Tuesday, November 10, 2015

Mantapnya bela diri Muay Thai

AsSalam,

Lihatlah bagaimana mudahnya adik perempuan di bawah mengawal pergerakkannya dikala sedang bertempur secara  hand to hand combat !


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153433954114580&id=766674579



Untuk makluman , segala jurus dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) mempunyai gerak tempur seperti yang adik ini gunakan.




Jurus menggunakan anggota kaki, siku, lutut & hatta dengan menggunakan jari untuk cucuk ke anggota mata lawan !


Justeru tuntutlah ilmu pertahanan diri agar kita dapat mempertahankan diri kita, ahli keluarga kita & semua makhluk di bumi ini.



Selamat menuntut ilmu dan beramal.

Wassalam..


Wednesday, January 21, 2015

Jawa Melontar Lembing

AsSalam,

Ini antara teknik gerakkan yang aku gemari..




Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Assalamualaikum w.b.t..

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan  Batin...




Sementara suka aku berkongsi akan teknik pukulan yang dibuat terus ke anggota ruas sendi seperti di anggota sendi jari tangan atau pun kaki. Anggota yang aku maksudkan ialah pukulan dibuat ke anggota sendi yang menghubungkan kuku di anggota jari kaki ataupun jari tangan.

 Kawasan ini sebenarnya adalah amat sakit sekali jika pukulan/cucukan menggunakan jarum dibuat. Sekiranya pihak lawan memegang pisau atau pun parang dan pukulan dilakukan tepat ke kawasan sendi tersebut, maka senjata tersebut akan terlepas daripada gengaman.

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

 Basteng

Tuesday, April 15, 2014

Membuka Ruang....

As Salam, Aku sempat menonton satu movie yang baru yang berjudul " I am soldiers ". Movie ini berkisar kisah seorang pemuda yang berazam untuk menganggotai special force SAS team iaitu pasukkan elit askar U.K. Dalam tempur tanpa senjata, seni beladiri Krav Maga telah dipilih untuk diguna pakai oleh anggota elit SAS U.K. Krav Maga ini telah dicipta oleh orang Yahudi untuk diguna pakai dalam close combat untuk anggota tentera Israel. Aku berpendapat Krav Maga ini antara beladiri yang memang sesuai untuk di gunak pakai utk street fighting. Manakala untuk beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), teknik membuka ruang dan mencari peluang adalah antara perkara penting yang mesti selalu diingati oleh seorang pengamal beladiri GPLY. Aantara teknik membuka ruang ialah seorang pengamal GPLY akan menggunakan anggota lututnya untuk menguis/menguak/menurun anggota lutut ke anggota betis pihak lawan. Untuk menguasai dan memahirkan diri teknik untuk membuka ruang , maka menuntut ilmu dengan mengadap guru mestilah di laksanakan. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Wednesday, February 5, 2014

Penyakit Hati

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah ALLAH s.w.t mengurniakan nikmat IMAN & ISLAM dan juga masih memanjangkan umur & menganugerahkan kesihatan akal & tubuh badan lagi kepada diri aku. Alhamdulillah. Hidup dalam dunia yang sementara ini, aku selalu meningatkan diri aku tentang peri pentingnya sifat SABAR. Sabar bilamana diri kita di uji. Berbagai bagai bentuk ujian yang ALLAH s.w.t beri & timpakan kepada setiap individu yang bernama insan ini. Ada ujian yang ALLAH s.w.t datangkan MAKHLUK yang berjasad manusia dan mempunyai wajah tetapi berhati seperti SYAITAN. Hati MAKHLUK tersebut penuh dengan dendam kesumat & kebencian. Oleh kerana itu, jika MAKHLUK tersebut mempunyai & memperolehi sedikit kuasa, maka MAKHLUK tersebut merasai diri MAHLUK tersebutlah yang memberi REZEKI !!! Di takuti, MAKHLUK tersebut telah berlaku SYIRIK terhadap ALLAH s.w.t.Nauzibillah. Tambahan jika MAKHLUK tersebut mempunyai NIAT untuk menganiaya makhluk ALLAH yang lain, maka pesan saya di sini ialah tunggulah saatnya di mana si sang roda akan berputar ! Jika pembalasan tidak berlaku di atas mukabumi ini, In Shaa Allah payback time akan berlaku di hari pengadilan. Pesan saya kepada si MAKHLUK yang merasakan dirinya BESAR, BERKUASA & HEBAT itu, kamu boleh ketawa & mengilai atas apa perbuatan & kesusahan & penganiyaian yang kamu lakukan pada hari ini... Tetapi awas ALLAH s.w.t itu kang ADA ! Sampai ketika dan saat nya..dengan kalimah Kun Fa Yakun ( Surah YaSin ayat 82 ),..... Sebagai hamba ALLAH yang lemah & dhaif ini, saya memohon AMPUN kepada ALLAH s.w.t . Saya & MAKHLUK itu TIDAK BERKUASA ...ALLAH s.w.t sahaja yang sebenarnya berKUASA.. Apalah gunanya si MAKHLUK itu solat tetapi HATI nya penuh dengan penyakit yang kronik seperti BANGGA DIRI, UJUB, SOMBONG, DENDAM , ZALIM & etc... Maaf cakap justeru itu saya mengandai & menganggap MAKHLUK tersebut hanyalah seumpama seekor LALAT TAIK dan MAKHLUK tersebut sebenarnya adalah seorang yang BACUL, PENAKUT, SAKIT ( hati berpenyakit ) & bersifat ke anak anakkan.... ! *Nota : Sifu aku menyuruh aku mengucapkan Thank You @ Terima Kasih @ Xie Xie Nie pada MAKHLUK tersebut... Wallahualam.. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Monday, January 6, 2014

Beberapa Gerakkan Bela diri yang mudah tetapi berkesan

AsSalam... Alhamdulillah berkesempatan untuk aku berkongsi beberapa teknik gerakkan menggunakan anggota siku , tangan & kaki untuk mempertahankan diri kita. Lihat lah bagaimana teknik gerakkan menggunakan anggota siku boleh dilancarkan terhadap pihak lawan kita. Sebenarnya pukulan menggunakan anggota siku adalah antara teknik yang paling mudah & amat beekesan sekali. Sekiranya pukulan siku kita mengenai ke anggota rusuk / dada atau muka pihak lawan akan mengakibatkan kecederaan yang parah ! Sebenarnya gerakkan di atas adalah amat mudah untuk dilancarkan . Untuk memperolehi ilmu kita kenalah mengadap guru untuk menimba ilmu. Ketahuilah sebenarnya seperti teknik di atas iaitu kombinasi teknik gayang & serangan menggunakan anggota kaki adalah antara teknik yang amat berkesan untuk melumpuhkan pihak lawan. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam... Basteng

Sunday, December 15, 2013

teknik ringkas

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah berkesempatan berkongsi akan beberapa teknik gerakkan dalam ilmu beladiri yang boleh di guna pakai sekiranya kita berada dalam keadaan yang terdesak untuk melempaskan diri. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, November 10, 2013

Gerak Siku 6

As Salam... Aku ingin berkongsi tentang pembelajaran baru satu teknik anggota siku dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY, Lian Campur ) yang dinamakan sebagai Gerak Siku 6. Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana seorang pengamal beladiri GPLY boleh menggunakan anggota siku nya dalam pertempuran. Gerak siku 6 ini mempunyai 6 jenis variasi gerakkan . Antaranya yang mampu aku kongsi di sini ialah seperti teknik anggota siku Kapak, siku helang & siku terbalik. Selebihnya kenalah mengadap guru sekiranya ingin mendalami ilmu gerak siku 6 ini ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Friday, October 18, 2013

Buka & Tutup ruang..

AsSalam.... Dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku belajar ini memberi penekanan terhadap 70% pertahanan ( defence ). Manakala, 30% adalah bertumpu kepada menyerang. Lihatlah apa apa pun, defence adalah amat penting sekali. Barulah akan disusuli dengan serangan ( attack ). Aku suka ingin berkongsi & mengupas tentang teknik serangan dalam GPLY. Seorang pengamal beladiri GPLY perlu memahirkan diri untuk melumpuhkan pihak lawan dalam masa yang singkat dengan gerakkan yang paling seminima ! Aku perhatikan bilamana sifu aku masuk melancarkan serangan, maka kedua dua anggota kaki & tangan akan masuk secara serentak. Bahagian anggota tangan+siku sifu aku akan meMATIkan bahagian anggota tangan+siku pihak lawan. Begitu juga pada masa yang sama, anggota kaki+lutut sifu aku akan STOP/MATIkan anggota kaki+lutut pihak lawan ! Teknik serangan yang menutup terus ruang di bahagian atas & bawah anggota pinggang pihak lawan akan mengakibatkan pihak lawan tidak mempunyai ruang & peluang walau sedikitpun untuk bertindak balas. Di samping menutup ruang agar pihak lawan tidak sempat & mampu untuk bertindak, maka seorang pengamal beladiri GPLY senantiasa akan mencari & membuka ruang untuk melancarkan serangan terhadap titik lemah yang berada di anggota tubuh pihak lawan. Inilah keunikan & keistimewaan dalam GPLY . Titik lemah di anggota seorang manusia adalah banyak antaranya di bahagian rusuk iaitu di bawah sedikit daripada anggota buah dada! Juga di bahagian pernafasan di anggota tengkuk. Anggota mata juga antara yang paling sensitif. Juga anggota sulit ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Monday, October 14, 2013

Hari Raya Korban...

AsSalam, Selamat menyambut Hari Raya Haji...
Selamat menuntut ilmu & beramal.... Wassalam... Basteng

Monday, September 16, 2013

Defence is critical success factor dlm street fighting !!

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah berkesempatan untuk aku berkongsi berkenaan ilmu beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) . Sifu aku menerangkan sebenarnya dalam GPLY, 70% menitik beratkan teknik pertahanan@defence ! Jadi, point penting di sini ialah bagaimana teknik kita mengelak/menepis amat amatlah penting sekali. Barulah akan diikuti dengan teknik bagaimana serangan boleh dilakukan! Secure the defence first then later attack is launched ! Teknik untuk bertahan mempunyai pelbagai teknik seperti di bawah : 1. Tebah Lalat - menggunakan ke dua dua anggota tapak tangan, 2. Tampar Beruang - menggunakan kedua dua anggota lengan iaitu anggota di antara anggota tapak tangan dengan anggota siku ! 3. Bergayang - angota tubuh badan kita akan bergerak seperti gerakkan seekor ular tendong sela ! Anggota mata kita mesti fokus kepada pihak musuh & anggota badan kita akan berlintuk liuk ( ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kenan, ke belakang, ke hadapan .. ) seperti gerakkan seekor ular yang bersiap siaga & bersedia untuk menyerang ! Selain menguasai ilmu teknik untuk bertahan GPLY, seorang pengamal GPLY mestilah juga memahami & menguasai ilmu TAPAK ! Peri pentingnya menguasai ilmu TAPAK GPLY ini kerana sekiranya kita tersilap TAPAK maka dikhuatiri kita akan mati langkah & check mate diri sendiri ! Menguasai ilmu TAPAK GPLY ini membolehkan seorang pengamal bela diri GPLY senantiasa mempunyai RUANG untuk DEFENCE & ATTACK mode ! Jika TAPAK kita hidup maka In Syaa Allah, kita mampu menguasai & memenangi street fighting ! TAPAK yang betul akan menjadikan kedudukkan anggota tubuh kita stabil ! Ini akan memberi kelebihan buat kita untuk menutup ruang agar pihak lawan sukar untuk melancarkan serangan. Tetapi pada masa yang sama akan memberi & membuka ruang kepada kita untuk melancarkan serangan ke titik titik lemah pada anggota tubuh pihak lawan ! Dalam GPLY, ilmu TAPAK ini di namakan sebagai TAPAK HULUBALANG. Ada 11 jurus dalam GPLY yang aku belajar ini. Antara jurus yang aku paling gemar ialah jurus 5 iaitu tekniknya banyak menggunakan anggota tangan & siku seperti Steven Seagel yang mahir dalam beladiri AiKido ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam... Basteng

Tuesday, August 20, 2013

Pijak kaki

As-Salam.. Dalam Gerak Pukul lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), teknik memijak anggota kaki pihak lain adalah salah satu teknik yang sebenarnya teramatlah berkesan dalam street fighting ! Kaedahnya ialah tidak kira sama ada pihak lawan masuk melangkah dengan anggota kaki kiri @ kanan maka kita akan memijak anggota kaki piha lawan tersebut sambil tolakkan dilancarkan terhadap anggota tubuh ( lengan/ bahu ) pihak lawan ! Ini akan mengakibatkan pihak lawan terus mati langkah @ Check Mate ! Di samping itu suka berkongsi akan khasiat tumbuhan herba yang dinamakan sebagai Belalai Gajah ! http://www.youtube.com/watch?v=GNQajqWwCk4&feature=player_embedded 1. ALLAH 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 17. Al-Wahhab - Maha Pemberi 18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 19. Al-Fattah - Maha Pembuka 20. Al-^Alim - Maha Mengetahui 21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup 23. Al-Khafid - Maha Penghina 24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi 25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan 26. Al-Muthil - Maha Merendahkan 27. As-Sami^ - Maha Mendengar 28. Al-Basir - Maha Melihat 29. Al-Hakam - Maha Menghukum 30. Al-^Adl - Maha Adil 31. Al-Latif - Maha Halusi 32. Al-Khabir - Maha Waspada 33. Al-Halim - Maha Penyantun 34. Al-^Azim - Maha Agong 35. Al-Ghafur - Maha Pengampun 36. Ash-Shakur - Maha Pengampun 37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya 38. Al-Kabir - Maha Besar 39. Al-Hafiz - Maha Pelindung 40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan 41. Al-Hasib - Maha Mencukupi 42. Aj-Jalil - Maha Luhur 43. Al-Karim - Maha Mulia 44. Ar-Raqib - Maha Pengawas 45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan 46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya 47. Al-Hakim - Maha Bijaksana 48. Al-Wadud - Maha Pencinta 49. Al-Majid - Maha Mulia 50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan 51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan 52. Al-Haqq - Maha Benar 53. Al-Wakil - Maha Berserah 54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan 55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya 56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi 57. Al-Hamid - Maha Terpuji 58. Al-Muhsi - Maha Menghitung 59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula 60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan 61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan 62. Al-Mumit - Maha Mematikan 63. Al-Hayy - Maha Hidup 64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya 65. Al-Wajid - Maha Menemukan 66. Al-Majid - Maha Mulia 67. Al-Wahid - Maha Esa 68. As-Samad - Maha Diminta 69. Al-Qadir - Maha Kuasa 70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan 71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan 72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan 73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan 74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan 75. Az-Zahir - Maha Menyatakan 76. Al-Batin - Maha Tersembunyi 77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan 78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi 79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) 80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat 81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa 82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf 83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi 84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan 85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan 86. Al-Muqsit - Maha Mengadili 87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan 88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya 89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan 90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak 91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya 92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat 93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya 94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk 95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan 96. Al-Baqi - Maha Kekal 97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi 98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana 99. As-Sabur - Maha Penyabar http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mrcoYTGCXvc Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Tuesday, July 23, 2013

Teknik anggota siku...

Assalamualaikum w.b.t... Ibadat puasa Ramadan kita sudah memasuki hari yang ke 15 . Sayugia suka aku untuk mengingatkan diri aku & teman teman sekalian agar kita dapat melipat ganda kan lagi amalan kita semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Aku masih ingat lagi semasa aku berkesempatan mengadap sifu aku semasa mempelajari beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana beberapa teknik anggota siku dalam beladiri GPLY yang boleh diguna pakai. Antara teknik anggota siku Lian yang rungkas & berkesan ialah teknik Siku Helang dan siku Kapak ! Teknik anggoya siku Kapak hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk mengangkat anggota siku seperti dalam keadaan menyikat rambut ! Manakala, teknik anggota siku Helang pula hanya memerlukan seorang pengamal lian untuk membuat pukulan anggota siku dalam pusingan melawan atau mengikut arah jam sahaja ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Monday, July 8, 2013

*** Selamat Menyambut Ramdhan ****

Assalamualaikum w.b.t.. Sempena bulan Ramadhan, sukacita aku ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Insyaalah segala amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t...amin. Semenjak minggu lepas, sebenarnya alhamdulillah aku berkesempatan untuk berjumpa & mengadap sifu aku. Sempatlah juga sifu aku memberi tunjuk ajar secara mendalam perihal teknik mainan anggota kaki dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Teknik asas mainan anggota kaki yang boleh aku kongsi di sini ialah bilamana pihak lawan cuba masuk menyerang dengan melangkah menggunakan anggota kaki kanannya maka kita akan menyambutnya dengan anggota badan kita bergayang sedikit sahaja arah ke kanan maka kita akan menggunakan anggota kaki kiri kita untuk menghentak/hentam ke anggota lutut kanan @ penyawa pihak lawan tersebut ! Ini antara salah satu teknik asas anggota kaki yang perlu diketahui & dikuasai oleh seorang pengamal beladiri GPLY. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Wassalam.. Basteng