Friday, August 10, 2012

Ibu Rita : Pakar Bela Diri Senjata Kerambit!

Assalamualaikum w.b.t... Aku pernah diberitahu oleh sifu aku bagaimana semasa sifu aku menyertai Special Forces Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ), anggota kumpulan sifu aku telah berpeluang & dihantar untuk menjalani latihan dengan seorang pakar beladiri dari Indonesia yang bernama Ibu Rita ! Kepakaran Ibu Rita dalam beladiri terutama dalam teknik pergunaan senjata Kerambit telah diketahui umum sehinggalah di beritakan pernah anggota Special Forces USA juga telah belajar & menjalani latihan dengan Ibu Rita ! Di bawah ini aku lampirkan beberepa artikal berkenaan Ibu Rita. Silalah menonton YouTube di bawah untuk melihat antara teknik beladiri yang di ajar oleh Ibu Rita. Aku perhatikan banyak teknik Ibu Rita menyasarkan pukulan/kilasan di lakukan ke anggota sendi pihak lawan terlebih dahulu sebelum pukulan maut dilakukan ke anggota saraf seperti di anggota leher , ulu hati & penyawa pihak lawan !! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, August 5, 2012

Teknik Anggota Siku & Kaki

Assalamualaikum w.b.t.... Alhamdulillah aku suka berkongsi akan beberapa teknik yang terdapat dalam majalah Beladiri edisi untuk bulan August ini. Antara teknik yang sebenarnya amatlah berkesan untuk kita menumpaskan pihak lawan sekiranya kita menguasai & mahir dalam pergunaan teknik menggunakan anggota siku ! Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) mempunyai beberapa teknik anggota siku yang popular ialah teknik siku helang,siku sendeng , siku kapak & Angkat Siku ! Silalah mengadap guru sekiranya ingin mengetahui & mempelajari secara lebih terperinci akan semua teknik anggota siku yang di atas . Secara peribadi aku sangat mengemari akan teknik siku kapak & juga teknik angkat siku ! Teknik di atas boleh digunakan sekiranya kita dengan tidak semena mena tanpa disangka diserang daripada arah belakang ! Perlu difahami kawasan sasaran serangan kita ialah dengan cara kita menyerang dengan menekan anggota pelapik sendi lutut pihak lawan dengan menggunakan anggota tapak kaki kita ! Percayalah dengan teknik yang sebenarnya kelihatan mudah ini membolehkan kita menumpaskan apa jua pihak lawan tanpa mengira saiz anggota badan lawan kita tersebut ! Lihatlah YouTube di atas bagaimana Tony Jaa & Jason Bourne mengunakan ilmu beladiri masing masing dalam street fighting ! Jason Boune sedang beraksi ! Tony Jaa sedang beraksi ! Selamat menuntut ilmu & beramal ! Wassalam. Basteng

Sunday, July 29, 2012

Teknik Mainan Orang Kayu cara GPLY!

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku suka serta kan beberapa lagi teknik latihan menggunakan Orang Kayu. Lihatlah YouTube di atas bagaimana teknik & gerak pukul yang dilancarkan oleh sifu aku dilakukan ke atas Orang Kayu. Pukulan yang berterusan yang menggunakan kombinasi ke semua anggota tubuh kita seperti ke dua dua anggota tapak tangan, anggota siku, lutut & kaki dilancarkan secara bertali arus tanpa henti sehinggalah pihak lawan tidak mampu bangkit untuk melawan lagi. Di samping itu aku juga gemar akan teknik Orang Kayu yang ditunjukkan oleh Master Wong iaitu seorang pengamal beladiri Wing Chun. Lihatlah bagaimana tangkas & bersistematik pukulan yang dibuat oleh master Wong ke atas Orang Kayu ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Sunday, July 22, 2012

Orang Kayu @ Wooden Dummy

Assalamualaikum w.b.t... Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku belajar ini, Sparring Partner utama yang digunakan ialah Orang Kayu @ Wooden Dummy. Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana latihan menggunakan Orang Kayu dibuat iaitu 1. Teknik menggunakan anggota kaki untuk blocking/menyerang dilakukan ke atas Orang Kayu => Teknik blocking dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian anggota tapak kaki yg berlengkuk ! => Teknik serangan pukulan dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian hadapan ( untuk Lian jurus # 6 & # 7 ) . Juga dengan menggunakan anggota tumit kaki ! ( untuk Lian jurus # 8 & # 9 ) 2. Teknik menggunakan anggota lutut untuk blocking / menyerang di buat dengan menggunakan Orang Kayu . => Sifu aku memberi tunjuk ajar tentang bilamana seorang pengamal Lian menggunakan anggota lutut untuk melakukan serangan maka teknik yang betul ialah kedudukan posisi anggota badan hendaklah melentur ke belakang sedikit ! Ini untuk memastikan agar pukulan anggota lutut kita tepat mengenai ke sasaran yang di buat ! Di bawah ini aku sertakan beberapa video yang aku perolehi daripada YouTube yang berkaitan dengan Orang Kayu . Teknik yang ditunjukkan adalah seakan serupa sepertimana yang Sifu aku telah memberi tunjuk ajar kepada aku ! Sifu aku berkongsi akan satu kisah seorang Hamba Allah itu amatlah tinggi ilmu bela dirinya sehingga dikhabarkan Hamba Allah tersebut berkebolehan untuk berdiri di atas daun pokok pisang ! Sifu aku tidak peduli semua itu ! Satu perkara yang aku tabik spring pada sifu aku ialah sifu aku tidak peduli & tidak ambil kisah bagaimana tinggi & hebatnya ilmu seseorang itu hatta jika orang itu mampu menembusi 7 petala langit & bumi pun sehinggalah keluar api dari anggota mata orang tersebut, jika orang tersebut dalam jarak pukulan anggota 4 kerat maka dipendekkan cerita, insyallah orang yang masuk menyerang tersebut akan tumbang makan tanah ! Jika orang tersebut berjaya mengelak daripada terkena serangan anggota tangan, maka orang tersebut akan merasai penangan anggota kaki/lutut/siku seorang pengamal Lian ! Insyallah.. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Tuesday, July 17, 2012

Senaman Urat Saraf !!!

Assalamualaikum w.b.t... Aku suka berkongsi akan contoh beberapa teknik senaman urat saraf yang boleh di amalkan oleh kita semua. Di syorkan agar pergilah berguru untuk memahami segala senaman tersebut kerana disamping teknik yang betul yang diperlukan untuk melakukan senaman urat saraf tersebut, mengetahui kaedah pernafasan yang betul juga amat penting untuk menjadikan senaman tersebut lagi berkesan ! Setakat belasah & hentam keromo sahaja membuat senaman tanpa kaedah & teknik yang betul tidak mungkin akan menghasilkan keputusan yang terbaik ! Seeloknya senaman urat saraf tersebut di amalkan selepas solat subuh selepas mengerjakan solat subuh ! Sebenarnya disamping senaman urat saraf ini, aku juga mempunyai set senaman Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku amalkan iaitu hasil daripada kombinasi gerakkan daripada jurus GPLY # 1 sehinggalah ke jurus GPLY # 11 ! Sementara itu aku menemui satu YouTube menarik berkenaan beladiri yang dinamakan sebagai Silat G5 Lian Raja ! Lihatlah bagaimana pengamal bela diri Lian Raja juga menggunakan Orang Kayu sebagai alat latihan ! Apa yang sifu aku berkongsi sebenarnya Orang Kayu ini adalah latihan untuk ketepatan iaitu kita memahami & mengetahui tempat mana sasaran yang sepatutnya kita lancarkan. Di samping untuk menguatkan otot otot anggota tubuh badan kita ! Faham fahamlah jika latihan dibuat dengan memukul kayu maka insyallah anggota tangfan kita akan jadi kuat ! Selamat menuntut ilmu & beramal. *Nota : Selamat mengerjakan ibadat Puasa di bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini ! Wassalam. Basteng

Sunday, July 15, 2012

Teknik sepak bola terbalik & angkat kaki !!!

Assalamualaikum w.b.t... Aku suka berkongsi akan satu teknik dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku namakan sebagai teknik sepak bola terbalik + angkat kaki ! Caranya ialah bilamana kita melihat anggota kaki kanan pihak lawan melangkah di hadapan maka kita dengan pantas akan membuat tendangan teknik sepak bola terbalik dengan menggunakan anggota kaki kiri kita ke anggota buku lali kaki kanan pihak lawan sambil kita akan mengANGKAT anggota kaki kanan pihak lawan tersebut ! Akibatnya pada saat tersebut kedudukan pihak lawan adalah tidak stabil & seimbang maka dengan pantas dengan menggunakan anggota kaki kiri kita yang sebelum ini telah membuat pukulan & mengangkat anggota kaki kanan pihak lawan akan pula melancarkan tekan/henjang ke anggota kaki kiri pihak lawan yang satu lagi pula ! Aku berpendapat teknik ini adalah antara teknik yang sangat sesuai & praktikal semasa street fighting ! Sementara itu di bawah ini adalah satu artikel berkenaan teknik Soccer Kick daripada pengamal beladiri Wing Chun ! http://blog.spotsybba.com/2011/03/soccer-kick.html Insyallah berkat latihan , aku berazam untuk menguasai teknik ini ! Sifu aku juga sempat berkongsi akan satu teknik pukulan/blocking dalam GPLY yang di buat dengan menggunakan anggota otot yang berada di antara anggota sendi siku ke anggota sendi bahu ! Teknik pukulan/blocking ini memerlukan kedudukkan anggota siku ( dalam 45 % ) dan badan yang betul ! Insyallah untuk memahirkan & memahami teknik pukulan/blocking menggunakan anggota ruas di antara anggota siku & bahu ini , perlulah mengadap guru ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Thursday, July 12, 2012

Teknik Pecah Kelapa !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku. Sifu aku berkongsi akan teknik yang dinamakan sebagai teknik "pecah kelapa' ! Teknik "pecah kelapa" ini memerlukan jika pihak lawan masuk melangkah dengan sisi kaki kanan di hadapan, maka dengan menggunakan anggota tangan kiri kita akan cuba membuat pukulan ke anggota muka pihak lawan terlebih dahulu sambil dengan pantas anggota tangan kiri kita akan memaut batang leher pihak lawan ! Pada masa yang sama, tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita dilancarkan secara pantas, padu & tepat ke bahagian anggota ulu hati/dada pihak lawan. ! Seterusnya kita akan menarik/menghenjut dengan kuat anggota leher pihak lawan turun ke bawah untuk mengenai anggota lutut kanan/kiri kita ! Akibatnya pihak lawan akan mengalami kecederaan yang parah di bahagian anggota muka ! Sifu aku juga memberi tunjuk ajar & menekankan akan peri pentingnya akan teknik yang kita orang namakan sebagai RENTAP/BIDASAN ! Teknik rentap/bidasan ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk berhadapan dengan kita maka seorang pengamal bela diri GPLY akan bergayang ke kanan/kiri sambil menurunkan anggota tubuhnya. Pada masa yang sama, dengan pantas dengan menggunakan anggota belakang tapak tangan kita yang kedudukan posisi anggota tangan kita berada di kedudukan posisi bawah, maka pukulan rentapan/bidasan yang disasarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan dibuat dengan pantas, tepat & padu ! Teknik rentapan/bidasan ini semacam menyerupai pukulan teknik STOP tetapi teknik rentapan ini hanya memerlukan belakang hujung tapak anggota tangan kita sahaja ! Konsep teknik pukulan RENTAP/BIDASAN ini adalah seumpama pukulan yang di buat dengan menggunakan rotan ! Silalah berguru untuk memahir & menguasai teknik RENTAP/BIDASAN ini ! Di bawah ini ada satu link yang penuh dengan informarsi tentang bela diri Ninjitsu ! http://www.scribd.com/doc/2559866/Ninja-Hands-of-Death-Ashida-Kim Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng