Sunday, December 23, 2012

Super Kombat

Assalamualaikum w.b.t... Lihatlah bagaimana dalam pertarungan seperti Super Combat, sebenarnya mengintai & mencari PELUANG untuk melakukan serangan yang tepat & padat adalah amat penting sekali ! Apa apa pun, akal kita mestilah pantas & ligat berfikir untuk mencari jalan & membuat helah agar kita dapat menumpaskan lawan kita walaupun lawan kita tersebut bersaiz amat besar ! Jika kena cara & teknik pukulannya, makhluk gajah pun boleh ditumbangkan ! Maka bagaimana caranya, mestilah belajar dengan berguru ! Aku suka berkongsi beberapa teknik yang kedapatan daripada beberapa beladiri seperti Krav Maga, Systema & Wing Chun ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Thursday, December 6, 2012

Tumbuk Balas

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku semalam . Sifu aku sempat memberi tunjuk ajar bagaimana teknik Tumbuk Balas boleh digunakan iaitu katakan bilamana pihak lawan membuat tumbukkan ke arah kita dengan menggunakan anggota tangan kanan nya, maka kita akan cuba mengelak terlebih dahulu dengan teknik gayang seperti gerakkan seekor Ular ! Seterusnya kita dengan pantas akan melancarkan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kiri kita iaitu menyasarkan ke anggota muka pihak lawan ( anggota tangan kiri kita & anggota tangan kanan pihak lawan akan bergesel tetapi anggota tangan kiri kita adalah dalam posisi yg di didalam! ) , maka dengan pantas kita akan MASUK untuk melancarkan serangan anggota siku kiri kita pula ke arah anggota muka pihak lawan ! Teknik ini sebenarnya adalah seperti defence + serangan 2 dalam 1 ! Defence kerana kita menggunakan anggota tangan kiri sebagai defence tetapi anggota tangan kiri itu juga pada masa yang sama akan melancarkan serangan tumbukkan + serangan anggota siku yang sememangnya tidak akan di duga sama sekali oleh pihak lawan ! Akibatnya, jika betul tekniknya maka pastinya pihak lawan akan tumbang kerana penangan anggota siku kita tersebut! *Nota : Belajar lah dengan Guru untuk memahirkan teknik Tumbuk Balas ! Teknik pukulan HAMMER seperti photo di atas juga kedapatan & di ajar oleh sifu aku semasa aku belajar ilmu beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ! Untuk golongan wanita, sebenarnya jika mempunyai ilmu & belajar ilmu bela diri, insyallah lawan kita yang bersaiz besar pun mampu ditewaskan ! Seperti yang selalu sifu aku ingatkan, ilmu bela diri ini adalah ilmu perang ! Bukannya ilmu untuk nampak cantik ! Contohnya macam teknik Tumbuk Balas & pukulan HAMMER, sebenarnya pukulan yang dilancarkan adalah amat PADU, PANTAS & PADAT ! Diberitakan jika pihak lawan bersenjata & kita hanya tangan kosong tetapi sekiranya pukulan HAMMER dilancarkan tepat ke anggota sendi anggota tangan pihak lawan yang memegang senjata, maka senjata tersebut yang digengm akan tercabut kerana kesakitan yang tidak tertangung ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, November 25, 2012

Silat Cimande

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah suka berkongsi bagaimana semasa aku belajar di matrikulasi, Kulim dulu, aku sempat menyertai Silat Cimande. Gurunya ialah salah seorang warden di situ yang setahu aku berasal daripada Johor. Kelas di adakan pada setiap hari malam jumaat. Tujuan aku menyertai kelas tersebut ialah dengan niat untuk belajar ilmu bela diri. http://www.youtube.com/watch?v=S0bYrNHe-FM&feature=watch-vrec Mana tahu jika dalam masa kecemasan, harap harap ilmu beladiri ynag dipelajari mampu menolong aku untuk melepaskan diri daripada keadaan yang genting ! Sebenarnya silat Cimande yang telah sempat aku belajar itu banyak menggunakan teknik paras bawah / rendah ! Di beritakan asal usul silat Cimande ini adalah berasal daripada kepluan Jawa iaitu di kawasan sawah padi ! Oleh itu bayangkanlah seorang petani sedang melakukan kerja membajak di kawasan sawah maka keadaan tubuh petani tersebut adalah dalam kedudukkan paras yang rendah ! Sekarang ini semenjak aku telah belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY -Lian Campur ) iaitu dari awal tahun 2008, maka maaf aku cakap bahawasanya aku sudah lupa akan gerak jurus silat Cimande yang aku telah belajar selama 2 tahun ! Jadi sekarang ini aku hanya perlu fokus pada beladiri GPLY yang insyallah saban hari aku boleh menguasai teknik jurus pukulannya iaitu latihan dibuat dengan menggunakan Orang Kayu. Lihatlah YouTube di bawah bagaimana Master Wong daripada perguruan Wing Chun memberi tunjuk ajar ! Aku sudah berkongsi sebenarnya kebanyakkan jurus GPLY ini adalah bersumberkan daripada teknik pukulan beladiri Wing Chung & di ganding dan campurkan juga dengan teknik yang ada dalam beladiri Silat, Muay Thai , Aikido & etc. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Wednesday, November 14, 2012

Ibu Tangan & Siku

Assalamualaikum w.b.t.. Pertama sekali bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya berkesempatan lagi kita untuk menyambut kedatangan tahun baru Islam iaitu Maal Hijrah 1434H. Semoga segala amalan kita pada tahun lepas di terima oleh ALLAH s.w.t dan segala dosa diampunkan olehNya. Juga ALLAH s.w.t mengurniakankan kita kekuatan IMAN untuk kita terus beramal di tahun baru ini ke arah untuk kita menjadi muslimin/muslimat yang sejati ! Aku suka berkongsi akan beberapa teknik gerakkan yang boleh diguna pakai untuk mempertahankan diri kita. Lihatlah & cuba fahami akan gerakkan di atas bagaimana anggota siku kita boleh memainkan peranan untuk menumpaskan pihak lawan kita ! Begitu juga dengan menggunakan anggota Ibu Tangan ( bahagian tapak anggota tangan ! ), maka pukulan ke arah angggota hidung/dagu/telinga boleh dilancarkan secara bertalu talu ! Lihatlah lah photo di atas bagaimana gerakkan teknik serangan menggunakan bahagian anggota Ibu Tangan boleh di buat kepada pihak lawan. Selamat menuntu ilmu & beramal. Wassalam. Basteng'

Monday, November 5, 2012

Selak ! Teknik anggota lutut GPLY

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku suka berkongsi akan satu teknik dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang dikenali sebagai " selak " ! Teknik selak ini adalah dilakukan dengan menggunakan anggota lutut ! Dalam pertempuran jarak dekat, teknik selak ini amatlah berkesan digunakan iaitu dengan menggunakan anggota lutut kita akan menyerang ke anggota betis sehingga ke anggota lutut pihak lawan. Pada masa yang sama kita akan menggunakan kepantasan anggota tangan/siku kita untuk menyerang ke anggota sendi bahu/siku & tangan pihak lawan ! Sebenarnya serangan anggota lutut menggunakan teknik selak terlebih dahulu akan dilancarkan kepada pihak lawan. Tujuan utamanya adalah untuk kita terus melumpuh & mematikan gerak pihak lawan iaitu dengan menjadikan pihak lawan tidak stabil ! Apa apapun, teknik melumpuhkan anggota kaki pihak lawan terlebih dahulu adalah misi utama seorang pengamal beladiri GPLY. Bilaamana anggota kaki pihak lawan sudah tidak stabil maka mudahlah bagi kita untuk terus melancarkan serangan yang bertali arus terhadap pihak lawan ! Insyallah berkat latihan dengan menggunakan Orang Kayu, insyallah aku akan cuba memahirkan teknik gerakkan ini ! Di bawah ini adalah beberapa teknik serangan kung fu yang diilham daripada gerakkan beberapa ekor binatang iaitu harimau, ular & etc. http://www.howcast.com/guides/920-How-to-Do-Shaolin-Kung-Fu Suka berkongsi, dalam GPLY juga sebenarnya banyak menggunakan serangan yang bercorak seperti cucukan ke anggota mata pihak lawan iaitu berasakan daripada ular ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, October 28, 2012

Doa & ayat amalan seharian

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulilah aku ingin berkongsi akan beberapa doa & beberapa potong ayat Al-Quran yang elok di amalkan untuk amalan seharian. Seperti ayat di bawah ini ( Allah hu rabunna ... ) mengandungi banyak sangat fadhilatnya ! Juga amalkan doa Rabiyasiir wala tuassir seperti di bawah ! Insyallah ALLAH s.w.t akan memudahkan segala urusan kita hataa di saat akhir kita akan berpisah dengan jasad kita pun ! Juga aku lampirkan doa yang mustajab untuk bersama sama kita hafal & amalkan iaitu setiap kali kita mengerjakan solat ! %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% Doa Mati Dalam iman %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% Doa selamat Sejahtera %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

Wednesday, October 24, 2012

Rawatan Alternatif Urat Saraf : Akupuntur

Assalamualaikum w.b.t.. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat Hari Raya Haji ! Alhamdulillah hari ini aku berpeluang belajar dengan sifu aku tentang kaedah rawatan secara akupuntur ! Teknik rawatan akupuntur ini diajar oleh arwah Acik Bakar iaitu guru kepada sifu aku semasa sifu aku belajar ilmu bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) . Cucukkan/tusukkan dengan menggunakan anggota ibu jari / jari telunjuk perlu dilakukan dengan menekan ke titik titik urat saraf yang tertentu. Contohnya untuk pesakit buah pinggang , maka cucukkan/tusukkan dengan menekan ke anggota tapak tangan kiri iaitu di bahagian saraf akupuntur yang berkait dengan penyakit buah pinggang. Teknik menekan ke bahagian anggota saraf tersebut perlu di lakukan sebanyak kiraan 7 kali ! Manakala untuk pesakit yang mengidap masalah jantung pula, maka kaedah rawatan dengan menekan saraf akupuntur yang berkaitan dengan jantung pula ! Silalah melawat website di bawah yang menceritakan secara terperinci tentang kaedah rawatan alternatif secara akupuntur ini. http://fitrahworld.blogspot.com/2011/06/terapi-wudhuk-dan-kesan-kepada-titik.html Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Monday, October 15, 2012

Perempuan menumpaskan Lelaki !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah aku suka berkongsi akan beberapa teknik gerakkan yang boleh di gunakan oleh kita semasa di jalanan. Sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku terhadap diri kita, maka sekurang kurangnya kita tahu apa tindakkan yang perlu kita lakukan ! Lihatlah photo di bawah bagaimana sebenarnya seorang perempuan pun mampu menumpaskan si pemangsa jika betul dengan tekniknya ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Sunday, October 7, 2012

Kelebihan menguasai & mahir dlm anggota kaki/lutut !

Assalamualaikum w.b.t... Kemahiran menggunakan anggota kaki & lutut adalah amat kritikal dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang pelajari ini, Juga kemahiran menguasai teknik menggunakan anggota tangan & siku akan menjadikan seorang pengamal GPLY lebih mantap ! Suka aku berkongsi sebenarnya beladiri GPLY ini memerlukan seorang pengamal GPLY untuk menguasai kesemua teknik anggota kaki, lutut, tanga & siku ! Di samping juga secara fleksibel seorang pengamal GPLY boleh menggunakan anggota lain juga seperti anggota kepala untuk menghantuk, anggota jari untuk menyucuk mata, anggota punggung/peha untuk menjadikan pihak lawan tidak stabil, anggota mulut untuk meludah & menggigit & etc ! Juga kita boleh menggunakan pasir untuk melontar ke dalam anggota mata pihak lawan ! Aku perhatikan, jika sifu aku masuk menyerang maka anggota pertama sifu aku akan serang ialah ke arah anggota kaki/lutut pihak lawan ! Sifu aku akan menggunakan anggota kakinya untuk memijak anggota kaki pihak lawan sambil anggota lutut sifu aku akan meNEKAN anggota lutut pihak lawan untuk mematahkannya ! Pada masa yang sama sifu aku akan menggunakan anggota tangan & siku nya pula untuk melumpuhkan pihak lawan tersebut. Serangan serentak dengan menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan ke arah pihak lawan adalah gerakkan RAHSIA tetapi NORMAL untuk seorang pengamal GPLY ! Inilah ilmu PERANG ! Beberapa tips yang aku suka ingin berkongsi di sini ialah tidak kira betapa perkasa/gagahnya seorang manusia tersebut tetapi jika kita menggunakan 2 teknik mudah di bawah akan mengakibatkan orang tersebut akan lumpuh ! : 1. Tolakkan ke atas dengan menggunakan anggota ibu jari kita ke anggota pangkal hidung boleh mengakibatkan kecederaan yang parah kepada orang tersebut ! 2. Dengan menggunakan anggota tapak kaki kita yang di bahagian lengkuk tengah maka tolakkan dilakukan ke bahagian anggota sendi anggota lutut orang tersebut ! 3. Cucukkan disasarkan ke anggota rusuk pihak lawan yang di bawah sedikit anggota payu dara ! 4. Tepukkan dengan menggunakan anggota tapak ibu tangan disasarkan ke anggota telinga pihak lawan ! 5. Tumbukkan/bidasan rotan dilakukan secara terus, padat & kuat disasarkan ke anggota penyawa pihak lawan ! Panjang umur, insyallah aku akan cuba kupas begaimana kita sebagai orang awam membuat persedian jika terpkasa menghadapi ancaman ragut! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, September 30, 2012

menghadapi pihak lawan yang bersenjata..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah berkesempatan aku mengadap sifu aku untuk mendalami teknik untuk berhadapan dengan pihak lawan yang bersenjata. Jika pihak lawan bersenjata menggunakan pisau atau pun parang maka antara teknik yang aku belajar ialah bagaimana seorang pengamal lian boleh mengatasi serangan tersebut iaitu dengan mensasarkan anggota yang memegang senjata tersebut. Teknik kilasan ke atas anggota sendi anggota pergelangan tangan & siku + bahu adalah antara sasaran untuk kita melumpuhkan pihak lawan yang bersenjata tersebut. Di samping seorang pengamal lian menggunakan ke dua anggota tangan nya untuk membuat kilasan ke atas anggota tangan ( sendi pergelangan tangan, siku & bahu ) pihak lawan, juga peranan anggota lutut , kaki & siku kita juga akan memainkan peranan pada masa yang sama untuk melumpuhkan pihak lawan yang bersenjata tersebut. Seorang pengamal lian akan menggunakan anggota lutut untuk meMATAH & menjadikan bahagian anggota lutut pihak lawan menjadi tidak stabil! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam. Basteng

Sunday, September 23, 2012

Jurus 5 GPLY : Teknik anggota tangan

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulllah aku sempat mengadap sifu aku untuk mendalami jurus 5 Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur / 12 ! ). Jurus 5 ialah teknik bagaimana seorang pengamal beladiri Lian menggunakan anggota tangannya untuk menumpaskan pihak lawan. Sebenarnya jurus 5 ini sebenarnya mempunyai teknik ala ala pergerakkan dalam beladiri Aikido dan juga silat ! Pihak lawan yang bersenjata dengan mudah sebenarnya boleh ditumpaskan sekiranya seorang pengamal beladiri Lian menggunakan jurus 5 iaitu dengan meNEKAN/menOLAK/menGANGKAT/meNARIK anggota sendi bahu/siku/pergelangan anggota tangan/jari pihak lawan ! Justeru, silalah mengadap guru untuk mengetahui bagaimana cara yang betul untuk mengamalkan jurus 5 ! Silalah menonton beberapa klip video daripada YouTube di bawah untuk melihat & belajar bagaimana antara teknik gerakkan yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri kita ! Youtube di bawah daripada klip rancangan Human Weapon berkisar tentang beladiri Silat ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Sunday, September 16, 2012

Teknik anggota siku & Commando Krav Maga system !

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku untuk mendalami lagi teknik anggota siku. Semua sedia maklum tentang dalam close combat street fighting, kemahiran menguasai teknik anggota siku adalah amat kritikal kerana ini akan menentukan samada kita akan survice atau pun tidak dalam pertempuran jarak tersebut atau tidak ! Sebenarnya dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) - Lian Campur yang aku sedang menuntut ini, anggota siku digunakan sebagai kombinasi defence & attack ! Bermaksud disamping boleh digunakan sebagai anggota untuk defence daripada serangan tumbukkan/sepakkan/tikaman bersenjata maka anggota siku tersebut digunakan juga untuk menyerang pihak lawan ! Silah mengadap guru untuk belajar bagaimana pergunaan teknik anggota siku yang betul yang boleh digunakan dalam pertempuran! Lihatlah bagaimana mudahnya seorang pengamal beladiri menumpaskan pihak lawan bersenjata yang masuk menyerang ! Juga lihatlah YouTube di bawah bagaimana teknik menggunakan anggota siku sebagai "defence & strike " ! Teknik anggota siku di bawah adalah lebih kurang sama dengan teknik anggota siku dalam GPLY yang aku namakan sebagai Siku Kapak ! Tambahan di siniialah dalam GPLY disamping menggunakan teknik Siku Kapak, anggota lutut juga akan bersama memainkan peranan dengan menyerang anggota penyawa/sendi lutut pihak lawan ! Juga seperti YouTube di bawah .. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Wednesday, September 12, 2012

Gangnam Melayu !

Assalamualaikum w.b.t.. Lihatlah betapa seninya pemimpin pemimpin tertinggi negara kita menyanyi lagu " Aku Anak Kampung " ! Best gilerr terutama pada bab Kak Ros layan menyanyi pada minit ke 7 & yang paling power pada minit ke 7:50 ! Kelassss ... U! http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2617-video-yang-bakal-tewaskan-gangnam Versi asal seperti di bawah ! Selamat menuntut ilmu & beramal ! Wassalam.. Basteng

Saturday, September 8, 2012

[ Mengukur Jarak - Part 1 ] Teknik Anggota kaki !

Assalamualaikum w.b.t.... Syukur alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku untuk bersalam hari raya ! :) Suka berkongsi dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini mengukur jarak adalah " critical success factor " dalam street fighting ! Apa yang aku maksudkan di sini ialah jika pihak lawan kita dalam jarak pukulan anggota kaki kita maka seorang pengamal beladiri Lian akan menggunakan anggota kakinya untuk menyerang pihak lawan. Serangan pula disasarkan ke anggota kaki pihak lawan ( dengan cara kita memijak anggota kaki pihak lawan & sambil tolakkan ke anggota dada pihak lawan dilakukan dengan menggunakan kedua anggota tangan atau pun anggota siku kita ! ) Akibatnya pihak lawan tidak akan mampu untuk bertindak balas kerana sudah " check mate " dan mati kutu kerana anggota tubuh badannya nya sudah tidak seimbang ! Juga dengan menggunakan anggota kaki kita boleh melancarkan serangan dengan menghentam/nekan anggota sendi lutut pihak lawan ! Teknik hentaman/tekan menggunakan anggota tapak & tumit anggota kaki ini dilancarkan seperti photo di bawah ! ======== Photo 1: ======== ========= Photo 2: ========= =========== Photo 3: ============ Jika jarak kita dengan pihak lawan adalah sudah terlalu hampir & rapat makan teknik serangan berkembar menggunakan kombinasi anggota lutut & siku adalah teknik yang amat berkesan & terbaik ! Insyallah misi aku adalah untuk memahirkan diri dalam teknik menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan ! Juga dalam GPLY ada teknik menggunakan anggota punggung, badan & anggota kepala ! Dalam street fighting, misi utama kita ialah untuk menyelamatkan nyawa kita dalam apa situasi & keadaan apa pun. Maka jika kita terpaksa memijak anggota kaki, menggigit, melontar pasir ke dalam mata pihak lawan, menjerit, memukul alat penyawa & etc, itu adalah di benarkan ! Ada rezeki, panjang umur, nanti aku berkongsi tentang teknik anggota siku lian yang baru diajar oleh sifu aku ! Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam... Basteng

Monday, September 3, 2012

Survival !

Assalamualaikum w.b.t.. Lihatlah bagamaina brutal & nekadnya si penjenayah pada zaman sekarang ! Rakaman video ini aku perolehi dalam YouTube. Apa yang aku mampu tafsirkan kebanyakkan orang ramai ini akan bersikap tidak ambil peduli & kisah asalkan tidak terkena atas batang hidung sendiri maka pergi lantaklah dengan masalah orang lain ! Aku suka berkongsi akan beberapa teknik yang orang awam boleh lakukan jika dalam keadaan terdesak & mengancam nyawa ! Dalam situasi apa pun, we must always protect ourselves ! Selamat menuntut ilmu & beramal. wassalam.. Basteng

Sunday, August 26, 2012

Body Guard !

Assalamualaikum w.b.t.. Aku sebenarnya minat giler dengan Kevin Costner iaitu hero dalam filem The Bodyguard ! Yang aku termampu aku buat sekarang ini sekarang ini hanyalah untuk menjadi body guard untuk diri sendiri & keluarga terdekat sahaja ! Sanggup ker kita nak menggadaikan nyawa kita demi untuk menjaga nyawa Tuan kita ! Jika tak sangggup maka seelokknya kita mencari sumber rezeki yang lain sahajalah! Tak usahlah nak cari kerja sebagai Body Guard ! Antara part yang paling aku suka ialah di mana Kevin Costner sanggup menerbangkan anggota tubuhnya untuk dijadikan sebagai perisai untuk melindungi peluru daripada mengenai Heroin iaitu lakonan Whitney Houston ! ( minit ke 6 dalam YouTube yang paling atas sekali ! ) Fuhhhh.....power beb !!! :) Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~ Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum w.b.t... Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Thursday, August 16, 2012

Berhati hati & berwaspada .. Kisah Bela diri Krav Maga !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah ALLAH s.w.t masih memberi kelapangan & kesempatan atas nikmat HIDUP, IMAN & kesihatan untuk kita menjalani ibadat puasa diakhir bulan Ramdhan yang mulia ini. Insyallah pada hari Ahad ini kita akan menyambut 1 Syawal. Sayugia aku ingin meningati diri aku & semua betapa peri pentingnya kita mengmbil sikap selalu berhati hati, berperasangka & berwaspada semasa kita menjalani kehidupan di Malaysia sekarang ini. Umum sudah mengetahui, sebenarnya peluang tentang keselamatan kita adalah 50:50 sekiranya kita keluar sahaja daripada kediaman rumah kita ! Jika di dalam rumah kita sendiri pun, nisbah peluang dan bahaya adalah 70:30 iaitu 70% insyallah kita dalam keadaan selamat ! Pada pendapat peribadi diri aku, asas beladiri mesti dipelajari oleh setiap individu. Bermaksud setiap individu sepatutnya diajar & diberi maklumat apa tindakkan yang perlu diambil sekiranya si individu tersebut terpaksa berhadapan dengan si penyerang yang nekad mahu mencederakan diri si individu tersebut. Aku ambil contoh sekiranya seorang ibu dengan ditemani oleh anak nya yang kecil sedang berjalan ke arah kereta nya kerana sudah selesai urusan membeli belah. Tetiba daripada sudut yang tanpa diduga munculah seorang individu yang sasa dengan bersenjata ingin merompak atau the worst scenario untuk menculik si ibu & si anak tersebut maka apakah tindakkan secara spontaneous yang perlu dilakukan oleh si Ibu & si anak ? Maaf cakap pada saat yang kritikal tersebut sebenarnya tindakkan anggota tubuh & fikiran kita yang akan bertindak balas secara automatik ! Kita tiada masa untuk bersilat untuk membuka langkah & buah ! Jika si Ibu pernah mempelajari ilmu beladiri, maka insyallah tindakkan secara spontan, automatik & pantas si Ibu dengan membuat satu tendangan menggunakan anggota kakinya dilancarkan tepat ke penyawa si penyerang ! Lihatlah bagaimana cekal & sikap Bangsa Yahudi yang telah mencipta satu sistem beladiri yang sebenarnya adalah mudah & berkesan untuk semua peringkat tidak kiralah untuk golongan kanan kanak atau orang dewasa ! http://www.mardb.com/commando-krav-maga/ Maka lahirlah beladiri yang dinamakan Krav Maga yang sehinggalah sampai ke peringkat di mana teknik dalam Krav Maga di ambil & diadun untuk dipelajari oleh anggota special Forces ( the most elite commando units and SWAT forces in Israel and around the world ) daripada seluruh dunia ! Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir & Batin ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng