Monday, April 5, 2010

Sijil Lian Yunan

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan menjalani latihan berkenaan :

(1) Teknik Pukul 1 Gulung Naga. Tangan yang "free" akan membuat pukulan dahulu ke ulu hati/muka lawan.
(2) Teknik pukul luar Guluing Naga. Kaeadah ini seperti teknik tangan Akido @ gerakkan Tai Chi.i

Tadi sempat berlatih bagaimana tindak balas semulajadi tubuh kita bilamana diserang oleh musuh. Teknik latihan ini berguna bagi memastikan pada masa kejadian sebenar kita tidak hilang akal & lupa akan segala ilmu yang dipelajari!

My cifu menumbuk & menetak so kita akan mengelak & membuat pukulan balik ke arah musuh.

Di sertakan di bawah ini adalah my Cifu Sijil Peryertaan yang dia perolehi daripada gurunya pada tahun 1986! Sebenarnya My Cifu telah mempelajari ilmu ini semenjak daripada tahun 1976 lagi!

Jadi selama 10 tahun lebih my Cifu menunut ilmu ini!



Selamat berlatih..

Wassalam..

Sunday, April 4, 2010

Kisah Seekor Landak

Salam...

Semua sedia maklum perihal seekor binatang yang bernama Landak!

Semua ketahui sifat Landak yang mempunyai duri tajam disekeliling badannya yang bertindak sebagai perisai dimasa kecemasan!

Tak kena gaya, seekor harimau garang pun boleh maut jika tersilap masuk untuk memakan Landak kerana tercucuk dengan duri Landak ke bahagian leher/kerongkong!

Sati lagi sifat Landak yang ramai manusia tidak menyedari sifat istimewa yang dimiliki oleh si Landak iaitu takkala si Landak kena perangkap kat bahagian kakinya maka si Landak sanggup menggigit kakinya sendiri sehingga putus semata mata untuk melepaskan diri daripada perangkap!

Oleh itu, dalam GPLY, sifat hati Landak yang pahit & nekad yang sanggup memutuskan kakinya sendiri demi menyelamatkan diri seperti inilah yang ingin dipelajari, diteladani & dicontohi oleh pengamal GPLY!

Gerakan memaut tangan musuh & memukul peha/lutut musuh serentak adalah salah satu teknik yang berkesan!

Guru GPLY ( Arwah Abu Bakar Bin Hussin @Acik Bakar) juga adalah guru Saudara Najib Razak!

Untuk rekod, Guru Acik Bakar ini adalah seorang guru ugama yang mengajar ilmu Tasauf. Juga dia mengajar ilmu persilatan yang pelbagai!

Selamat beramal!

Wassalam..

Basteng..

Thursday, April 1, 2010

Ibu Rita Suwanda

Salam,

Ibu Rita Suwanda adalah pakar senjata Kerambit daripada Indonesia.








Buat pengetahuan, Komando Malaysia telah di hantar belajar & berguru dengan Ibu Rita.
Juga Regimen Gerak Khas daripada pasukkan askar U.K @ U.S, Australia & etc..




Wassalam..

Basteng

Wednesday, March 31, 2010

Tahap 2 : Gerak Pukul Sisi

Salam,


Alhamduluillah berkesempatan mempelajari tahap 2 iaitu jurus teknik Gerak Pukul Sisi.

Teknik ini memerlukkan bila mana musuh bergerak masuk dengan sisi kanan, maka kita akan gerak 1 langkah gayang ke kiri dan terus dalam posisi kedudukkan buah 1! Maka kita akan terus membuat pukulan ke telinga musuh, rusuk & membuat pukulan lutut ke perut atau lutut musuh!





Teknik mengesot ke belakang Teknik ini berguna bilamana musuh menyerang dengan menggunakan senjata parang atau kayu, jadi kita dengan mengekalkan kedudukkan buah satu akan mengesot 1 langkah ke belakang! Posisi ini amat berguna kerana kita boleh melancarkan serangan balas balik ke arah penyawa musuh atau lutut musuh dengan tendangan kaki kita yang hidup di hadapan!

Gerakan Gulung Ekor Naga amat lah penting untuk memperlahankan gerakkan serangan musuh sebelum kita melancarkan serangan balas yang berkesan untuk melumpuhkan musuh sekaligus!




Kombinasi gerakan Gulung Ekor Nage + tarik/tekan pergelangan tangan musuh akan menyebabkan musuh terperanjat & inbalance. Jadi, kita akan membuat serangan "terkejut" dengan menggunakan siku kita terus ke bahagian ulu hati/leher/muka musuh!

Sebenarnya untuk di bahagian lengan kita boleh pecah kannya ke 3 bahagian ruas!

Untuk perkongsian, Dummy Wood mempunyai kayu yang di atas sekali. Itu mewakili untuk latihan musuh mengkapak atau memukul dengan senjata tajam seperti parang jadi kita akan berlatih mecam mana cara untuk menghadapi situasi seperti itu.

Kayu di bahagian tengah mewakili tangan musuh yang menyerang & menumbuk kita di bahagian muka & dada.! Maka kita akan menggunakan cara Gulung Ekor Naga untuk menghadapi serangan seperti itu.

Wooden Dummy Wood di bahagian bawah mewakili musuh membuat tumbukkan/tikaman ke arah bawah iaitu di bawah pusat kita maka kita akan menyambut/membuang serangan musuh utu dengan menekan tangan musuh & melancar serangan seperti Jurus 5!!

Selamat beramal & berlatih!

Wassalam..

Basteng

Tuesday, March 30, 2010

Peringkat 2 : Jurus Ular Membelit & patuk!

Salam.

Alhamdulillah sudah memasuki Tahap 2 ! Jadi selama ini semenjak 1 1/2 tahun baru belajar jurus di dalam Tahap 1!! huhuu..

Sebenarnya perjalanan masih jauh untuk memahir & melengkapkan diri dengan ilmu tempur "street fighter" Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY) ini.





Jurus Ular Membelit & patuk ini di hasilkan bilamana musuh menyerang dengan menggunakan tangan ( sisi kiri), maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan bahagian di atas pergelangan tapak tangan kanan kita terus membelit & dengan pantasnya satu serangan "hentakkan" di buat ke atas tulang rusuk musuh di bahagaian kiri!





Rasanya kena beli alat protection muka & dada bagi melancarkan latihan amali!

Selamat beramal!

Wassalam...

Sunday, March 28, 2010

tempur

Salam,

Alhamdulillah pada petang hari sabtu lepas sekitar jam 5:30 p.m, My Cifu & I ada buat latihan buah "jatuh".

Kami berlatih di kawasan padang berhampiran rumah. Maka, ada lah beberapa jiran yang rasanya hairan apa manusia berdua ini tengah buat kerana bertumbuk, menepis, bergolek & etc.

Hendak di ringkas kan cerita, My Lovely Neighbour buat hal pula di mana bila dia keluar pada jam 6:30 p.m tuu, terus alarm rumahnya berbunti kuat & tanpa henti sehingga jam 8:00 p.m! Jam 8:01 p.m, my Lovely Jiran pulang ke rumahnya berseorangan.

Tetapi yang bestnya dia hanya pulang, then OFF & ON kan balik alarm rumahnya yang memekak tu.

Jadi pada 8:15 p.m, kami buat keputusan untuk tutup dia punya suis. Tengan kami berbincang maka pulang lah kembali Jiran yg perangai comel.

Aku tanpa berlengan terus pergi mengadap Jiran tersayang nii & kabo kat dia mung jgn nak jadi gengstar taik kuching kat sini. Daripada reaksi dia terus dia tunduk masuk balik ke kereta dia & berlalu. Ikutkan perancangan asal aku sebenarnya nak provoke dia agar keluar & terus we bertempur lor...

Subhanallah ALLAH s.w.t maha Berkuasa; Dia masih tidak mengizinkan aku bertempur untuk mengajar pembuli ni erti rendah tingginya langit & bumi yang di pijaknya.

Perbuatan dia yang sengaja ON alarm rumahnya dengan membuatkan bunyi bising menyebabkan aku & jiran lain telah membuat laporan polis seperti di bawah:

Aku berdoa semoga aku tidak perlu mengotori tangan/siku/kaki/lutut aku dengan membelasah si Jiran aku tu.

Alhamdulillah, Cifu aku mempertingkatkan latihan tempur untuk aku bersedia bagi menghadapi saat yang tak di undang kelak! Teknik makan dalam buah silang ketiak & angkat sisi telah di pelajari bersungguh sungguh. Juga teknik ekor Naga ada + ilmu jarak teramatlah penting . Juga Teknik buah pukul 1 & di ikuti dengan Hammer & Adik Hammer amatlah berkesan untuk menumpaskan musuh!

Selamat beramal..

Wassalam..
Basteng

Thursday, March 25, 2010

Kenali Musuh

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan RECAP apa yang telah di pelajari di dalam GPLY.Terutama teknik Taji Ayam! Juga cara betul untuk melancarkan teknik Hammer & Adik Hammer!

Antara TIPS yang perlu di ingat ialah di dalam pertempuran di jalanan, kombinasi kaki dan tangan && juga Lutut & Siku teramatlah penting di dalam ilmu GPLY. Ilmu JARAK amatlah penting.

TUMBUKKAN POWER seperti API, FOKUS & berdiam diri seperti TANAH, LAJU seperti ANGIN & LINCAH seperti AIR!

Cifu ada berkongsi pengalaman dia berlawan dengan penuntut Lian Padukan. Buat makluman, cara Lian Padukan adalah lebih kurang teknik Wing Chun iaitu seperti artikel yang di bawah!


http://www.wtkungfu.org/wing_chun_information.html

Dalam perlawanan tuu, banyaklah juga Cifu kena penangan budak Jawa tuu..

Kesimpulan, sebelum bertempur dengan seseorang, kita kena selidiki dahulu tentang musuh kita!!

Selamat beramal..

Wassalam..

Basteng