Monday, December 27, 2010

Teknik Pukul Silang

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan berguru dengan Cifu aku beberapa teknik baru seperti :

1. Teknik Pukul Silang. Teknik ini memerlukan jika pihak lawan melancarkan serangan menggunakan tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan gerakkan dayung sampan iaitu melangkah 1 tapak kebelakang. Manakala, bahagian anggota lengan tangan kiri kita akan "check mate" pihak lawan. Seterusnya disusuli dengan serangan menggunakan anggota lutut dilancarkan ke pihak lawan.






2. Juga sempat mempelajari teknik pukulan buah 1 iaitu tumbukkan terus dilancarkan ke bahagian anggota muka pihak lawan sementara jika berkesempatan kita akan menarik bahagian leher baju/rambut/janggut pihak lawan sambil pukulan siku dibuat dengan menggunakan anggota tangan kita yang sebelum ini telah digunakan untuk menarik anggota pihak lawan tersebut!





3. Jurus 4 dikenali dengan permainan gerakkan yang keras. Jurus ini digemari oleh arwah Pak Ali iaitu salah seorang pelajar yang belajar Buah Pukul bersama dengan Cifu aku.



Antara teknik bahaya Jurus 4 ialah gerakkan Libasan Bidas Rotan iaitu dengan menggunakan anggota lengan kita akan melibas ke bahagian atas / bawah anggota pihak lawan iaitu biasanya akan mengenai bahagian anggota muka / rusuk pihak lawan!



4. Bagi melumpuhkan & mengatasi terus pihak lawan yang bersenjata seperti pisau/kerambit maka satu teknik lian yang seakan corak mainan tangan Aikido perlu dilancarkan.

Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan bersenjata seperti pisai/kerambit melancarkan serangan dengan menggunakan tangan kanan, maka kita akan menyambutnya dengan tangan kiri kita akan cuba menangkis serangan dengan tangkapan dibuat di pergelangan anggota tangan pihak lawan, manakala tangan kiri kita akan berada dibawah tangan kiri kita sambil tangan kanan kita tersebut melakukan serangan ke anggota leher/kerongkong alat pernafasan pihak lawan.



Tangan kiri kita akan mengangkat pergelangan bahu/siku pihak lawan sambil serangan kaki dilancarkan ke anggota belakang pelapik anggota lutut pihak lawan!

Akibatnya, pihak alwan akan lumpuh serta merta dan juga kita sepatutnya terselamat daripada ancaman serangan pisau/kerambit pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: