Saturday, September 8, 2012
[ Mengukur Jarak - Part 1 ] Teknik Anggota kaki !
Assalamualaikum w.b.t....
Syukur alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku untuk bersalam hari raya ! :)
Suka berkongsi dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini mengukur jarak adalah " critical success factor " dalam street fighting !
Apa yang aku maksudkan di sini ialah jika pihak lawan kita dalam jarak pukulan anggota kaki kita maka seorang pengamal beladiri Lian akan menggunakan anggota kakinya untuk menyerang pihak lawan.
Serangan pula disasarkan ke anggota kaki pihak lawan ( dengan cara kita memijak anggota kaki pihak lawan & sambil tolakkan ke anggota dada pihak lawan dilakukan dengan menggunakan kedua anggota tangan atau pun anggota siku kita ! )
Akibatnya pihak lawan tidak akan mampu untuk bertindak balas kerana sudah " check mate " dan mati kutu kerana anggota tubuh badannya nya sudah tidak seimbang !
Juga dengan menggunakan anggota kaki kita boleh melancarkan serangan dengan menghentam/nekan anggota sendi lutut pihak lawan !
Teknik hentaman/tekan menggunakan anggota tapak & tumit anggota kaki ini dilancarkan seperti photo di bawah !
========
Photo 1:
========
=========
Photo 2:
=========
===========
Photo 3:
============
Jika jarak kita dengan pihak lawan adalah sudah terlalu hampir & rapat makan teknik serangan berkembar menggunakan kombinasi anggota lutut & siku adalah teknik yang amat berkesan & terbaik !
Insyallah misi aku adalah untuk memahirkan diri dalam teknik menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan !
Juga dalam GPLY ada teknik menggunakan anggota punggung, badan & anggota kepala !
Dalam street fighting, misi utama kita ialah untuk menyelamatkan nyawa kita dalam apa situasi & keadaan apa pun. Maka jika kita terpaksa memijak anggota kaki, menggigit, melontar pasir ke dalam mata pihak lawan, menjerit, memukul alat penyawa & etc, itu adalah di benarkan !
Ada rezeki, panjang umur, nanti aku berkongsi tentang teknik anggota siku lian yang baru diajar oleh sifu aku !
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam...
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment