Thursday, December 9, 2010

Teknik Sauk Kaki / Permainan Tapak & RASA

Salam,

Alhamdulillah hari ini berkesempatan mendalami teknik kaki.

Teknik ini dinamakan SAUK kaki.
Kaedahnya bilamana pihak lawan bergerak dengan melangkah, maka sebelum pihak lawan bertapak ke bumi secara penuh maka kita akan menyauk kaki depan yang melangkah tersebut.

Akibatnya pihak lawan akan tidak stabil dan biasanya pihak lawan akan terjatuh ! Maka serangan bertalu talu ke pihak lawan hendaklah dilakukan sehingga pihak alwan tidak bermaya untuk melawan lagi.

Juga Cifu aku sempat menegaskan akan peri pentingnya akan mainan TAPAK.



Tapak MASUK yang juga akan berfungsi untuk tapak SERANG atau PERTAHANAN!
Tips disini ialah kita jangan sekali kali memberi ruang kepada pihak lawan untuk "check mate" kan gerakkan kita!

Sebenarnya yang aku faham & perhati, gerakkan teknik menggunakan kaki iaitu pukulan menggunakan kaki kita dibuat ke sendi bahagian kaki atau lutut pihak lawan sebenarnya sangat berkesan dalam pertempuran sebenar !



Juga serangan dengan menggunakan kombinasi siku & lutut adalah amat penting di dalam "street fighter"/pertempuran jalanan .

Aku perhatikan bilamana Cifu aku melancarkan serangan tumbukkan, dia target ke bahagian sendi anggota pergelangan tangan, anggota sendi bahagian siku@ bahu! Juga pukulan serangan menggunakan kaki dilancarkan ke bahagian anggota sendi lutut/kaki pihak lawan!

Dalam teknik mainan tangan/kaki akan melibatkan konsep RASA ( sentuhan/bersangek!). Daripada konsep RASA inilah akan menghasilkan gerakkan seperti dibawah:

1. TEKAN
2. TOLAK
3. TARIK
4. SAUK
5. ANGKAT

Latihan RASA adalah peringkat yang tinggi didalam GPLY. Ini memerlukan 2 orang yang akan menyentuhkan bahagian anggota tangan masing masing ke anggota tangan pihak lawan. Bilamana sentuhan RASA berlaku, maka gerakkan seperti ke lima lima diatas boleh lah dilakukan!..

Jika kedua anggota mata kita ditutup sekali pun, maka dengan deria latihan RASA maka kita masih boleh bertempur untuk memenangi perlawanan!

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

No comments: