Tuesday, July 23, 2013

Teknik anggota siku...

Assalamualaikum w.b.t... Ibadat puasa Ramadan kita sudah memasuki hari yang ke 15 . Sayugia suka aku untuk mengingatkan diri aku & teman teman sekalian agar kita dapat melipat ganda kan lagi amalan kita semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Aku masih ingat lagi semasa aku berkesempatan mengadap sifu aku semasa mempelajari beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana beberapa teknik anggota siku dalam beladiri GPLY yang boleh diguna pakai. Antara teknik anggota siku Lian yang rungkas & berkesan ialah teknik Siku Helang dan siku Kapak ! Teknik anggoya siku Kapak hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk mengangkat anggota siku seperti dalam keadaan menyikat rambut ! Manakala, teknik anggota siku Helang pula hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk membuat pukulan anggota siku dalam pusingan melawan atau mengikut arah jam sahaja ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Monday, July 8, 2013

*** Selamat Menyambut Ramdhan ****

Assalamualaikum w.b.t.. Sempena bulan Ramadhan, sukacita aku ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Insyaalah segala amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t...amin. Semenjak minggu lepas, sebenarnya alhamdulillah aku berkesempatan untuk berjumpa & mengadap sifu aku. Sempatlah juga sifu aku memberi tunjuk ajar secara mendalam perihal teknik mainan anggota kaki dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Teknik asas mainan anggota kaki yang boleh aku kongsi di sini ialah bilamana pihak lawan cuba masuk menyerang dengan melangkah menggunakan anggota kaki kanannya maka kita akan menyambutnya dengan anggota badan kita bergayang sedikit sahaja arah ke kanan maka kita akan menggunakan anggota kaki kiri kita untuk menghentak/hentam ke anggota lutut kanan @ penyawa pihak lawan tersebut ! Ini antara salah satu teknik asas anggota kaki yang perlu diketahui & dikuasai oleh seorang pengamal beladiri GPLY. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Wassalam.. Basteng

Sunday, June 9, 2013

Kombinasi serangan serentak anggota siku & lutut

Assalamualaikum w.b.t... Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), pengunaan kedua dua anggota siku & lutut secara serentak dalam pertempuran jarak dekat adalah mesti dikuasai oleh seorang pengamal beladiri GPLY. Sifu aku seringkali menekankan bagaimana kita boleh umpamakan anggota siku & lutut adalah kembar iaitu sekiranya anggota lutut kita bergerak untuk defence/attack maka pada masa yang sama juga anggota siku juga akan bergerak menyerang juga ! Sebenarnya boleh juga untuk kita hanya menggunakan anggota lutut atau pun anggota siku secara berasingan dalam street fighting close combat. Tetapi untuk seorang pengamal beladiri GPLY, kombinasi secara serentak anggota siku & anggota lutut adalah mesti dikuasai & dimahirkan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Saturday, June 1, 2013

pukulan silang guna anggota lutut kita ke anggota betis/lutut pihak lawan

Assalamualaikum w.b.t.... Alhamdulillah sempat mengadap sifu aku pada hari jumaat baru ini. Sifu aku menekankan lagi akan teknik pukulan rahsia menggunakan anggota lutut ! Sebelum ini, kita menyasarkan serangan ke anggota kaki/lutut/betis pihak lawan yang melangkah & berada di bahagian hadapan ! Dengan menggunakan tidak kira samaada anggota kaki/lutut kanan atau pun kiri, kita akan menyerang ke bahagian anggota kaki/lutut/betis pihak lawan yang berada di hadapan. Tujuan utama ialah untuk menyebabkan pihak lawan inbalance@tidak seimbang !! Untuk ini kali, serangan adalah disasarkan ke bahagian anggota kaki/betis/lutut pihak lawan yang berada dibelakang & bertindak sebagai paksi/kekuda pula ! Contohnya, jika pihak lawan masuk melangkah dengan anggota kaki kanan berada di hadapan, maka kita dengan pantas akan masuk melangkah juga dengan menggunakan anggota lutut kiri kita terus menghentam ke anggota bahagian lutut/betis kiri pihak lawan ! Pukulan menggunakan anggota lutut kiri kita terhadapa anggota lutut kiri pihak lawan ini akan mengakibatkan pihak lawan terus check mate & mati langkah kerana keseimbangan badan pihak lawan telah tiada ! Pada saat & ketika inilah, serangan bertali arus menggunakan anggota siku & lutut kita kita dilancarkan terhadap pihak lawan sehinggalah pihak lawan terus lumpuh ! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

Sunday, May 19, 2013

guna anggota kaki/lutut...

Assalamualaikum w.b.t... Sekali lagi sifu aku menekankan peri pentingnya penggunaan anggota kaki/lutut dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Sebab itulah dalam GPLY, anggota kaki/lutut kita akan "sampai" dahulu mencari sasaran untuk menjadikan pihak lawan tidak seimbang ! Itulah keistimewaan yang aku boleh berkongsi & berbangga dengan beladiri GPLY yang aku sedang pelajari ini ialah apa apa pun angota kaki & lutut kita akan menyerang sendi anggota lutut/betis/kaki pihak lawan terlebih dahulu ! Selepas menyebabkan kedudukkan badan ( target sasaran ialah di anggota sendi lutut/betis pihak lawan ) anggota pihak lawan sudah tidak seimbang, maka akan disusuli pula serangan bertali arus menggunakan anggota tangan/siku kita pula ! Di sebabkan itulah, kenapa dalam kamus orang melayu kedapatan peribahasa yang menggunakan istilah KAKI iaitu seperti Kaki masjid atau kaki botol! Mana ada peribahasa melayu yang menggunakan istilah Tangan Masjid atau Tangan Botol .. right ? Point disini ialah kemahiran menguasai & menggunakan anggota kaki/lutut adalah antara faktor terpenting yang akan menentukan samada kita boleh survive ataupun tidak semasa street fighting ! Selamat menuntut ilmu & beramal... Wassalam.. Basteng

Sunday, May 12, 2013

Gayang dalam Jurus 10

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah sempat aku mengadap sifu aku sebelum balik mengundi ! Sifu aku menitik beratkan jurus 10 yang bagi pendapatnya adalah antara satu jurus yang sangat berkesan dalam street fighting. Kedudukkan jurus 10 adalah seperti dalam gambar di atas di mana kedudukan anggota badan kita adalah dalam bergayang ! Lihatlah bagaimana posisi kedudukkan 1 anggota tangan adalah untuk melindungi di bahagian anggota penyawa kita. Manakala 1 anggota tangan yang lain adalah untuk melindungi anggota tubuh kita yang berada di bahagian atas iaitu sekitar bahagian anggota kepala ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Tuesday, April 30, 2013

*** Ini Kalilah !! ***

Salam... Selamat mengundi pada 5 May 2013 !! Alhamdulillah sifu aku sempat berkongsi satu buah pukul rahsia GPLY ! Di sebabkan buah itu diklarifikasi sebagai RAHSIA, maka tak dapatlah aku berkongsi dengan teman teman sekalian ! :) Ini teknik pukulan buah pukul yang akan diguna pakai sekiranya terpaksa bertempur di jalanan ! Sifu aku juga memberi tunjuk ajar bagaimana pukulan silang dilancarkan ke anggota sendi pihak lawan. Pukulan silang ini bermaksud jika kita membuat pukulan dengan melancarkan tumbukkan menggunakan anggota tangan kanan, maka pukulan disasarkan ke arah anggota sendi yang berada di bahagian tubuh di sebelah kanan pihak lawan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng