Assalamualaikum w.b.t...
Teknik cucukkan dengan menggunakan kombinasi jari telunjuk dan jari hantu ( tengah ) yang dirapat dan diluruskan ke bahagian pernafasan ke kawasan anggota leher pihak lawan adalah amat berbahaya sekali !
Biasanya teknik cucukkan ini amatlah berbahaya kerana boleh mengakibatkan kecederaan yang parah kerana pihak lawan akan mengalami kesukaran bernafas!
Jika rasa kurang selesa dengan teknik cucuk jari, maka kita sebenarnya boleh juga melancarkan teknik pukulan Kuku Kambing atau pun dengan menggunakan ibu jari tangan!
Aku suka teknik pukulan sendi iaitu tendangan @ pukulan di lancarkan tepat terus ke anggota sendi pihak lawan !
Anggota sendi yang aku maksudkan di sini antaranya ialah anggota :
1. Sendi kaki
2. Sendi pergelangan tapak tangan
3. Sendi anggota siku
4. Sendi anggota lutut.
Dengan menggunakan anggota lutut, kita terus masuk dengan melancarkan serangan anggota lutut kita terus ke anggota peha/sendi lutut pihak lawan iaitu akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil !
Pukulan / tumbukkan Lian adalah secara terus sahaja.
Contohnya disini ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan serangan/tumbukkan anggota tangan kiri terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan!
Maklumat yang aku perolehi iaitu sebenarnya ramai orang islam yang mendiami daerah YUNNAN di negara China. Benar atau tidak maklumat tersebut, aku masih belum dapat sahkan lagi.
Cerita dari mulut ke mulut yang telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi, Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) adalah asalnya berasal dari wilayah Yunnan!
Di kisahkan, seorang pendakwah dari Yunnnan yang bernama Abdul Rahman Al-Yunani telah mengembara mengembangkan dakwah agama Islam sehingga sampai ke daearah Mersing, Johor.
Pada suatu hari entah bagaimana, ada konflik berlaku yang menyebabkan Abdul Rahman telah diserang oleh 10 orang pembaca beca yang berbangsa China. Semua pembawa beca ini ganas orangnya kerana mereka kebanyakkannya mempelajari seni pertahanan diri Kuntau China.
Walaupun diserang begitu hebat dari segenap penjuru oleh 10 orang China tersebut, Abdul Rahman berjaya menumpaskan kesemua lawannya tersebut.
Bermula dari episod tersebut, cerita kehebatan Abdul Rahman telah sampai ke pihak istana Johor. Maka sultan Johor pada masa tersebut iaitu Sultan Abu Bakar telah menitahkan 2 pegawainya untuk merisik siapakah gerangan Abdul Rahman ini.
Dikisahkan juga 2 pegawai Istana Johor ini mempunyai ilmu yang hebat dalam seni pertahanan pertahanan diri masing masing .
2 pegawai ini telah menemui Abdul Rahman dan telah menyampaikan hasrat untuk menguji kehebatan Abdul Rahman. Diringkas cerita, kedua pendekar dari Istana Johor ini telah juga berjaya di tewaskan oleh Abdul Rahman !
Bermula dari saat tersebut, maka kedua pendekar dari Istana Johor ini telah belajar & menuntut dengan Abdul Rahman yang telah membawa teknik LIAN iaitu permainan buah pukul yang ganas & keras ! Campuran ilmu yang pendekar ini telah ada sebelum ini iaitu antara silat + LIAN ini menghasilkan berbagai cabang ilmu pertahanan diri yang berkembang di Tanah Melayu sehingga masa kini.
Seperti di kongsi, sebenarnya ilmu pertahanan diri yang aku pelajari ini tidak mempunyai gelanggang! Diatas perahu/sampan pun boleh dipelajari!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment