Sunday, November 25, 2012

Silat Cimande

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah suka berkongsi bagaimana semasa aku belajar di matrikulasi, Kulim dulu, aku sempat menyertai Silat Cimande. Gurunya ialah salah seorang warden di situ yang setahu aku berasal daripada Johor. Kelas di adakan pada setiap hari malam jumaat. Tujuan aku menyertai kelas tersebut ialah dengan niat untuk belajar ilmu bela diri. http://www.youtube.com/watch?v=S0bYrNHe-FM&feature=watch-vrec Mana tahu jika dalam masa kecemasan, harap harap ilmu beladiri ynag dipelajari mampu menolong aku untuk melepaskan diri daripada keadaan yang genting ! Sebenarnya silat Cimande yang telah sempat aku belajar itu banyak menggunakan teknik paras bawah / rendah ! Di beritakan asal usul silat Cimande ini adalah berasal daripada kepluan Jawa iaitu di kawasan sawah padi ! Oleh itu bayangkanlah seorang petani sedang melakukan kerja membajak di kawasan sawah maka keadaan tubuh petani tersebut adalah dalam kedudukkan paras yang rendah ! Sekarang ini semenjak aku telah belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY -Lian Campur ) iaitu dari awal tahun 2008, maka maaf aku cakap bahawasanya aku sudah lupa akan gerak jurus silat Cimande yang aku telah belajar selama 2 tahun ! Jadi sekarang ini aku hanya perlu fokus pada beladiri GPLY yang insyallah saban hari aku boleh menguasai teknik jurus pukulannya iaitu latihan dibuat dengan menggunakan Orang Kayu. Lihatlah YouTube di bawah bagaimana Master Wong daripada perguruan Wing Chun memberi tunjuk ajar ! Aku sudah berkongsi sebenarnya kebanyakkan jurus GPLY ini adalah bersumberkan daripada teknik pukulan beladiri Wing Chung & di ganding dan campurkan juga dengan teknik yang ada dalam beladiri Silat, Muay Thai , Aikido & etc. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

No comments: