Sunday, March 28, 2010

tempur

Salam,

Alhamdulillah pada petang hari sabtu lepas sekitar jam 5:30 p.m, My Cifu & I ada buat latihan buah "jatuh".

Kami berlatih di kawasan padang berhampiran rumah. Maka, ada lah beberapa jiran yang rasanya hairan apa manusia berdua ini tengah buat kerana bertumbuk, menepis, bergolek & etc.

Hendak di ringkas kan cerita, My Lovely Neighbour buat hal pula di mana bila dia keluar pada jam 6:30 p.m tuu, terus alarm rumahnya berbunti kuat & tanpa henti sehingga jam 8:00 p.m! Jam 8:01 p.m, my Lovely Jiran pulang ke rumahnya berseorangan.

Tetapi yang bestnya dia hanya pulang, then OFF & ON kan balik alarm rumahnya yang memekak tu.

Jadi pada 8:15 p.m, kami buat keputusan untuk tutup dia punya suis. Tengan kami berbincang maka pulang lah kembali Jiran yg perangai comel.

Aku tanpa berlengan terus pergi mengadap Jiran tersayang nii & kabo kat dia mung jgn nak jadi gengstar taik kuching kat sini. Daripada reaksi dia terus dia tunduk masuk balik ke kereta dia & berlalu. Ikutkan perancangan asal aku sebenarnya nak provoke dia agar keluar & terus we bertempur lor...

Subhanallah ALLAH s.w.t maha Berkuasa; Dia masih tidak mengizinkan aku bertempur untuk mengajar pembuli ni erti rendah tingginya langit & bumi yang di pijaknya.

Perbuatan dia yang sengaja ON alarm rumahnya dengan membuatkan bunyi bising menyebabkan aku & jiran lain telah membuat laporan polis seperti di bawah:

Aku berdoa semoga aku tidak perlu mengotori tangan/siku/kaki/lutut aku dengan membelasah si Jiran aku tu.

Alhamdulillah, Cifu aku mempertingkatkan latihan tempur untuk aku bersedia bagi menghadapi saat yang tak di undang kelak! Teknik makan dalam buah silang ketiak & angkat sisi telah di pelajari bersungguh sungguh. Juga teknik ekor Naga ada + ilmu jarak teramatlah penting . Juga Teknik buah pukul 1 & di ikuti dengan Hammer & Adik Hammer amatlah berkesan untuk menumpaskan musuh!

Selamat beramal..

Wassalam..
Basteng

No comments: