Sunday, January 24, 2010

Sendeng Duduk

Salam,

Today alhamdulillah a have learnt a new technique as below :

(1) Sendeng duduk

Dengan kedudukan posisi buah 1, kita merendahkan kaki kita dengan kaki yang di hadapan adalah ringan manakala kaki di bahagian belakang 75 % berat.

Dengan kedudukan ini, kita akan melancarkan serangan secara menyendeng ke arah musuh dengan menendang bahagian penyawa atau kaki musuh!

(2) Selisih

Kaedah dan teknik ini amat berkesan untuk melumpuhkan serangan musuh dengan membuat musuh akan terpelanting jatuh ke belakang.

Kedudukan musuh menyerang dengan menumbuk dengan bahagian kanan tangan & kaki. Kita akan terus masuk seperti berselisih dengan musuh. Manakala dengan menggunakan bahagian siku sisi kanan kita akan terus menyerang dengan mengena bahagian rusuk musuh di sebelah kanan

(3) Cucuk mata musuh dengan gunakan Anak Jari kelingking. Manakala Ibu Jari kita sebagai senjata untuk mencucuk bahagian lembut musuh seperti serangan di buat ke bahagian lemut iaitu hempedu musuh ( ulu hati iaitu di bahagian ulu hati serta bahagian 2 tulang rusuk musuh. Juga serangan Ibu Jari terus hunggap ke bahagian leher/kerongkong musuh.

(4) Teknik Silang. Kaedah ini sangat berkesan untuk memerangkap dengan membuat musuh jatuh & musuh memberi ruang untuk kita menyerang ke kawasan bahaya seperti di rusuk! Bila mana musuh masuk & menyerang guna tangan kanan, kita akan MASUK iaitu dengan gunakan tangan kanan kita berSILANG dengan tangan kanan musuh. manakala, dengan gerakkan kaki+tubuh kita, mata musuh sepatutnya akan ditutupi oleh bahagian bahu musuh sendiri! Manakala bahagian rusuk kanan musuh akan terbuka luas kepada kita untuk melancarkan serangan tumbukkan!

(5) Teknik sendeng + Tekan. Dengan musuh menyerang menggunakan sisi kanan (tangan & kaki), tangan kanan kita akan mencari dan meNEKAN bahagian siku ke atas musuh. Sambil kita masuk dengan menyendeng dengan mengenakan bahagian kanan siku kita ke bahagian sisi dada/muka musuh. Serentak bahagian kaki kita akan mem"buka" kaki musuh yang akan mengakibatkan musuh tidak stabil!

(6) Teknik latihan Siku. Dengan menggunakan "Orang Kayu", kita akan memukul bahagian tertentu musuh dengan menggunakan ke dua dua siku kanan dan kiri kita. Ada 11 langkah!

(7) Teknik Silang Ultraman (Atas). Teknik ini di gunakan untuk menghadapi musuh yang menggunakan parang@pisau. Teknik Silang Ultraman (Bawah) pula digunakan untuk mematahkan serangan musuh yang menggunakan kaki seperti Tae Kwan Do.

(8) Teknik Limbang Viper. Teknik ini adalah lembut ( seperti gerakkan Tai Chi ) yang mana ke dua dua tangan kita akan bergerak & berpusing seperti pusingan jam atau berlawan arah jam.

Jika musuh menyerang dengan menggunakan bahagian kanan tangan, maka kita akan bertindak dengan meNEKAN tangan kanan musuh dengan menggunakan tangan kiri kita. Di usuli dengan jika musuh berterusan menyerang lagi dengan tangan kirinya maka dengan gunakan tangan kanan kita untuk memaut ke bahagian atas siku kiri musuh untuk membuat musuh "inbalance". Kedudukan musuh sekarang yang terbuka akan memberi ruang kepada kita untuk melancarkan serangan MAUT ke bahagian tulung rusuk musuh yang terbuka luas!

(9) Teknik Silang Mudah. Musuh melancarkan serangan di baghagian sebelah kanan. Maka, kita akan masuk dengan menggunakan tangan kiri kita untuk memaut ke bahagian atas siku kanan musuh dengan menolak musuh ke belakang. Manakala kaki kanan (kiri) kita akan mencari kaki musuh untuk menyebabkan kedudukan musuh adalah tidak stabil.

(10) Teknik Silang Bahu. Teknik ini berkesan untuk membuat musuh tidak stabil. Bilamana musuh masuk & menyerang dengan menggunakan sisi kanan tangan & kaki, maka kita akan masuk dengan dengan menggunakan bahagian bahu kanan dengan mengangkat/menyentuh bahagian bahu kanan musuh. Manakala, peranan kaki adalah penting untuk mengakibatkan musuh tidak stabil. Ini mengakibatkan musuh akan memberi ruang iaitu di bahagian rusuk kanannya kepada kita untuk melancarkan serangan maut!

(11) Teknik Bahu+lengan Tomoi Siam. Teknik ini penting untuk mengaktif dan menghidupkan bahagian ini.




**** Simpan Kuku seperti Harimau.Hanya keluarkan kuku jika di masa kecemasan/bahaya ****

Selamat beramal..

Wassalam..

No comments: