Sunday, February 24, 2013
siku kapak!
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah Sifu aku sudi memberi tunjuk ajar & berkongsi iaitu bila kita berhadapan dengan pihak lawan yang masuk menyerang, maka kita mesti telah bersiap siaga dengan kemungkinan si pihak lawan tersebut akan melancarkan sekurang kurangnya 3 kali bentuk serangan !
3 X bentuk serangan itu boleh jadi dalam kombinasi tumbukkan anggota tangan yang dikuti pula dengan pukulan anggota lutut & siku !
Boleh juga 3 X bentuk serangan itu adalah dalam bentuk tendangan anggota kaki dan disusuli dengan tumbukkan anggota tangan & siku !
Oleh yang sedemikian, seorang pengamal lian adalah diajar untuk bersiap siaga bagi menghadapi sekurang kurangnya 3 pukulan yang di lancarkan oleh pihak lawan tersebut!
Jika pihak lawan hanya berkesempatan melancarkan 1 tumbukkan sahaja , maka kita boleh sahaja hanya perlu melancarkan 1 tumbukkan STOP yang padat, padu & tepat yang disasarkan ke anggota penyawa/ulu hati pihak lawan !
Konsep 3 pukulan serangan minima ini adalah untuk menjadikan seorang pengamal bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) untuk senantiasa bersedia akan potensi bahaya yang terburuk yang bakal akan ditempuhi !
Antara teknik GPLY yang mudah tetapi amat berkesan adalah dengan menggunakan anggota siku .
Teknik anggota siku yang aku maksudkan ialah teknik Siku Kapak !
Teknik siku kapak ini boleh dilakukan seperti cara kita hendak menyikat rambut . Manakala anggota tapak tangan kita akan selari dan menutup anggota lubang telinga !
Seterusnya anggota siku kita boleh dihalakan terus ke anggota ulu hati & muka pihak lawan !
Dikhuatiri jika teknik siku kapak ini dihalakan ke anggota ulu hati boleh mendatangkan kecederaan yang parah yang mengakibatkan maut !
Oleh itu, seelokanya teknik siku kapak ini hanya perlu digunakan sekiranya jika kita berada dalam keadaan & situasi yang teramat genting dan nyawa kita dalam bahaya !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment