Sunday, March 27, 2011

Teknik hentakkan/pukulan tumit && Teknik turun lutut

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berpeluang mendalami teknik pukulan yang dibuat dengan menghentak anggota tumit kita ke anggota sendi lutut bahagian dalam pihak lawan.



Contohnya jika pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka hentakkan dengan menggunakan anggota tumit kaki kanan @ kaki kiri kita terus ke anggota sendi lutut di bahagian dalam lawan kita! sambil anggota kaki yang sama akan mencari anggota sendi lutut kaki kiri pihak lawan! Sambil anggota lutut kita melancarkan serangan ! Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil & gerakkan check-mate akan dilancarkan terus menerus sehingga pihak lawan tidak melawan !



Di bawah ini adalah satu link menarik berkenaan asal usul Wing Chun! Untuk pengetahuan, cerita Donny Yan yang memainkan watak sebagai IP-MAN sebenarnya menggunakan seni tempur Wing Chun!

http://www.kungfuwingchun.com/Articles.html

Sesiapa yang berminat memepelajari teknik pukulan di dalam Karate. Bolehlah melayari link di bawah .


http://www.martialartsstyles.org/martialartsstyles04.php


Bagi aku yang berkesempatan mempelajari Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY), sebenarnya memanglah banyak pukulan dan teknik yang aku pelajari bersamaan dengan gerakkan Wing Chun kerana asal usul teknik pukulan GPLY sememangnya dari wilayah Yunnan, China yang telah di bawa oleh seorang pendakwah daripada negara China yang berasal dari wilayah Yunnan!



Kelebihan & keistimewaan GPLY yang aku nampak ialah ianya adalah kombinasi antara pukulan ganas GPLY bersama teknik pukulan Silat Melayu ( Gayung + Bugis ), sememangnya menjadikan GPLY unik & pelik kerana nak dikatakan ia sebagai satu silat tidak pula kerana ia bukannya silat! Ia adalah teknik tempur jalanan!

Ada beberapa teknik tumbukkan di dalam GPLY. Arwah Acik Bakar gemar melancarkan tumbukkan dengan menggunakan buku lima anggota tangan yang disungkit dari bawah ke atas!







Gerakkan turun & makan anggota lutut adalah satu gerakkan besar & RAHSIA! Hanya pengamal GPLY Campur yang mengetahui & mengamalkannya.

Teknik turun & makan angota lutut ini boleh dilakukan kepada semua lawan kita iaitu tidak kira samada pihak lawan kita bersaiz besar atau sebaliknya.

Insyallah aku merancang untuk mendalami dan memahirkan lagi teknik Secret Recipe GPLY ini ! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

No comments: