Friday, March 4, 2011

Pelepas serangan anggota Lutut & serangan Tendangan Front Kick ( jab )

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berpeluang mempelajari teknik pelepas untuk serangan anggota lutut.

Jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan dengan melancarkan serangan anggota lutut kanannya, maka kita akan menyambutnya dengan pelepas seperti teknik di bawah :

1) Seperti gerakkan jurus 5, pukulan ke anggota lutut kanan pihak lawan di lakukan dengan menggunakan anggota lengan tangan kiri kita iaitu gerakkan seperti menahan dari atas ke bawah! Sambil dengan menggunakan anggota tangan kanan kita akan terus menyauk peha anggota kanan pihak lawan sambil tumbukkan tangan kiri kita dilancarkan terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan!



Saukkan yang kita lakukan terhadap anggota peha kanan pihak lawan tersebut adalah bertujuan untuk menyebabkan lawan kita tidak stabil!

2) Teknik ke dua ialah bilamana lawan kita masuk menyerang dengan melancarkan serangan anggota lutut kanan, maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota siku kiri kita iaitu seperti teknik pukulan silat siku!

3) Boleh juga dengan kita menggunakan anggota lutut kita sebagai pelepas! Caranya sama ada dengan menggunakan anggota lutut kanan atau kiri kita maka dengan mengangkat anggota lutut kita separas anggota pusat, kita akan menghentak ke bahagian anggota peha pihak lawan!



Teknik penggunaan anggota Siku adalah seperti teknik orang bertinju! Iaitu kedua dua kepak kita cuba dirapatkan semaksimun mungkin sambil serangan anggota siku kita dilancarkan ke pihak lawan!



Sebenarnya aku berpendapat untuk perempuan/wanita, latihan asas untuk menggunakan anggota siku & lutut ( juga sepakkan jab kedepan iaitu tendangan terus ke anggota penyawa ) adalah sangat perlu & berguna kerana kebiasaannya kudrat @ tenaga orang perempuan adalah kurang jika dibangdingkan dengan kudrat tenaga orang lelaki!

Di bawah ini, aku suka berkongsi maklumat berkenaan pelepas jika pihak lawan melancarkan serangan anggota kaki secara straight jab ( tendangan terus ke depan ).

1) Sauk & angkat ( gerakkan anggota badan masuk ).

=> Jika pihak lawan melancarkan tendangan jab dengan menggunakan kaki kanan, maka seperti masuk jurus 1, maka kita akan masuk melangkah 1 langkah kakki kiri ke depan sambil anngota lengan kanan kita akan menyauk & mengangkat anggota peha kanan pihak lawan sambil serangan anggota siku kiri kita dilancarkan ke anggota rusuk kanan lawan kita!

2) Sauk & patahkan ( gerakkan anggota badan gayang )

=> Jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan jab anggota kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan hentakkan dengan menggunakan anggota siku kanan kita sambil dengan gerakkan tapak kaki yang betul ( teknik gayang luar ! ), maka kita akan menyauk anggota betis kanan lawan kita dengan menggunakan anggota tangan kanan kita sambil serangan anggota siku kiri kita dilancarkan ke anggota sendi lutut kanan lawan kita! Akibatnya, lawan kita akan lumpuh akibat anggota lututnya sudah patah!



3) Sauk & tarik ( gerakkan bertapak )

=> Jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan jab anggota kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan hentakkan dengan menggunakan anggota siku kanan kita sambil dengan gerakkan tapak kaki yang betul ( teknik kita gerakkan 1 langkah kaki kanan kita ke belakang! ) maka kita akan menyauk & sambil menarik ke atas anggota betis kanan lawan. Tujuannya adalah untuk mengakibatkan lawan kita tidak stabil & untuk mematahkan sendi anggota lutut/kaki pihak lawan !

Latihan asas tumbukkan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang boleh di praktik kan dengan menggunakan Wodden Dummy@ Orang Kayu ada beberapa pecahan seperti di bawah :

( A ) Teknik Pukulan 3

=> Tumbukkan ke anggota :
1. Muka
2. Ulu Hati/dada
3. Penyawa



( B ) Teknik Pukulan 5
=> Tumbukkan ke anggota :
1. Muka
2. Ulu Hati/Dada
3. Penyawa
4. Rusuk kanan
5. Rusuk kiri



( C ) Teknik pukulan 7

=> Tumbukkan ke anggota :

1. Muka
2. Ulu Hati/Dada
3. Penyawa
4. Rusuk kanan
5. Rusuk kiri
6. Pukulan siku ke anggota dada
7. Hentakkan Bidas Rotan ke anggota belakang kepala iaitu di bahagian kawasan leher/tengkok belakang! Tapi AWAS kerana ini kawasan dead area kerana jika pukulan dilancarkan terlampau kuat kemungkinan boleh mengakibatkan pihak lawan terus padam atau pengsan !



( C ) Teknik pukulan 11

=> Belum belajar lagi ! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam...

Basteng
Skype : Basteng04

No comments: