Friday, October 18, 2013
Buka & Tutup ruang..
AsSalam....
Dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku belajar ini memberi penekanan terhadap 70% pertahanan ( defence ). Manakala, 30% adalah bertumpu kepada menyerang.
Lihatlah apa apa pun, defence adalah amat penting sekali.
Barulah akan disusuli dengan serangan ( attack ).
Aku suka ingin berkongsi & mengupas tentang teknik serangan dalam GPLY.
Seorang pengamal beladiri GPLY perlu memahirkan diri untuk melumpuhkan pihak lawan dalam masa yang singkat dengan gerakkan yang paling seminima !
Aku perhatikan bilamana sifu aku masuk melancarkan serangan, maka kedua dua anggota kaki & tangan akan masuk secara serentak.
Bahagian anggota tangan+siku sifu aku akan meMATIkan bahagian anggota tangan+siku pihak lawan.
Begitu juga pada masa yang sama, anggota kaki+lutut sifu aku akan STOP/MATIkan anggota kaki+lutut pihak lawan !
Teknik serangan yang menutup terus ruang di bahagian atas & bawah anggota pinggang pihak lawan akan mengakibatkan pihak lawan tidak mempunyai ruang & peluang walau sedikitpun untuk bertindak balas.
Di samping menutup ruang agar pihak lawan tidak sempat & mampu untuk bertindak, maka seorang pengamal beladiri GPLY senantiasa akan mencari & membuka ruang untuk melancarkan serangan terhadap titik lemah yang berada di anggota tubuh pihak lawan.
Inilah keunikan & keistimewaan dalam GPLY .
Titik lemah di anggota seorang manusia adalah banyak antaranya di bahagian rusuk iaitu di bawah sedikit daripada anggota buah dada!
Juga di bahagian pernafasan di anggota tengkuk.
Anggota mata juga antara yang paling sensitif.
Juga anggota sulit !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment