Sunday, November 25, 2012
Silat Cimande
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah suka berkongsi bagaimana semasa aku belajar di matrikulasi, Kulim dulu, aku sempat menyertai Silat Cimande.
Gurunya ialah salah seorang warden di situ yang setahu aku berasal daripada Johor.
Kelas di adakan pada setiap hari malam jumaat.
Tujuan aku menyertai kelas tersebut ialah dengan niat untuk belajar ilmu bela diri.
http://www.youtube.com/watch?v=S0bYrNHe-FM&feature=watch-vrec
Mana tahu jika dalam masa kecemasan, harap harap ilmu beladiri ynag dipelajari mampu menolong aku untuk melepaskan diri daripada keadaan yang genting !
Sebenarnya silat Cimande yang telah sempat aku belajar itu banyak menggunakan teknik paras bawah / rendah !
Di beritakan asal usul silat Cimande ini adalah berasal daripada kepluan Jawa iaitu di kawasan sawah padi !
Oleh itu bayangkanlah seorang petani sedang melakukan kerja membajak di kawasan sawah maka keadaan tubuh petani tersebut adalah dalam kedudukkan paras yang rendah !
Sekarang ini semenjak aku telah belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY -Lian Campur ) iaitu dari awal tahun 2008, maka maaf aku cakap bahawasanya aku sudah lupa akan gerak jurus silat Cimande yang aku telah belajar selama 2 tahun !
Jadi sekarang ini aku hanya perlu fokus pada beladiri GPLY yang insyallah saban hari aku boleh menguasai teknik jurus pukulannya iaitu latihan dibuat dengan menggunakan Orang Kayu.
Lihatlah YouTube di bawah bagaimana Master Wong daripada perguruan Wing Chun memberi tunjuk ajar !
Aku sudah berkongsi sebenarnya kebanyakkan jurus GPLY ini adalah bersumberkan daripada teknik pukulan beladiri Wing Chung & di ganding dan campurkan juga dengan teknik yang ada dalam beladiri Silat, Muay Thai , Aikido & etc.
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Wednesday, November 14, 2012
Ibu Tangan & Siku
Assalamualaikum w.b.t..
Pertama sekali bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya berkesempatan lagi kita untuk menyambut kedatangan tahun baru Islam iaitu Maal Hijrah 1434H.
Semoga segala amalan kita pada tahun lepas di terima oleh ALLAH s.w.t dan segala dosa diampunkan olehNya.
Juga ALLAH s.w.t mengurniakankan kita kekuatan IMAN untuk kita terus beramal di tahun baru ini ke arah untuk kita menjadi muslimin/muslimat yang sejati !
Aku suka berkongsi akan beberapa teknik gerakkan yang boleh diguna pakai untuk mempertahankan diri kita.
Lihatlah & cuba fahami akan gerakkan di atas bagaimana anggota siku kita boleh memainkan peranan untuk menumpaskan pihak lawan kita !
Begitu juga dengan menggunakan anggota Ibu Tangan ( bahagian tapak anggota tangan ! ), maka pukulan ke arah angggota hidung/dagu/telinga boleh dilancarkan secara bertalu talu !
Lihatlah lah photo di atas bagaimana gerakkan teknik serangan menggunakan bahagian anggota Ibu Tangan boleh di buat kepada pihak lawan.
Selamat menuntu ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng'
Monday, November 5, 2012
Selak ! Teknik anggota lutut GPLY
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku suka berkongsi akan satu teknik dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang dikenali sebagai " selak " !
Teknik selak ini adalah dilakukan dengan menggunakan anggota lutut !
Dalam pertempuran jarak dekat, teknik selak ini amatlah berkesan digunakan iaitu dengan menggunakan anggota lutut kita akan menyerang ke anggota betis sehingga ke anggota lutut pihak lawan.
Pada masa yang sama kita akan menggunakan kepantasan anggota tangan/siku kita untuk menyerang ke anggota sendi bahu/siku & tangan pihak lawan !
Sebenarnya serangan anggota lutut menggunakan teknik selak terlebih dahulu akan dilancarkan kepada pihak lawan.
Tujuan utamanya adalah untuk kita terus melumpuh & mematikan gerak pihak lawan iaitu dengan menjadikan pihak lawan tidak stabil !
Apa apapun, teknik melumpuhkan anggota kaki pihak lawan terlebih dahulu adalah misi utama seorang pengamal beladiri GPLY.
Bilaamana anggota kaki pihak lawan sudah tidak stabil maka mudahlah bagi kita untuk terus melancarkan serangan yang bertali arus terhadap pihak lawan !
Insyallah berkat latihan dengan menggunakan Orang Kayu, insyallah aku akan cuba memahirkan teknik gerakkan ini !
Di bawah ini adalah beberapa teknik serangan kung fu yang diilham daripada gerakkan beberapa ekor binatang iaitu harimau, ular & etc.
http://www.howcast.com/guides/920-How-to-Do-Shaolin-Kung-Fu
Suka berkongsi, dalam GPLY juga sebenarnya banyak menggunakan serangan yang bercorak seperti cucukan ke anggota mata pihak lawan iaitu berasakan daripada ular !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Posts (Atom)