Sunday, May 2, 2010

Teknik Melayu => "Selak"

Salam,

Alhamdulillah hari ini berpeluang belajar rahsia "Silat Melayu" yang dipanggil teknik "Selak"!



Teknik SELAK ini yang membezakan keistimewaan & bahaya Silat Melayu jika dibandingkan dengan Martial Arts yang lain!

Pendekar Silat Melayu bila mana bertempur akan MASUK. Mereka jarang menempis tetapi dengan kombinasi TAPAK yang hidup maka Pendekar Melayu akan terus MASUK ke arah pihak lawan dan dengan pantas & tepat akan menjunam/membenam keris/serambit ke titik lemah iaitu bahagian sendi Pihak Lawan!

Juga berkesempatan mendalami teknik bermain tongkat panjang dan juga memahirkan Jurus TAPAK!

Bagi Jurus TAPAK, ditakdirkan tangan kita bergari, kita masih boleh bertempur untuk menewaskan pihak Lawan iaitu dengan menggunakan TAPAK & kombinasi bahu, lutut, kaki, punggung, siku, kepala, air ludah & etc!

Selamat beramal & berlatih!

Wassalam..

Basteng

No comments: