Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku pagi tadi.
Suka berkongsi ilmu beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang pelajari ini adalah untuk perang !
Maksudnya segala gerakkan GPLY adalah BUAH pukulan .
Silalah menonton clip YouTube di bawah sepatutnya bagaimana seorang pengamal LIAN semasa berlawan/bertempur dengan pihak lawan. Tiada lansung seperti tangan di kembang seperti dalam silat !
Pukul dan terus pukul...
Di kisahkan ilmu beladiri GPLY ini asalnya adalah "pakaian" pendakwah yang berkelana untuk menyebarkan agama islam ke pelusuk mukabumi.
Sudah menjadi adat berkelana, sudah semestinya ada halangan/cabaran kerana ada orang yang tidak menyukai usaha dakwah tersebut maka jika disudi @ dicabar @ nyawa/maruah sipendakwah dalam bahaya maka insyallah dengan as sebab latihan & amalan GPLY maka sependakwah tersebut boleh menghadapi cabaran/halangan itu !
Di kisah kan juga, dari pendakwah agama yang mengamalkan bela diri ini mengajar @ memperturunkan ilmu ini ke PENDEKAR !
As sebab PENDEKAR tersebut memperolehi ilmu perang ini maka insyallah pendekar tersebut akan menjadi seorang yang hebat dalam ilmu tempur.
Aku & sifu aku sempat bertukar pendapat & fikiran iaitu sebenarnya ilmu tempur/perang GPLY ini sangat berbahaya kerana jika diperolehi oleh orang yang berniat jahat ( Penyamun ker ) , ditakuti ilmu perang ini akan mengakibatkan masalah besar di dalam masyarakat !
Oleh yang demikian di beritakan, hanya segelintir orang dalam masyarakat yang berpeluang untuk mengamalkan ilmu beladiri ini kerana tidak ramai orang yang sudi untuk mengajar @ memperturunkan ilmu ini!
Kebanyakkannya mengajar untuk ANAK ISTERI & KELUARGA terdekat sahaja. Tiada kelas @ gelangang terbuka di buat kerana untuk memperolehi permit polis adalah amat sukar & payah kerana GPLY ini bukannya seperti seni silat biasa yang mengajar akan SENI . Tetapi aku boleh kongsi , ilmu GPLY ini adalah ilmu tempur untuk perang !
Seorang pengamal GPLY diajar walaupun hatta semasa bertempur yang akan menentukan samada kita akan hidup atau mati, raut wajah kita sepatutnya senantiasa SENYUM sambil hati berzikir ingat & bergantung hanya kepada pertolongan ALLAH s.w.t semata mata.
Kaedah SENYUM walaupun semasa bertempur ini diamalkan oleh arwah Acik Bakar iaitu sifu aku punya sifu !
Sambil mengengam erat & kemas ke lima buku lima tangan, maka dengan HATI yang senantiasa berZIKIR maka pukulan buku lima dihadiahkan ke anggota pihak lawan yang selalunya tidak dijaga seperti ke anggota rusuk/sendi & juga pukulan anggota kaki dilancarkan ke anggota rusuk/sendi lutut/penyawa pihak lawan !
Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment