Thursday, September 22, 2011

Jurus 5 : Jurus teknik lembut tetapi brutal !

Assalamualaikum w.b.t..

Memahiri pergerakkan tapak dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) adalah salah satu cabang ilmu yang amat penting dalam Gerak Pukul Lian Yunan

Kita boleh umpamakan permainan tapak yang "hidup" adalah seperti akar tunjang yang kukuh dan tahan bagi sepohon pokok yang akan menentukan berapa lama sepohon pokok itu boleh bertahan dari tiupan angin ribut taufan !

Sehebat atau sepantas manapun pun anggota tangan atau pun siku kita tetapi jika tapak kaki tidak "hidup" maka alamatnya kita akan menjadi mangsa si pemangsa !

Oleh itu latihan tapak untuk GPLY hendahlah senantiasa diamalkan !

Posisi kedudukan anggota badan yang rendah dalam jurus 10 akan menjadi lagi KEMAS & MANTAP bilamana kita bersiap siaga dalam posisi jurus 1 !

Posisi jurus 10 :
================




Posisi kedudukan jurus 1 :
=========================




Kombinasi mainan cara bawah iaitu jurus 10 tetapi kedudukkan dalam jurus 1 insyallah akan memberi kita banyak kelebihan dan ruang untuk membaca gerak geri pihak lawan !

Seterusnya kita bolehlah melancarkan serangan dengan menggunakan anggota kaki kanan atau pun kiri @ lutut @ kuis sendi lutut dengan guna anggota tapak tangan @ pukulan anggota siku @ tanduk dengan menggunakan anggota kepala kita seperti yang dilakukan oleh Zidane ke Matarassi iaitu menanduk/menghentak ke anggota ulu hati/perut/penyawa pihak lawan !



Manakala jurus 5 dalam GPLY adalah jurus jenis permainan LEMBUT.

Lembut di sini bukan sebarangan lembut tetapi kebanyyakkan BUAH hasil jurus 5 ini akan menyebabkan pihak lawan jatuh tersembam ke bumi @ makan pasir @ baham tanah !

Suka berkongsi, sebenarnya BUAH yang terhasil dari jurus 5 GPLY adalah banyak & kena sabar & mengambil masa untuk memahami & mempraktiknya.

Posisi kedudukan jurus 5 :
=========================




Antara BUAH yang terhasil dari jurus 5 adalah seperti photo di bawah :














Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng

No comments: