Sunday, August 5, 2012
Teknik Anggota Siku & Kaki
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah aku suka berkongsi akan beberapa teknik yang terdapat dalam majalah Beladiri edisi untuk bulan August ini.
Antara teknik yang sebenarnya amatlah berkesan untuk kita menumpaskan pihak lawan sekiranya kita menguasai & mahir dalam pergunaan teknik menggunakan anggota siku !
Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) mempunyai beberapa teknik anggota siku yang popular ialah teknik siku helang,siku sendeng , siku kapak & Angkat Siku !
Silalah mengadap guru sekiranya ingin mengetahui & mempelajari secara lebih terperinci akan semua teknik anggota siku yang di atas .
Secara peribadi aku sangat mengemari akan teknik siku kapak & juga teknik angkat siku !
Teknik di atas boleh digunakan sekiranya kita dengan tidak semena mena tanpa disangka diserang daripada arah belakang !
Perlu difahami kawasan sasaran serangan kita ialah dengan cara kita menyerang dengan menekan anggota pelapik sendi lutut pihak lawan dengan menggunakan anggota tapak kaki kita !
Percayalah dengan teknik yang sebenarnya kelihatan mudah ini membolehkan kita menumpaskan apa jua pihak lawan tanpa mengira saiz anggota badan lawan kita tersebut !
Lihatlah YouTube di atas bagaimana Tony Jaa & Jason Bourne mengunakan ilmu beladiri masing masing dalam street fighting !
Jason Boune sedang beraksi !
Tony Jaa sedang beraksi !
Selamat menuntut ilmu & beramal !
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment