Wednesday, March 23, 2011

Teknik Kaki - GPLY

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan izin ALLAH s.w.t, aku berkesempatan mendalami teknik kaki di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).

Untuk pengetahuan, teknik tendangan kaki secara sisi iaitu tendangan side kick seperti yang digunakan di dalam Tae Kwan Do ( photo di bawah ) tiada di dalam GPLY !



Ini kerana mengikut cifu aku, tendangan side kick seperti itu sebenarnya merbahaya kepada orang yang melakukannya kerana seorang pengamal GPLY akan mencari kaki tersebut untuk dipusing & patahkan!

Antara teknik tendangan anggota kaki yang diamalkan dalam GPLY ialah seperti tendangan di bawah iaitu di mana jika pihak lawan masuk menyerang dengan anggota kaki kanan, maka kita akan melancarkan serangan anggota kaki kiri kita terus ke bahagian anggota yang bersebelahan dengan anggota penyawa pihak lawan iaitu di bahagian anggota pangkal peha bahagian dalam !







Jika pukulan anggota kaki kita dilancarkan terus ke anggota sendi lutut pihak lawan, akibatnya sangat parah kerana pihak lawan akan cedera parah kerana sendi anggota lutut pihak lawan terkehel kerana terseliuh ataupun patah!



Jika latihan dilakukan dengan menggunakan wooden dummy @ Orang Kayu, maka gerakkannya adalah seperti photo di bawah.



Sebenarnya teknik tendangan kaki ini adalah antara teknik yang aku gemari iaitu selain dengan menggunakan anggota siku, lutut & tangan!

Teknik tendangan kaki iaitu seperti teknik kita menendang bola dilancarkan ke anggota sendi tangan, siku, lutut pihak lawan iaitu dengan tujuan jika pihak lawan memegang senjata maka dengan tendangan sisi bola yang dilancarkan sepatutnya akan mengakibatkan anggota sendi tangan/siku pihak lawan terangkat ke atas ! Maka ini memberi ruang kepada kita untuk terus melumpuhkan lawan kita serta merta!





Di bawah ini beberapa teknik siku dan lutut yang gerakkannya lebih kurang yang aku telah pelajari.

http://www.youtube.com/watch?v=hfdmg49IlHE&feature=player_detailpage

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Tuesday, March 15, 2011

Senaman LIAN : Senaman Saraf Tradisional Orang Melayu !

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdululillah suka berkongsi tentang satu bentuk senaman saraf yang aku namakan sebagai senaman LIAN!

Senaman ini aku belajar dari Cifu aku . Cifu aku pula telah menuntut ilmu ini dari Guru Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) di Pekan, Pahang iaitu arwah Acik Bakar.

Ada juga beberapa jenis senaman yang Cifu aku telah belajar dengan seorang ahli Tabligh. Dengan ahli tabligh ini, cifu aku belajar tentang senaman yang khusus tentang senaman di bahagaian anggota muka iaitu untuk mengelak penyakit strok ( angin ahmar), sakit kepala & juga senaman mata!

1. Ada cara teknik bernafas yang dipanggil sebagai nafas kecil.
2. Cara teknik bernafas yang dipanggil sebagai nafas besar
3. Senaman harimau besar. Seperti teknik "pumping". Tambahan badan iaitu anggota dada ke hadapan & lentik seperti huruf L.



4. Duduk bersila & temukan 2 tapak kaki & tumit. Tarik ke dalam untuk tumit menyentuh penyawa! ( dipercayai senaman jenis ini elok untuk urat alat penyawa! Senaman Batin! )





4.1 Senaman harimau sederhana kecil. Rapatkan satu anggota tumit ke penyawa & kemudian cuba rapat/luruskan anggota badan!







5. Senaman harimau kecil. Duduk seperti duduk tahhiyat awal. Temukan dahi ke lantai sambil tangan lurus tegang ke hadapan. Ambil tapak tangan untuk tarik bahagian buku lali kaki.



6. Tapak Cacat Dalam.
7. Tapak Cacat Luar
8. Temukan jari yang dikucup ke bahagian dalam ketiak. Untuk urat belikat. Angkat anggota bahu ke atas iaitu sambil ibu jari menekan lubang di bahagian atas bahu.
9. Luruskan 2 tangan & angkat ke atas.



10. Latihan 3 set untuk anggota kaki. ( latihan saraf untuk anggota lutut! Sesiapa yang menghadapi masalah lutut, seeloknya mengamalkan senaman ini )
(a) Duduk Mencangkung
(b) Duduk 1/3 mencangkung
(c) Duduk mecangkung hingga ke atas.
11. Bila bangun tidur
(a) Tengok kaki
(b) Angkat kaki & kepala
(c) angkat kaki terus ke atas.
12. Untuk buah pinggang.
13. Senaman bahagian muka.
(a) Untuk hilangkan sakit kepala
(b) Untuk hilang/elakkan stroke. Masukkan jari ke dalam keng dagu.
14. Senaman mata.



Ini adalah beberapa teknik senaman saraf yang mampu aku kongsikan. Untuk praktikalnya, kenalah mengadap Guru!

Alhamdulillah menemui beberapa link berkenaan senaman Rimau!

http://www.rusliesophian.com/2010/senaman-warisan.html

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=366904
Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam.

Basteng

Sunday, March 13, 2011

Ilmu Perang!

Assalamualaikum w.b.t..

Ilmu yang aku belajar ini sebenarnya ialah ilmu perang.

Ilmu perang disini bermaksud sepatutnya gerakkannya adalah untuk melumpuhkan pihak lawan samada untuk membunuh & mematahkan pihak lawan.

Inysallah dengan kekuatan keberanian yang ALLAH s.w.t anugerahkan kepada kita maka sepatutnya kita tidak mempunyai alasan untuk melarikan diri jika terpaksa bertempur didalam street fighting & waktu perang!



Suka berkongsi pengalaman iaitu aku berpeluang untuk belajar Silat Cimande selama 2tahun. Tetapi malangnya oleh keran aku sendiri pun tidak berapa faham banyak tentang kenapa dan apa gunanya sesuatu gerakkan tersebut dilakukan maka ilmu yang aku pelajari selama 2 tahun itu aku rasai tidak boleh banyak membantu aku untuk kehidupan sebenar !

2 hari lepas ada berita di dalam surat khabar berkenaan bagaimana seorang Cifu Jujitsu telah dipukul sampai mati!



Aku pun baru nak buat kajian sebenarnya bagaimana teknik Jujitsu diamalkan kerana aku ingin tahu bagaimana seorang yang terlatih di dalam seni beladiri seperti Cifu tersebut pun boleh tumpas inikan pula jika individu tersebut langsung tidak mempelajari ilmu pertahanan diri yang sesuai & praktikal untuk diamalkan di jalanan!

Adakah beladiri seni pertahanan diri Jujitsu sesuai & praktikal untuk tempur jalanan!



Jurus kegemaran Arwah Pak Ali ialah Jurus 4 iaitu gerakkan pukulan menggunakan anggota tangan & siku seperti gerakkan Viper kereta.

Jurus ini sebenarnya amat berkesan di dalam tempur kerana walaupun dalam close range, jurus ini sangar sesuai digunakan kerana akan memerangkap pihak lawan tanpa pihak lawan sempat bertindak balas!

Untuk pengetahuan, street fighting hanya mengambil masa yang kurang dari 10 saat sahaja. Yang kita melihat aksi berlawan/bertumbuk seperti di dalam filem kung-fu itu hanya lah sekadar lakonan sahaja.

Kisah sebenarnya ia terlampau singkat & pantas sahaja. Anda lambat bertindak balas, anda akan menjadi mangsa!

Pukulan padat yang dilakukan dengan menggunakan IBU TANGAN terhadap anggota leher, ulu hati, rusuk & penyawa pihak lawan adalah amat berkesan sekali di dalam tempur close combat.



Kita mempunyai Ibu Jari. Juga kita mempunyau IBU TANGAN ! Jika betul tekniknya, pukulan menggunakan Ibu Tangan ke bahagian anggota rahang mulut lawan kita boleh mengakibatkan kecederaan yang parah kerana rahang lawan kita boleh teralih!

Teknik gerakkan seperti Jurus 10 di bawah ini adalah amat berkesan & teknik ini adalah salah satu teknik yang digemari oleh Cifu aku.



Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan pukulan pantas & padat dilancarkan ke anggota rusuk kanan pihak lawan.

Sambil, kita masuk selangkah kaki kiri kehadapan iaitu anggota kaki kita dibelakang anggota kaki kanan pihak lawan, sambil pada masa yang sama pukulan Ibu Tangan kiri dilancar ke anggota rahang/leher pihak lawan & anggota tangan kanan kita menepuk/memukul penyawan pihak lawan!

Akibatnya sepatutnya akan mengakibatkan pihak lawan kita akan jatuh terlepok kebelakang dengan mengerang kesakitan!

Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) ini tidak cantik caranya tetapi jika kita melihat bagaimana IP Man membelasah 10 orang pengamal karate, maka kita boleh membayangkan bagaimana berkesannya teknik pukulan tersebut!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Saturday, March 12, 2011

Teknik Siku

Assalamualaikum w.b.t...

Teknik tumbukkan ada beberapa pecahan antaranya ialah yang dikenali sebagai tumbukkan TIGA ( 3 ) .



Antara kawasan anggota badan yang dilancarkan teknik tumbukkan TIGA ialah:
1. Muka
2. Ulu Hati
3. Ari ari, penyawa

Contoh tumbukkan TIGA memerlukan jika tumbukkan dilancarkan ke kawasan anggota muka, maka kita perlu bayangkan di kawasan muka tersebut seolah olah ada titik segitiga kecil yang berbentuk piramid!



Justeru, tumbukkan akan dilancarkan ke kekawasan titik piramid tersebut berada!

Manakala, jika kita bermain teknik bawah ( gerakkan silat Bugis ) iaitu kita makan bawah, maka tujuan kita adalah untuk mencari sendi lutut pihak lawan. Sambil pukulan tumbukkan dilancarkan terus ke anggota penyawa/ari ari lawan kita!

Bilamana di dalam close contact street fighting, peranan anggota lutut untuk mengakibatkan lawan kita tidak stabil adalah amat penting sekali.



Juga antara teknik yang berkesan dan Cifu aku suka ialah teknik kita mencari kaki pihak lawan yang menjadi tongak@paksi@ Tiang Seri.



Seterusnya serangan anggota lutut kita dilancarkan terus ke anggota sendi lutut pihak lawan!

Juga dengan cara kita menarik kaki pihak lawan! Ini akan mengakibatkan lawan kita tidak stabil & jatuh!

Teknik serangan dengan menggunakan anggota siku adalah amat berkesan dan merbahaya sekali!



Di dalam GPLY, ada beberapa teknik gerakkan serangan anggota siku antaranya :

1. Siku Kapak.

=> Teknik ini mengkehendaki kita masuk bertapak sebagai Jurus 1 & terus menghantar anggota siku kita tepat ke anggota ulu hati, muka lawan kita!



2. Siku Sendeng 1 & 2

=> Sebenarnya untuk teknik Sendeng 1 % sendeng 2, kita boleh menggunakan siku kanan atau pun siku kiri!




Teknik pelepas bagi serangan parang ialah kita mesti masuk dengan menggunakan teknik tangan Ultraman!



Dengan gengaman buku lima dibuat, maka kita akan masuk dengan gerakkan menyauk bahagian lengan ( anggota siku ke atas ) pihak lawan sambil serangan pukulan siku dilancarkan!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

Tuesday, March 8, 2011

Jatuhan dalam Close Combat Street Fighting

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berkesempatan mempelajari beberapa teknik tendangan & jatuhan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).



Teknik tersebut semuanya adalah ringkas dan mudah tetapi kebanyakkan orang tidak mengetahui & menyedari keberkesanan nya dalam Close Contact Combat !

Jika pihak lawan bersenjata pisau atau parang, teknik tendangan menggunakan kaki ( bahagian tengah anggota kaki iaitu blocking area ) dilancarkan ke sendi anggota siku pihak lawan yang memegang senjata!!



Tendangan kaki ini adalah seperti kita menyepak bola & berbentuk L ! Sebaik nya kita tidak perlu mengambil jarak umtuk melancarkan pukulan. Cukup dalam jarak yang pendek sahaja maka pukulan kaki ini boleh di lancarkan ke anggota sendi lutut, sendi kaki & rusuk pihak lawan kita!

Latihan tendangan ini boleh di praktiskan dengan menggunakan Wooden Dummy.



Teknik tendangan ini antara teknik yang amat berkesan di dalam street fighting.

Di dalam situasi pertempuran sebenar yang menentukan hidup & mati, akal yang pantas berfikir ( tidak panik & kaku ) sambil gerakkan tubuh kita seperti penggunaan anggota kaki yang spontaneous adalah faktor penting yang menentukan kita survive atau pun sebaliknya.



Teknik yang di gemari oleh Cifu aku punya Cifu ( arwah Acik Bakar ) ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka Arwah Acik Bakar akan menyambutnya dengan anggota tubuh dia direndahkan separuh sambil pukulan bidas rotan dilancarkan dengan menggunakan tangan kiri iaitu dari arah bawah ke atas terhadap anggota penyawa pihak lawan.

Serentak dengan itu juga, Arwah Acik BAKAR akan bergerak masuk dengan tapak jurus 1 iaitu dia melangkah 1 tapak kaki kiri ke depan ( anggota lutut kiri dia berada di belakang sambil dia akan mengena & menguis bahagian anggota betis kanan lawan dia ) sambil dia melancarkan serangan anggota siku kiri tepat ke anggota ulu hati pihak lawan!



Akibatnya lawan kita akan jatuh tersungkur kesakitan! Teknik ini sebenarnya amat berkesan iaitu tidak kira samada lawan kita bersaiz besar atau kecil.



Teknik ini adalah sunguh ringkas dan amat berkesan iaitu jikalau ada orang yang masuk untuk menampar kita dengan menggunakan anggota tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan angota tangan kiri kita berfungsi sebagai defence manakala kita akan masuk 1 langkah anggota kaki kanan kita ke depan, sambil kita mencari ruang dengan melancarkan anggota tangan kanan kita ke bawah anggota ketiak tangan kanan pihak lawan dengan gerakkan angkat!



Bilamana kombinasi gerakkan kaki kita menguis & tangan kita mengangkat di laksanakan, mengakibatkan pihak lawan akan jatuh tersungkur!



Sementara itu aku menemui beberpa link tentang Krav Maga!

http://www.i-f.org.il/en/page.php?id=2

http://gearloose.net/misc/kravmaga.html

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

Friday, March 4, 2011

Pelepas serangan anggota Lutut & serangan Tendangan Front Kick ( jab )

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berpeluang mempelajari teknik pelepas untuk serangan anggota lutut.

Jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan dengan melancarkan serangan anggota lutut kanannya, maka kita akan menyambutnya dengan pelepas seperti teknik di bawah :

1) Seperti gerakkan jurus 5, pukulan ke anggota lutut kanan pihak lawan di lakukan dengan menggunakan anggota lengan tangan kiri kita iaitu gerakkan seperti menahan dari atas ke bawah! Sambil dengan menggunakan anggota tangan kanan kita akan terus menyauk peha anggota kanan pihak lawan sambil tumbukkan tangan kiri kita dilancarkan terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan!



Saukkan yang kita lakukan terhadap anggota peha kanan pihak lawan tersebut adalah bertujuan untuk menyebabkan lawan kita tidak stabil!

2) Teknik ke dua ialah bilamana lawan kita masuk menyerang dengan melancarkan serangan anggota lutut kanan, maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota siku kiri kita iaitu seperti teknik pukulan silat siku!

3) Boleh juga dengan kita menggunakan anggota lutut kita sebagai pelepas! Caranya sama ada dengan menggunakan anggota lutut kanan atau kiri kita maka dengan mengangkat anggota lutut kita separas anggota pusat, kita akan menghentak ke bahagian anggota peha pihak lawan!



Teknik penggunaan anggota Siku adalah seperti teknik orang bertinju! Iaitu kedua dua kepak kita cuba dirapatkan semaksimun mungkin sambil serangan anggota siku kita dilancarkan ke pihak lawan!



Sebenarnya aku berpendapat untuk perempuan/wanita, latihan asas untuk menggunakan anggota siku & lutut ( juga sepakkan jab kedepan iaitu tendangan terus ke anggota penyawa ) adalah sangat perlu & berguna kerana kebiasaannya kudrat @ tenaga orang perempuan adalah kurang jika dibangdingkan dengan kudrat tenaga orang lelaki!

Di bawah ini, aku suka berkongsi maklumat berkenaan pelepas jika pihak lawan melancarkan serangan anggota kaki secara straight jab ( tendangan terus ke depan ).

1) Sauk & angkat ( gerakkan anggota badan masuk ).

=> Jika pihak lawan melancarkan tendangan jab dengan menggunakan kaki kanan, maka seperti masuk jurus 1, maka kita akan masuk melangkah 1 langkah kakki kiri ke depan sambil anngota lengan kanan kita akan menyauk & mengangkat anggota peha kanan pihak lawan sambil serangan anggota siku kiri kita dilancarkan ke anggota rusuk kanan lawan kita!

2) Sauk & patahkan ( gerakkan anggota badan gayang )

=> Jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan jab anggota kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan hentakkan dengan menggunakan anggota siku kanan kita sambil dengan gerakkan tapak kaki yang betul ( teknik gayang luar ! ), maka kita akan menyauk anggota betis kanan lawan kita dengan menggunakan anggota tangan kanan kita sambil serangan anggota siku kiri kita dilancarkan ke anggota sendi lutut kanan lawan kita! Akibatnya, lawan kita akan lumpuh akibat anggota lututnya sudah patah!



3) Sauk & tarik ( gerakkan bertapak )

=> Jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan jab anggota kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan hentakkan dengan menggunakan anggota siku kanan kita sambil dengan gerakkan tapak kaki yang betul ( teknik kita gerakkan 1 langkah kaki kanan kita ke belakang! ) maka kita akan menyauk & sambil menarik ke atas anggota betis kanan lawan. Tujuannya adalah untuk mengakibatkan lawan kita tidak stabil & untuk mematahkan sendi anggota lutut/kaki pihak lawan !

Latihan asas tumbukkan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang boleh di praktik kan dengan menggunakan Wodden Dummy@ Orang Kayu ada beberapa pecahan seperti di bawah :

( A ) Teknik Pukulan 3

=> Tumbukkan ke anggota :
1. Muka
2. Ulu Hati/dada
3. Penyawa



( B ) Teknik Pukulan 5
=> Tumbukkan ke anggota :
1. Muka
2. Ulu Hati/Dada
3. Penyawa
4. Rusuk kanan
5. Rusuk kiri



( C ) Teknik pukulan 7

=> Tumbukkan ke anggota :

1. Muka
2. Ulu Hati/Dada
3. Penyawa
4. Rusuk kanan
5. Rusuk kiri
6. Pukulan siku ke anggota dada
7. Hentakkan Bidas Rotan ke anggota belakang kepala iaitu di bahagian kawasan leher/tengkok belakang! Tapi AWAS kerana ini kawasan dead area kerana jika pukulan dilancarkan terlampau kuat kemungkinan boleh mengakibatkan pihak lawan terus padam atau pengsan !



( C ) Teknik pukulan 11

=> Belum belajar lagi ! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam...

Basteng
Skype : Basteng04

Tuesday, March 1, 2011

Krav Maga

Assalamualaikum w.b.t...

Krav Maga adalah seni pertahanan diri yang dipelajari oleh askar Israel.



Aku melihat tekniknya banyak persamaan dengan apa yang aku telah pelajari selama 3 tahun lebih di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).



Berkongsi sebenarnya kita mencari ruang untuk membuat pihak lawan tidak stabil. Teknik GPLY juga suka umpan untuk makan besar!



Umpan disini bermaksud kita sengaja menyuruh pihak lawan untuk memegang tangan kita kerana kita mahu makan besar yang akan meng check-mate kan pihak lawan terus!

Di bawah ini adalah beberapa pautan YouTube berkenaan Karan Maga!

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=tGAE99qawps

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=LumtCMyOEYg

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Ixhjy5yRY1o

Sudah semestinya Bangsa Yahudi @ Israel ini akan memilih pertahanan diri yang terbaik sahaja untuk dipelajari oleh askar komando elit mereka !



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng