Sunday, February 20, 2011

Gerak Pukul Lian Yunan ( Campur ) - Kombinasi LIAN + Silat Gayung + Silat Bugis !!!

Assalamualaikum w.b.t..

Suka berkongsi tentang teknik & gaya Gerak Pukul Lian Yunan ( Campur ) adalah kombinasi daripada teknik LIAN yang ganas iaitu teknik permainan LIAN yang berasaskan buah pukulan/tendangan/siku/lutut dengan teknik Silat Gayung & Silat Bugis.



Antara teknik LIAN + Silat Bugis yang aku gemar ialah teknik dimana kita menghentak sendi anggota lutut pihak lawan sambil seterusnya disusuli dengan pukulan anggota lutut kita dilancarkan ke anggota rusuk/perut/penyawa pihak lawan!



Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kita merendahkan anggota tubuh kita untuk mengelak sambil dengan menggunakan Ibu Tangan kiri kita terus menghentak anggota sendi lutut kanan pihak lawan! Kemudian dengan menggunakan anggota lutut kanan kita dengan pantas terus melancarkan serangan anggota lutut ke bahagian anggota rusuk pihak lawan!



Teknik mainan sederhana bawah ini juga akan memberi kelebihan kepada kita kerana kita selain boleh menghentak anggota sendi lutut pihak lawan dengan menggunakan Ibu Tangan ( iaitu tapak tangan yang di bahagian bawah ), kita juga boleh menarik hujung seluar kaki pihak lawan!

Gaya permainan Silat Bugis adalah cara bermain teknik bawah iaitu dengan menyerang anggota sendi lutut, kaki & penyawa pihak lawan.

Juga dengan teknik angkat ke atas, buang luar, tekan bawah anggota sendi adalah cara permainan Silat Bugis.



Sementara dalam silat Gayung pula corak permainannya yang mengandungi permainan patah anggota sendi & kunci, kilas & jatuh. ( seperti gerakkan seekor anak harimau yang baru lahir! )



Pagi tadi, alhamdulillah berkesempatan juga Cifu aku memberi tunjuk ajar berkenaan " pelepas ". Yang dimaksudkan dengan pelepas disini ialah jika pihak lawan dalam proses untuk mengunci anggota badan kita, maka dengan pergerakkan anggota tapak kaki serta anggota badan kita yang lain yang betul maka membolehkan kita untuk melepaskan diri dari serangan atau ancaman pihak lawan!



Selamat menuntut ilmu & beramal....

Wassalam..

Basteng..

No comments: