Sunday, February 17, 2013

Teknik pukulan anggota kaki GPLY - untuk patah/kehel kan sendi anggota lutut!

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah aku ingin berkongsi akan satu teknik pukulan menggunakan anggota kaki yang diajar oleh sifu aku. Teknik pukulan anggota kaki ini adalah antara beberapa teknik pukulan anggota kaki Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Contohnya sekiranya lawan kita masuk menyerang dengan anggota kaki kanannya melangkah di hadapan maka kita yang mengadap face-to-face dengan pihak lawan tersebut akan bertindak pantas dengan bergayang anggota tubuh kita ke sisi kanan sambil anggota kaki kanan kita bergerak seinci ke kanan ! Jadi sekarang anggota kaki kanan kita tersebut yang akan menampung berat anggota badan kita . Sementara angggota kaki kiri kita adalah FREE & ringan ! Maka dengan pantas anggota kaki kiri kita yang ringan tersebut akan melancarkan serangan ke bahagian anggota lutut kanan pihak lawan pula ! Ini akan membuatkan pihak lawan tidak seimbang. Maka dengan pantas pula pukulan susulan dengan menggunakan anggota kaki kanan kita pula akan dilancarkan ke bahagian anggota sendi lutut kiri pihak lawan ! Pihak lawan akan mengalami kecederaan yang maksimum seperti mengalami tergeliat/terkehel/patah sendi anggota lutut kanan dan kiri akibat serangan tersebut! *Nota : Kenalah mengadap guru untuk mengetahui & belajar teknik pukulan anggota kaki yang sebetulnya ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Monday, February 11, 2013

Teknik pijak anggota kaki & pukulan Ibu Tangan !

Assalamulaikum w.b.t Dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang menuntut ini , banyak sebenarnya teknik yang sifu aku ajar adalah teknik yang sebenarnya adalah amat mudah sekali tetapi disebabkan tiada ilmu & tidak berkesempatan untuk belajar teknik mempertahankan diri maka ramai orang yang tidak mengetahuinya ! Antara teknik GPLY yang aku kagum sekali ialah teknik memijak anggota kaki pihak lawan. Teknik memijak anggota kaki ini boleh diamalkan untuk pihak lawan yang betrbagai saiz kerana objektif utama disini ialah agar kita membuatkan pihak lawan tidak stabil / seimbang dan seterusnya membuka ruang & peluang kepada kita untuk menewaskan pihak lawan tersebut ! Contohnya pihak lawan melangkah masuk menyerang dengan anggota kaki kanannya dihadapan maka kita dengan pantas bilamana anggota kaki kanan pihak lawan itu baru berpijak ke bumi, maka kita dengan pantas menggunakan anggota kaki kiri akan menghenjang/menghentak sambil memijak anggota kaki kanan pihak lawan tersebut ! Seterusnya anggota tubuh badan kita pula hendaklah bergayang iaitu bergerak secara melintuk ke belakang/kiri/kanan seperti gerakkan seekor ular tedung selar kerana keberangkalian untuk pihak lawan melancarkan tumbukkan anggota tangannya adalah amat besar ! Di sinilah keberanian/ketangkasan seorang pengamal GPLY diuji kerana sekiranya pihak lawan menumbuk dengan anggota tangan kanan/kiri maka kita hanya perlu bergayang untuk mengelak sahaja ! Bayangkan kita sudah kunci anggota kaki kanan pihak lawan, maka hanya anggota tangan pihak lawan yang masih hidup & boleh digunakan. Seandainya pihak lawan terus menumbuk kita dengan menggunakan anggota tangan kirinya maka kita terus mengelak & menguak anggota tangan kiri pihak lawan tersebut ke arah kiri kita maka pihak lawan akan terus CHECK MATE ! Sebenarnya ada beberapa teknik pijakkan GPLY lagi yang diajar oleh sifu aku yang mungkin aku akan berkongsi di kemudian hari. Teknik pukulan menggunakan kedua dua anggota Ibu Tangan iaitu tapak anggota tangan kita adalah antara teknik yang berkesan & merbahaya ! Pukulan lurut Ibu Tangan tersebut jika disasarkan ke anggota muka/hidung pihak lawan akan mengakibatkan kecederaan yang parah kerana bahagian anggota hidung jika dianggkat daripada bawah ke atas akan menyebabkan anggota hidung tersebut koyak ! Juga jika kita secara tiba tiba tanpa disangka kita diserang maka semestinya tubuh badan kita secara automatik akan melindungi semua tempat sensitif di anggota badan kita & seterusnya kita melancarkan teknik Siku Kapak ke anggota dada/muka pihak lawan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Saturday, February 2, 2013

Serangan ke anggota kaki - jadikan kedudukan pihak lawan tidak stabil

Assalamualaikum w.b.t... Sifu aku sudi memberi tunjuk ajar agar aku dapat memantap & memahirkan kan lagi pergunaan teknik anggota kaki ! Kita semua sedia maklum akan perkataan anggota KAKI-TANGAN ! Kenapa perkataan anggota kaki yang didahulukan bukannya anggota tangan yang didahulukan ! Sebenarnya dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang sedang aku pelajari ini, apa apa pun serangan menggunakan anggota kaki kita yang disasarkan ke anggota kaki pihak lawan adalah teknik asas yang mesti difahami & dikuasai oleh seorang pengamal lian ! Seorang pengamal Lian mesti melancarkan serangan ke arah anggota kaki pihak lawan terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan teknik memijak anggota kaki pihak lawan & kemudian menarik/menolak anggota tubuh pihak lawan. Juga dengan menggunakan anggota lutut maka seorang pengamal Lian akan masuk rapat & sambil menguis & menguak akan disasarkan ke anggota sendi lutut/kaki pihak lawan ! Ini akan mengakibatkan kedudukkan pihak lawan TIDAK SEIMBANG & STABIL ! Kunci utama yang aku ingin kongsi di sini ialah kita menyebabkan pihak lawan TIDAK SEIMBANG maka dengan pantas kita akan menyerang pihak lawan dengan kombinasi anggota lutut, tangan & siku kita ! Panjang umur nanti jika berkesemapatan aku akan cuba berkongsi bagaimana teknik memijak anggota kaki pihak lawan boleh dilakukan agar menyebabkan pihak lawan tidak stabil & seimbang ! Teknik pijak anggota kaki pihak lawan ini nampak bodoh & kelakar sahaja ! Tetapi sebenarnya teramatlah berkesan & berguna untuk sesiapa yang berjaya menguasai & mengamalkannnya ! Sebenarnya dalam pertempuran jarak dekat, adalah satu kelebihan yang amat ketara sekiranya kita berjaya menguasai teknik anggota kaki Lian ini yang tujuan utama dalah untuk menjadikan kedudukan pihak lawan tidak strabil & seimbang ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Wednesday, January 16, 2013

Jurus anggota Kaki GPLY

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku. Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana teknik anggota kaki boleh dilancarkan dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Perlu diingat dalam GPLY, bilamana kita menyerang maka anggota kaki kita akan pergi dahulu mencari sasaran ke anggota pihak lawan barulah pula diikuti oleh anggota tangan/siku kita ! Sebelum itu sebenarnya beladiri yang sifu aku ajar ini tidak bernama ! Ia hanya dipanggil sebagai Buah Pukul. Tetapi kadang kala ada juga yang memanggil Buah Pukul ini sebagai Paksi Bumi @ Lian Campur @ Lian 12 ! Untuk rekod aku suka memanggilnya sebagai => Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Teknik LIAN sememangnya KERAS iaitu PUKUL & PUKUL & PUKUL ! Bilamana teknik Lian yang keras diadun & dicampur dengan Jurus 5 ( teknik lembut menggunkan anggota tangan dengan menyerang & sasar ke anggota sendi pihak lawan ) iaitu menggunakan teknik TEKAN, CUCUK, TARIK & TOLAK maka lahirlah gerakkan yang seakan & seperti teknik yang ada dalam beladiri TaiChi / AiKido / Silat pula ! Teknik anggota kaki dalam GPLY adalah berbagai bagai. Aku suka berkongsi akan beberapa cara antaranya : (1) Bilamana pihak lawan masuk untuk menyerang maka dalam jarak 1 kaki maka kita akan merendahkan anggota tubuh kita dengan cara menyendeng ke kanan/kiri maka dengan pantas kita akan melancarkan serangan anggota kaki kita iaitu dengan menYUCUK menggunakan anggota perut depan anggota kaki terus ke sasaran penyawa/ulu hati/dada pihak lawan ! Ini sebenarnya adalah antara teknik yang paling berkesan tetapi teramatlah bahaya ! (2) Bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan kaki kanannya melangkah ke hadapan maka kita dengan pantas akan menYAUK buku lali anggota kaki kanan pihak lawan dengan menggunakan anggota kaki kiri kita ! Maka dengan pantas kita akan masuk membuat serangan dengan menghenjang menggunakan anggota kaki kanan kita ke anggota kaki kiri pihak lawan ! Pasti akan mengakibatkan pihak lawan mengalami kecederaan yang parah ! Untuk rekod beladiri Krav Maga adalah antara beladiri yang boleh diguna pakai untuk street fighting ! Silalah menonton YouTube di bawah bagaimana beberapa teknik yang boleh di amalkan untuk kita mempertahankan diri kita. Sebenarnya dalam peperangan / Street Fighting tidak memerlukan masa yang panjang ! Contohnya jika pihak lawan masuk meluru maka apa yang perlu kita lakukan ialah dengan merendahkan anggota badan kita maka dengan pantas dengan 1 pukulan STOP kita lancarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan ! Juga dengan menggunakan anggota ibu jari tangan kita akan menYUCUK ke anggota pernafasan di leher pihak lawan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Saturday, January 5, 2013

Tai Chi !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berkesempatan menemui sifu aku. Sebenarnya aku sedikit terkejut kerana sifu aku berkongsi sebenarnya dia berhasrat untuk menonton filem Tai Chi iaitu Tai Chi 0 ( zero ) & Tai Chi Hero ! Kebetulan sebenarnya aku telah pun membeli ke dua dua DVD filem tersebut ! Maka dapatlah aku bagi pinjam DVD tersebut kepada sifu aku. Sebenarnya dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang diajar oleh sifu aku mempunyai banyak teknik yang kedapatan dalam beladiri Tai Chi ! Dalam GPLY, jurus 5, 10 & 11 banyak menggunakan teknik Tai Chi iaitu menggunakan tenaga pihak lawan untuk menumpaskan pihak lawan tersebut ! Di sini, penggunaaan tenaga kita adalah seminima kerana contohnya jika pihak lawan masuk meluru ke arah kita maka sebenarnya jika kita memijak/menekan/"stop" anggota kaki pihak lawan tersebut sambil pada masa yang sama kita menarik anggota tangan/siku/badan pihak lawan maka semestinya pihak lawan akan terhumbang kehadapan ! Di bawah ini adalah serba ringkas maklumat tentang beladiri Tai Chi yang aku perolehi. Tai chi is an ancient Chinese martial arts form, often seen in this country when groups of people in outdoor parks perform graceful arm-and-body movements in unison. "Tai chi represents optimal body movement, honed over centuries," Although many people don't realize it, every one of those slow moves you see in the park can be transformed into really fast strikes." Sebenarnya jika sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan beladiri Tai Chi Combat, silalah Google => Master Wong Tai Chi Combat ! Aku sebenarnya minat gila dengan teknik Tai Chi ini ! InsyAllah aku berazam untuk memahirkannya.. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Sunday, December 23, 2012

Super Kombat

Assalamualaikum w.b.t... Lihatlah bagaimana dalam pertarungan seperti Super Combat, sebenarnya mengintai & mencari PELUANG untuk melakukan serangan yang tepat & padat adalah amat penting sekali ! Apa apa pun, akal kita mestilah pantas & ligat berfikir untuk mencari jalan & membuat helah agar kita dapat menumpaskan lawan kita walaupun lawan kita tersebut bersaiz amat besar ! Jika kena cara & teknik pukulannya, makhluk gajah pun boleh ditumbangkan ! Maka bagaimana caranya, mestilah belajar dengan berguru ! Aku suka berkongsi beberapa teknik yang kedapatan daripada beberapa beladiri seperti Krav Maga, Systema & Wing Chun ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Thursday, December 6, 2012

Tumbuk Balas

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku semalam . Sifu aku sempat memberi tunjuk ajar bagaimana teknik Tumbuk Balas boleh digunakan iaitu katakan bilamana pihak lawan membuat tumbukkan ke arah kita dengan menggunakan anggota tangan kanan nya, maka kita akan cuba mengelak terlebih dahulu dengan teknik gayang seperti gerakkan seekor Ular ! Seterusnya kita dengan pantas akan melancarkan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kiri kita iaitu menyasarkan ke anggota muka pihak lawan ( anggota tangan kiri kita & anggota tangan kanan pihak lawan akan bergesel tetapi anggota tangan kiri kita adalah dalam posisi yg di didalam! ) , maka dengan pantas kita akan MASUK untuk melancarkan serangan anggota siku kiri kita pula ke arah anggota muka pihak lawan ! Teknik ini sebenarnya adalah seperti defence + serangan 2 dalam 1 ! Defence kerana kita menggunakan anggota tangan kiri sebagai defence tetapi anggota tangan kiri itu juga pada masa yang sama akan melancarkan serangan tumbukkan + serangan anggota siku yang sememangnya tidak akan di duga sama sekali oleh pihak lawan ! Akibatnya, jika betul tekniknya maka pastinya pihak lawan akan tumbang kerana penangan anggota siku kita tersebut! *Nota : Belajar lah dengan Guru untuk memahirkan teknik Tumbuk Balas ! Teknik pukulan HAMMER seperti photo di atas juga kedapatan & di ajar oleh sifu aku semasa aku belajar ilmu beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ! Untuk golongan wanita, sebenarnya jika mempunyai ilmu & belajar ilmu bela diri, insyallah lawan kita yang bersaiz besar pun mampu ditewaskan ! Seperti yang selalu sifu aku ingatkan, ilmu bela diri ini adalah ilmu perang ! Bukannya ilmu untuk nampak cantik ! Contohnya macam teknik Tumbuk Balas & pukulan HAMMER, sebenarnya pukulan yang dilancarkan adalah amat PADU, PANTAS & PADAT ! Diberitakan jika pihak lawan bersenjata & kita hanya tangan kosong tetapi sekiranya pukulan HAMMER dilancarkan tepat ke anggota sendi anggota tangan pihak lawan yang memegang senjata, maka senjata tersebut yang digengm akan tercabut kerana kesakitan yang tidak tertangung ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng