Wednesday, April 17, 2013

titik lemah anggota badan

Assalamualaikum w.b.t.... Dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), sifu aku menitik beratkan agar aku memahami di mana titik titik lemah yang kedapatan di anggota tubuh seorang manusia . Antara titik titik lemah antaranya : 1. Di bahagian anggota yang berongga seperti anggota hidung. Ini bermakna walaupun seseorang itu mempunyai tubuh ynag berketul ketul & berotot sasa , tetapi contohnya jika pukulan dilakukan terhadap anggota hidung dengan menggunakan anggota Ibu Tangan ( tapak anggota tangan )dengan pukulan dibuat dari aras bawah ke arah atas ! Ini akan mengakibatkan kecederaan yang parah terhadap mangsa tersebut ! Silap haribulan koyakkan di anggota hidung akan berlaku yang akibatnya nak makan bubur nasi pun amatlah payah & menyakitkan ! 2. Di semua anggota sendi anggota badan . Antara anggota sendi yang ada ialah anggota sendi siku, lutut , jari tangan / kaki & etc . Seorang pengamal GPLY di ajar bagaimana pukulan tumbukkan/cucukkan adalah disasarkan ke anggota sendi tersebut. http://www.essenceofevolution.com/15history/sanda/sanda.htm Jika betul tekniknya, seekor gajah yang besar ataupun orang nigeria yang berotot pejal & sasa juga akan tumbang jua akibat penangan serangan yang dilakukan ke anggota sendi mereka ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Thursday, April 4, 2013

IP Man - Wing Chun !!!

Salam.. Semalam aku sempat menonton filem IP Man - The Final Fight ! Yang aku mampu kongsi di sini ialah aku boleh bagi markah 4 / 10 sahaja coz hero dia bukkannya Donny Yan iaitu hero asal untuk IP Man 1 & 2 !!! Bagi aku tak berbaloi laa dengan bayar RM 9 untuk menonton filem tersebut ! Antara teknik Wing Chun yang aku tertarik ialah seperti gerakkan di bawah di mana walaupun dalam jarak tempur yang dekat tetapi masih membolehkan kita melancarkan serangan anggota kaki ke anggota dada/rusuk/muka puhak lawan ! Untuk makluman teknik pukulan seperti atas sebenarnya ada juga dalam bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku belajar ini. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Saturday, March 23, 2013

Berguru lah !

Salam.... Aku setiap hari akan meluangkan masa untuk dapat "feel" dengan membuat latihan dengan menggunakan Orang Kayu ! Selepas membuat latihan jurus Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) iaitu bermula dengan jurus 1 sehinggalah ke jurus 12. Mula mula kena habiskan pusingan belah kiri. Kemudian akan dikuti pula latihan jurus untuk pusingan belah kanan pula. Kenapa perlu buat latihan jurus untuk ke dua dua belah iaitu bahagian pusingan kiri atau pun kanan? Jawapannya kerana untuk menyesuai & membiasakan diri kita untuk menghadapi sebarangan serangan daripada arah mana sekali pun ! Aku masih ingat lagi bagaimana selama hampir 2 tahun aku belajar teknik dalam bela diri silat Cimande ini tetapi malangnya segala teknik & jurus tersebut telah pun aku lupa ! Bagaimana boleh aku lupa ? Kemungkinan & as-sebabnya kerana aku hanya cuba menghafal segala pergerakkan teknik tersebut tanpa banyak memahami akan teknik gerakkan tersebut ! Tetapi alhamdulillah semenjak aku belajar beladiri GPLY ini, sifu aku menitik beratkan apa sebenarnya rahsia yang ada dalam setiap jurus yang telah di ajar tersebut ! Lagi untuk mengukuhkan lagi kefahaman tersebut maka latihan menggunakan Orang Kayu akan di buat tanpa jemu. Jadi aku akan membuat pukulan ( tangan & siku ) & tendangan ( kaki & lutut ) ke Orang kayu aku selama 15 minit ! Point di sini ialah FAHAM ! Bila faham, maka mudah sedikitlah untuk kita mengamalkannya dan kita akan menghargai segala ilmu yang kita sedang & telah & akan pelajari tersebut ! Sebenarnya dalam GPLY juga diajar, di bolehkan kita menggunakan air liur dengan meludah ke arah muka pihak lawan ! Juga dengan membaling pasir ke dalam anggota mata pihak lawan ! Juga dengan menggigit & 1001 cara yang nampak kelakar tetapi sebenarnya amatlah berkesan dalam survival diri kita di jalanan ! Juga dengan memukul/menyepak terus ke anggota penyawa pihak lawan ! Bagaimanapun, dalam ilmu bela diri, carilah guru untuk kita belajar. Sepertimana untuk kita mendalami ilmu bacaan Al-Quran, kita mestilah mencari & belajar secara berhadapan dengan guru tersebut. Sekiranya kita belajar ilmu tajwid Al-Quran dengan menggunakan DVD tanpa berguru maka cara ini adalah kurang betul! Sama juga dengan ilmu bela diri iaitu kita mestilah mempunyai guru ! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

Thursday, March 14, 2013

Pukulan Bidas Rotan ke anggota penyawa

Assalamualaikum w.b.t... Sifu aku berkongsi sebenarnya teknik yang digunakan dalam street fighting adalah mudah & ringkas sahaja ! Antaranya ialah dengan posisi ke dudukkan seperti photo di bawah, kita akan merendahkan keddudukkan anggota tubuh kita sambil anggota tangan yang berada di bawah akan memainkan peranan utama iaitu membuat pukulan bidas rotan yang disasarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan ! Perlulah selalu membuat latihan agar kita dapat menguasai teknik pukulan bidas rotan ini ! Sebenarnya kita tidak perlu untuk menghafalnya tetapi kita perlu memahami bagaimana teknik gerakkan tersebut boleh dibuat dan dilancarkan ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Monday, March 4, 2013

Teknik patah anggota sendi tangan/siku

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku dan belajar tentang teknik mematahkan anggota sendi siku ! Teknik patah ini adalah kombinasi antara jurus 5 dan jurus 10 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) http://www.kuntaosilat.com/ Jurus 5 ini ialah teknik menggunakan ke dua dua anggota tangan kita iaitu seperti yang kedapatan di dalam beladiri Akido ! Manakala, jurus 10 ialah jurus mainan bawah iaitu anggota badan kita adalah separas dengan anggota lutut kita ! Silalah mengadap guru untuk belajar cara yang betul untuk melakukan teknik mematahkan anggota sendi siku ini ! Teknik patahkan anggota sendi siku ini amat amat berguna sekiranya kita berhadapan dengan pihak lawan yang masuk menyerang dengan menggunakan senjata seperti pisau/parang ! http://pukulancombat.blogspot.com/2010/12/5-beladiri-terbaik-dari-luar-siri-2.html Selamat menuntut ilmu & beramal Wassalam.. Basteng

Sunday, February 24, 2013

siku kapak!

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah Sifu aku sudi memberi tunjuk ajar & berkongsi iaitu bila kita berhadapan dengan pihak lawan yang masuk menyerang, maka kita mesti telah bersiap siaga dengan kemungkinan si pihak lawan tersebut akan melancarkan sekurang kurangnya 3 kali bentuk serangan ! 3 X bentuk serangan itu boleh jadi dalam kombinasi tumbukkan anggota tangan yang dikuti pula dengan pukulan anggota lutut & siku ! Boleh juga 3 X bentuk serangan itu adalah dalam bentuk tendangan anggota kaki dan disusuli dengan tumbukkan anggota tangan & siku ! Oleh yang sedemikian, seorang pengamal lian adalah diajar untuk bersiap siaga bagi menghadapi sekurang kurangnya 3 pukulan yang di lancarkan oleh pihak lawan tersebut! Jika pihak lawan hanya berkesempatan melancarkan 1 tumbukkan sahaja , maka kita boleh sahaja hanya perlu melancarkan 1 tumbukkan STOP yang padat, padu & tepat yang disasarkan ke anggota penyawa/ulu hati pihak lawan ! Konsep 3 pukulan serangan minima ini adalah untuk menjadikan seorang pengamal bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) untuk senantiasa bersedia akan potensi bahaya yang terburuk yang bakal akan ditempuhi ! Antara teknik GPLY yang mudah tetapi amat berkesan adalah dengan menggunakan anggota siku . Teknik anggota siku yang aku maksudkan ialah teknik Siku Kapak ! Teknik siku kapak ini boleh dilakukan seperti cara kita hendak menyikat rambut . Manakala anggota tapak tangan kita akan selari dan menutup anggota lubang telinga ! Seterusnya anggota siku kita boleh dihalakan terus ke anggota ulu hati & muka pihak lawan ! Dikhuatiri jika teknik siku kapak ini dihalakan ke anggota ulu hati boleh mendatangkan kecederaan yang parah yang mengakibatkan maut ! Oleh itu, seelokanya teknik siku kapak ini hanya perlu digunakan sekiranya jika kita berada dalam keadaan & situasi yang teramat genting dan nyawa kita dalam bahaya ! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

Sunday, February 17, 2013

Teknik pukulan anggota kaki GPLY - untuk patah/kehel kan sendi anggota lutut!

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah aku ingin berkongsi akan satu teknik pukulan menggunakan anggota kaki yang diajar oleh sifu aku. Teknik pukulan anggota kaki ini adalah antara beberapa teknik pukulan anggota kaki Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ). Contohnya sekiranya lawan kita masuk menyerang dengan anggota kaki kanannya melangkah di hadapan maka kita yang mengadap face-to-face dengan pihak lawan tersebut akan bertindak pantas dengan bergayang anggota tubuh kita ke sisi kanan sambil anggota kaki kanan kita bergerak seinci ke kanan ! Jadi sekarang anggota kaki kanan kita tersebut yang akan menampung berat anggota badan kita . Sementara angggota kaki kiri kita adalah FREE & ringan ! Maka dengan pantas anggota kaki kiri kita yang ringan tersebut akan melancarkan serangan ke bahagian anggota lutut kanan pihak lawan pula ! Ini akan membuatkan pihak lawan tidak seimbang. Maka dengan pantas pula pukulan susulan dengan menggunakan anggota kaki kanan kita pula akan dilancarkan ke bahagian anggota sendi lutut kiri pihak lawan ! Pihak lawan akan mengalami kecederaan yang maksimum seperti mengalami tergeliat/terkehel/patah sendi anggota lutut kanan dan kiri akibat serangan tersebut! *Nota : Kenalah mengadap guru untuk mengetahui & belajar teknik pukulan anggota kaki yang sebetulnya ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng