Salam,
Alhamdulillah berkesempatan mempelajari beberapa jurus/teknik baru didalam tahap 2 ini.
Antaranya :
(1.a) Jurus pijak kaki pihak lawan. Jurus ini memerlukan kita memijak bahagian kaki musuh sambil serangan tangan dan siku dilancarkan ke arah pihak lawan. Jurus memijak kaki pihak lawan adalah amat berkesan kerana pihak lawan langsung tidak menjangka akan teknik ini. Akibatnya pihak lawan akan mati akal!
(1.b) Jurus tekan tangan/lengan pihak lawan. Teknik ini amat berkesan jika tangan pihak lawan adalah rapat ke anggota tubuh badannya, maka teknik ini amat berkesan kerana akan mengakibatkan pihak lawan terkial-kial/hilang akal untuk cuba melepaskan diri!Oleh itu, semasa pihak lawan masih hilang akal cuba melepaskan diri, maka kita melancarkan satu serangan dengan menggunakan siku/lutut ke arah pihak lawan untuk terus melumpuhkannya!
(2) Jurus "menendang bola" kaki pihak lawan. Jurus ini memerlukan serangan kearah kaki pihak lawan ( di bahagian pergelangan tumit kaki @ bahagian bawah tulang kering @ bahagian sendi lutut ) dilancarkan dengan kita menggunakan sepakkan bola!
Seeloknya jika pihak lawan masuk dengan menggunakan sisi kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan sepakkan dengan menggunakan sisi kaki kiri kita. Cuba melancarkan serangan sepakkan tendang bola itu sebelum kaki bahagian kanan pihak lawan itu sempat berpijak ke bumi!
(3.a) Jurus menghentak alat Penyawa pihak lawan + sendeng siku. Jurus ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan satu serangan padu ke arah alat penyawa pihak lawan dengan menggunakan gengaman tapak tangan kanan kita.
Kemudian disusuli dengan hentakkan dengan menggunakan siku kanan kita terus ke sisi rusuk kanan pihak lawan ! Ini terus disusuli dengan serangan serentak tumbukkan "Wak Long" dengan menggunakan tangan kiri kita terus ke arah anggota Telinga/Rusuk kanan pihak lawan!
(3.b) Jurus sendeng siku. Bilamana pihak lawan melancarkan serangan dengan masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kaki kiri kita melangkah masuk ke arah luar kaki kanan pihak lawan. Dengan pantas serangan siku kanan kita terus dilancarkan tepat dibahagian bawah bahu iaitu dekat dengan anggota ketiak pihak lawan!
(4) Jurus "Berhenti Mengejut". Jurus ini memerlukan jika pihak lawan masuk meluru dari sisi tengah untuk menyerang kita, maka kita akan menyambutnya dengan bermain bawah iaitu dengan cara kita mengadap pihak musuh berhadapan. Tetapi kita dengan pantas perlu menurunkan salah satu bahagian anggota lutut kanan/kiri kita mencecah tanah.
Maka satu tumbukkan padu ke arah anggota penyawa pihak lawan dilancarkan. Juga seterusnya disusuli dengan tumbukan "jab ke atas anggota dagu )!
Suka berkongsi Keris bertulisan Jawi yang hulunya diperbuat daripada Gading Gajah!
Hulu keris yang dubuat dari gading gajah yang berukiran seni yang halus dan cantik!
*Nota : Adat bermain keris ialah kena pastikan mata keris mendongak ke arah langit! Jangan sesekali membiakan keris yang kita genggam mengadap ke arah anggota badan kita kerana ditakuti cara itu akan membolehkan pihak lawan menggunakan keris kita itu untuk menikam diri kita!
Mankala, di bawah ini adalah satu YouTube yang kaedahnya adalah lebih kurang Gerak Pukul Lian Yunan ! (GPLY).
http://www.youtube.com/watch?v=j0vDFGoNImc&feature=channel
Juga terjumpa satu link yang sungguh bagus iaitu berkenaan "Tai Chi Combat"!
http://www.youtube.com/watch?v=kf44kawWBvY&NR=1
Selamat menuntut ilmu & beramal & berlatih!
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bukan keris tu, itu tumbuk lada.
cuba rujuk dalam www.keriswarisan.com
Post a Comment