Monday, February 11, 2013
Teknik pijak anggota kaki & pukulan Ibu Tangan !
Assalamulaikum w.b.t
Dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang menuntut ini , banyak sebenarnya teknik yang sifu aku ajar adalah teknik yang sebenarnya adalah amat mudah sekali tetapi disebabkan tiada ilmu & tidak berkesempatan untuk belajar teknik mempertahankan diri maka ramai orang yang tidak mengetahuinya !
Antara teknik GPLY yang aku kagum sekali ialah teknik memijak anggota kaki pihak lawan.
Teknik memijak anggota kaki ini boleh diamalkan untuk pihak lawan yang betrbagai saiz kerana objektif utama disini ialah agar kita membuatkan pihak lawan tidak stabil / seimbang dan seterusnya membuka ruang & peluang kepada kita untuk menewaskan pihak lawan tersebut !
Contohnya pihak lawan melangkah masuk menyerang dengan anggota kaki kanannya dihadapan maka kita dengan pantas bilamana anggota kaki kanan pihak lawan itu baru berpijak ke bumi, maka kita dengan pantas menggunakan anggota kaki kiri akan menghenjang/menghentak sambil memijak anggota kaki kanan pihak lawan tersebut !
Seterusnya anggota tubuh badan kita pula hendaklah bergayang iaitu bergerak secara melintuk ke belakang/kiri/kanan seperti gerakkan seekor ular tedung selar kerana keberangkalian untuk pihak lawan melancarkan tumbukkan anggota tangannya adalah amat besar !
Di sinilah keberanian/ketangkasan seorang pengamal GPLY diuji kerana sekiranya pihak lawan menumbuk dengan anggota tangan kanan/kiri maka kita hanya perlu bergayang untuk mengelak sahaja !
Bayangkan kita sudah kunci anggota kaki kanan pihak lawan, maka hanya anggota tangan pihak lawan yang masih hidup & boleh digunakan. Seandainya pihak lawan terus menumbuk kita dengan menggunakan anggota tangan kirinya maka kita terus mengelak & menguak anggota tangan kiri pihak lawan tersebut ke arah kiri kita maka pihak lawan akan terus CHECK MATE !
Sebenarnya ada beberapa teknik pijakkan GPLY lagi yang diajar oleh sifu aku yang mungkin aku akan berkongsi di kemudian hari.
Teknik pukulan menggunakan kedua dua anggota Ibu Tangan iaitu tapak anggota tangan kita adalah antara teknik yang berkesan & merbahaya !
Pukulan lurut Ibu Tangan tersebut jika disasarkan ke anggota muka/hidung pihak lawan akan mengakibatkan kecederaan yang parah kerana bahagian anggota hidung jika dianggkat daripada bawah ke atas akan menyebabkan anggota hidung tersebut koyak !
Juga jika kita secara tiba tiba tanpa disangka kita diserang maka semestinya tubuh badan kita secara automatik akan melindungi semua tempat sensitif di anggota badan kita & seterusnya kita melancarkan teknik Siku Kapak ke anggota dada/muka pihak lawan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment