Tuesday, January 11, 2011

CINDAI & Teknik kaki libas angin

Salam,

Alhamdulillah suka berkongsi beberapa teknik dan maklumat berkenaan :

(1) Cifu kepada Cifu aku bernama Abu Bakar Bin Yunus ( Acik Bakar ). Anak Acik Bakar bernama Atan & anak perempuannya bernama Norhayati. Jika tak silap, Arwah Acik Bakar berkerja dgn JKR.

(2) Lian Kilas adalah satu teknik dimana kita akan memusing sendi bahu/siku pihak lawan sambil anggota lutut kita akan menekan anggota lutut pihak lawan. Akibatnya pihak lawan akan terseliuh anggota bahunya dan patah/terseliuh anggota lututnya!

(3) "Sangga Maut" adalah salah satu satu teknik popular yg banyak diajar oleh silat Gayung atau Karate!



Teknik ini adalah sama seperti gerakkan teknik Kilas FRU/Polis tetapi dengan tambahan tangan yang "free" iaitu anggota tangan kiri akan memaut & menekan leher pihak lawan sehingga mengakibatkan pihak lawan tidak mampu bernafas!

(4) Dalam posisi jurus 5 iaitu seperti kedudukan gambar dibawah, satu teknik pukulan dibuat terus dengan menggunakan ibu tapak tangan kita tepat ke sendi anggota lutut pihak lawan (pelapik bahagian dalam ), diikuti tangan yang sama yang membuat
pukulan ke sendi anggota lutut juga akan terus mencari bahagian anggota penyawa pihak lawan!




(5) Antara mainan "Siku pelik" ialah kita masuk berhadapan dengan pihak lawan dengan menggunakan teknik masuk Arwah Acik Bakar! Tambahan disini ialah kita gunakan gerakkan "siku pelik"!



(6) Antara gerakkan bahaya Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY) ialah gerakkan serangan serentak kombinasi bahagian anggota lutut & siku!Jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan blocking/hentakkan dengan menggunakan anggota siku kiri kita dibuat ke anggota tangan kanan pihak lawan sambil gerakkan masuk maju langkah setapak kehadapan ( kaki kiri) akan bertindak mem"buang" anggota peha/lutut kanan pihak lawan! Seterusnya pukulan siku 'kapak" terus dilancarkan ke anggota ulu hati/dada pihak lawan!

(7) Cindai adalah satu teknik mainan bilamana kita bertempur dengan pihak lawan yang bersenjata seperti kerambit, pisau, parang & etc.Maka dengan mengunakan kain tuala ! Kain tuala disini seperti kain bahu Herman Tino & Kain tuala Cina 30 sen! Dengan mengikat 1 belah tangan ke hujung kain tuala dengan ketat manakala dihujung 1 kain tuala lagi tidak perlu diikat tetapi sekadar dipegang hujungnya.

Maka jika pihak lawan bersenjata, maka kita akan membelit dan menjerut anggota tangan pihak lawan yang memegang senjata tersebut terus rapat keleher pihak lawan itu sendiri.

Juga kita boleh menggunakan pen, tali pinggang, spek mata untuk melaksanakan teknik Cindai ini juga!

(8) Alhamdulillah aku berkesempatan mendalami teknik Silat Siku. Antara latihan yang Cifu aku ajar & boleh aku amalkan dengan menggunakan "orang kayu" ialah Pukulan Siku Helang. Gerakkan ala ala seperti seekor helang sedang terbang, maka aku kena rapatkan kedua tapak tangan sambil anggota siku tangan kanan & kiri seperti didalam posisi Helang sedang terbang!





Maka pukulan siku dilancarkan ke Orang Kayu iaitu didalam kiraan 1,2,3,4 & siku Kapak ( style sikat rambut )!

(9) Jurus 4 adalah amat berkesan didalam menangkis serangan kaki daripada pihak lawan. Dengan kita menumbuk anggota sendi kaki pihak lawan, disusuli dengan tumbukkan padu ke arah anggota sendi bahagian lutut pihak lawan!



(10) Teknik Kaki Libas Angin . Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kaki kiri kita akan melibas/menyapu anggota kaki kanan pihak lawan tersebut. Sambil kita akan memusing badan dengan membuat pukulan siku ke bahagian dada pihak lawan & sambil kaki kanan kita akan mem"buang" anggota peha kanan musuh!



(11) Suka berkongsi teknik kesukaan Cifu aku utk street fighter! Bilamana pihak lawan masuk meluru dari sisi kanan, maka Cifu aku akan membuat pukulan tumbukkan padu tangan kiri ke arah anggota rusuk kanan pihak lawan sambil tangan yang sama akan men"cari"/"mukul" leher pihak lawan!



Sambil dengan pantas, Cifu aku akan masuk 1 langkah tapak kaki kiri kehadapan sambil mem"buang" kaki/lutut/peha kanan pihak lawan, sambil tangan kanannya akan "menepuk" penyawa pihak lawan. Seterusnya pukulan menggunakan siku/tangan dilancarkan ke anggota ulu hati pihak lawan!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: