Monday, February 1, 2010

Lembang@Buang

Salam,

Alhamdulillah today i have learnt a few new technique in GPLY.

(1) Teknik lembang@buang Street Fighter. Teknik ini amat berkesan untuk menjatuhkan musuh kita. Bilamana musuh menyerang dengan menggunakan sisi kanan ( tangan dan kaki). Kita akan menggunakan tangan kiri kita ( iaitu dibahagian siku ke atas) untuk masuk ke celah ketiak kanan musuh kita. Sementara itu kaki kiri kita akan memainkan peranan untuk menghumban musuh kita dengan menyebabkan musuh kita terhumban@terpelanting jatuh.

(2) Teknik Tekan dan lurut Dagu. Teknik ini adalah berkesan untuk mengakibatkan musuh kita akan diserang di bahagian dagu. Dengan musuh masuk menyerang menggunakan sisi kanan, maka kita akan meNEKAN bahagian lengan kanan musuh dengan menggunakan tangan kanan kita ( ini adalah Makan Luar ). Seterusnya tangan kanan yang menekan lengan kanan musuh akan meLURUT laju menghentak bahagian dagu musuh!

(3) Teknik Lembang Tangkap. Teknik ini di laksanakan dengan jika musuh masuk menyerang daripada sisi kanan, maka dengan menggunakan tangan kiri kita akan menangkap tangan kanan iaitu bahagian lengan musuh. Manakala tangan, siku atau lutut kanan kita bersedia untuk memberi pukulan ke musuh!

(4) Teknik Tumbukkan GPLY 1. Dengan kiraan 5 kita akan menumbuk ke bahagian (a) muka, (b) susuk kiri, (c) susuk kanan (d) penyawa dan (e) ulu hati.Teknik ini memerlukan badan kita GAYANG seperti ular senduk. Di ingatkan bahagian kaki adalah tetap tidak berganjak.

(5) Teknik tumbukkan GPLY 2. Dengan kiraan 3, kita akan menumbuk tepat ke bahagian (a) muka musuh, (b) ulu hati dan (c) Penyawa. Juga dengan membuat ulangan tetapi daripada tumbukkan bawah ke bahagian atas pula.

(6) Teknik Pukulan Tapak Tangan. Teknik ini memerlukan kita memukul "wodden dummy" dengan menggunakan bahagian Ibu Tapak Tangan.

Happy practise!

Wassalam..

No comments: