereta
8. Air liur dengan cara meludah ke muka pihak lawan. Ini untuk memberi kita masa & ruang untuk kita memukul ke anggota penyawa lawan kita!
9. Pasir iaitu dengan cara kita melempar ke dalam anggota mata pihak lawan.
10. Tali pinggang
11. Baju..
12. Tali leher/Skarf tudung kepala
13. Gigi dengan cara kita mengigit.
14. Segala 1001 benda lain yang ada di badan kita atau sekitar kita.




Persoalan pokok di sini ialah kita ( wanita, kanak kanak, Tua atau Muda ) berupaya untuk menyelamatkan diri masing masing jika nyawa terancam kerana as sebab ada makhluk yang bernama Syaitan berupa manusia.




Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

*Nota : Kita tidak kacau orang. Tetapi jika orang lain kacau / ganggu/ancam hidup kita & keluarga/kawan kawan/jiran kita, maka kewajipan kita untuk mempertahankan diri !

Basteng

Thursday, April 7, 2011

Gayang..pergerakkan seekor Ular ..Alaa ala Prince Naseem !

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berkesempatan mendalami teknik tangkap & patah.

Teknik ini sangat berkesan jika lawan kita bersenjata pisau iaitu di dalam situasi pihak lawan melancarkan gerakkan tikaman, maka kita akan memerangkap lawan kita dengan gerakkan kilas & patahkan sendi anggota bahu/siku/tapak tangan !









Pergerakkan teknik tangkap, kilas dan patahkan sendi anggota tangan/siku/bahu pihak lawan adalah amat sesuai untuk dikuasai oleh anggota keselamatan ( polis @ askar ) yang bertugas untuk menangkap penjenayah!

Alhamdulillah aku dapat maklum balas dari Cifu aku bahawa Cifu aku berpendapat pergerakkan anggota tangan & siku aku sudah okay & mantap ! Alhamdulillah...

Tetapi untuk anggota kaki & lutut, aku masih kena melakukan banyak latihan lagi kerana ikutkan Cifu aku punya pemerhatian, pergerakkan anggota kaki & lutut aku masih kaku & keras/kurang hidup !!!

Justeru, tidak ada jalan pintas untuk memahir & menghidupkan anggota kaki & lutut aku, maka latihan yang berterusan hendaklah di amalkan dengan menggunakan Wooden Dummy atau dimana dan bila ada sahaja masa terluang!



Teknik Siku Kapak iaitu kita masuk secara sendeng dengan menghalakan anggota siku kita tepat ke bahagian anggota dada/ulu hati/kepala pihak lawan sambil dengan pergerakkan tapak kaki yang betul akan menyebabkan lawan kita tumbang !



Juga teknik pukulan Satu-Satu iaitu bila pihak lawan bergerak masuk maka kita terus melancarkan serangan tumbukkan yang padu ke anggota rusuk/ulu hati pihak lawan! Kita kena faham, segala pergerakkan adalah secara bersahaja dan tanpa kaku !






Pukulan dengan menggunakan anggota lutut adalah antara teknik yang digemari oleh Cifu aku.



Cifu aku berpendapat, dalam LIAN insyallah jika seorang pengamal LIAN berjaya memahir & menguasai ilmu gerakkan tapak anggota kaki ( lancarkan serangan tendangan /blocking kaki ) & anggota lutut, maka insyallah kita akan mudah mengatasi pihak lawan yang bersenjata apa pun!

Oleh itu, latihan untuk menghidupkan pergerakkan anggota tapak kaki & lutut mesti diamalkan jika mahu hidupkan anggota kaki & lutut!

Tadi aku juga sempat berlatih dengan cifu aku tentang gerakkan Gayang!

Gayang ini adalah satu cara dimana pergerakkan anggota badan kita seperti pergerakkan seekor ular!

Walaupun anggota tapak kaki kita tetap tetapi dengan gerakkan gayang iaitu ala alaa peninju Prince Nasem mengelak tumbukkan dari lawannya maka insyallah segala serangan tersebut kita boleh atasi & elak!

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=ExxA7X4TR3Q

Lihat bagaimana Price Naseem gayangkan anggota tubuhnya dengan kombinasi tapak yang lincah!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

Tuesday, April 5, 2011

GPLY : 11 jurus, 11 anggota, 11 hari, 11 bulan, 11 tahun

Assalamualaikum w.b.t...

Ada 11 anggota yang digunakan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).

1. 2 anggota kaki
2. 2 anggota lutut
3. 2 anggota siku
4. 2 anggota bahu
5. 2 anggota tangan
6. 1 anggota kepala

Aku lebih gemar menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan!
Antara 4 anggota ini, kombinasi turun lutut, pukulan menggunakan siku & lutut serta menggunakan anggota kaki untuk menyerang sendi anggota lutut, tulang rusuk,peha/penyawa pihak lawan adalah antara jurus campur tempur yang aku suka!

Dalam permainan LIAN, teknik seperti Tumbuk, Tepis, Tolak, Tarik, Pijak, Kuis & Pukul adalah antara corak jurus yang boleh digunakan.



Contohnya, lawan kita adalah jauh sedikit dari radius kawasan yang boleh dicapai oleh anggota serangan kita. Maka, kita boleh TARIK musuh kita agar dekat dengan kita iaitu dengan cara kita menarik anggota tangan, kaki, bahu, rambut, kolar baju/seluar atau janggut lawan kita!





Aku berpendapat kombinasi teknik pukulan Muay Thai yang diguna pakai oleh Tony Jaa dalam filem Ombak dengan teknik pukulan Wing Chun yang di guna pakai oleh Donny Yan di dalam filem IP Man adalah antara teknik buah pukul terbaik !



Sebenarnya di dalam GPLY sememangnya mengandungi gerakkan & pukulan daripada Muay Thai & Wing Chun. Manakala teknik tarik, kuis/tepis sambil menggunakan tenaga lawan untuk mengalahkan pihak lawan juga ada di dalam GPLY . Konsep menggunakan tenaga pihak lawan ada juga di dalam seni beladiri seperti Tai Chi & Akido !




Ada satu jurus tempur yang dinamakan Sapu Angin !

Jurus Sapu Angin ini sebenarnya adalah di gunakan bilamana lawan kita adalah lebih daripada seorang!

Katakan kita sedang bertempur dengan 3 orang pihak lawan yang ganas. Maka apa pun, kita tidak hanya boleh fokus kepada seorang pihak lawan sahaja kerana ada 2 lagi lawan kita yang boleh melancarkan serangan curi atau dari bahagian belakang kita!

Oleh itu, fokus untuk terus melumpuhkan lawan kita dengan 1 pukulan mesti di lancarkan. jika tidak sudah tentu kita akan menjadi mangsa!

Andaikan pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan pukulan tumbukkan tangan kiri yang padu & mantap dilancarkan terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan. Sambil kita terus melangkah masuk sambil serangan ke anggota rusuk kiri pihak lawan pula dilancarkan oleh kita. Sambil kita mesti fokus kepada pihak lawan yang lain pula.



Teknik Sapu Angin ini terhasil kerana kita berjalan masuk secara pantas & bersahaja sahaja . Sambil pukulan tumbukan tangan yang padu di lancarkan ke anggota rusuk kanan & kiri lawan kita!

Pengamal LIAN tidak tamak untuk makan besar! Pengamal LIAN mencari anggota rusuk & juga bahagian anggota yang lembut seperti bahagian anggota di bawah ketiak semasa melancarkan pukulan!



InsyAllah tidak kira sama ada pihak lawan kita bersaiz besar atau kecil, jika kena teknik pukulan maka lawan kita yang bersaiz besar pun insyAllah akan tumbang!

GPLY mempunyai 11 jurus gerak tempur. Insyallah aku merancang untuk berkongsi akan setiap jurus yang ada di dalam GPLY.

Maklumat yang aku perolehi daripada Cifu aku, GPLY boleh dipelajari dalam

1. 11 hari
2. 11 bulan
3. 11 tahun

Aku pula baru belajar selama 3 tahun...maka ada 8 tahun lagi nak habiskan pelajaran nampaknya! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng