Salam,
Alhamdulillah suka berkongsi tentang satu teknik yang dinamakan sebagai Cangkuk Kail.
Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kita membuat pukulan "buku lima" tangan kanan kita ke atas iaitu terus tepat ke bahagian dalam anggota ketiak pihak lawan atau bahagian yang berada diantara anggota siku dengan anggota bahu pihak lawan!
Seterusnya dengan menggunakan anggota ibu tangan kanan, maka kita akan menolak anggota bahu kanan pihak lawan sambil anggota tangan kiri kita akan terus melancarkan serangan pukulan ke bahagian anggota rusuk kanan pihak lawan!
Untuk makluman, teknik Cangkuk Kail ini boleh dilaksanakan secara masuk makan dalam atau pun secara masuk makan luar.
Teknik yang digemari oleh Cifu aku dikala menyerang ialah menggunakan Jurus 1 yang membolehkan dia terus masuk iaitu menggunakan ibu jarinya untuk menyucuk leher/kerongkong pihak lawan!
Teknik Susur Ular adalah teknik asas yang berkesan didalam "Street Fighter". Teknik ini digunakan bilamana bahagian anggota tangan/lengan kita bersentuh dengan anggota tangan/lengan pihak lawan maka bila "rasa" berlaku maka anggota tangan/lengan kita terus menyusur mencari dengan membuat pukulan ke arah anggota muka/leher/dada pihak lawan.
Aku pula gemar akan 1 teknik yang dinamakan teknik Angkat Sendi Siku ke atas. Teknik ini sebenarnya sungguh senang & amat berkesan untuk melumpuhkan pihak lawan kerana gerakkannya yang sukar untuk dibaca oleh Pihak lawan.
Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan maka kita akan menyambutnya dengan tapak tangan kita akan mengangkat anggota sendi siku kanan pihak lawan tersebut. Sambil dengan gerakkan masuk tapak kaki secara makan luar maka kita akan menurunkan anggota sendi siku kita tepat terus ke bahagian anggota rusuk kanan iaitu di bahagian bawah anggota ketiak pihak lawan.
Photo dibawah hanyalah gambar hiasan dan bukannya seperti cara diatas!
Akibatnya tanpa pihak lawan sedari, mereka telah terkena serangan anggota siku kita!
Alhamdulillah petang tadi aku sempat menonton filem baru Kung Fu iaitu SHAOLIN. Pelakon utamanya ialah Andy Lau.
Aku boleh bagi rating 65% sahaja! :)
Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment