Tuesday, March 23, 2010

Teknik Adik Hammer && Gagau Anak Ikan

Salam....

#############################################
Menemui satu pautan yang bagus berkenaan ilmu beladiri = > http://www.jakickboxing.com/

http://jakickboxing.blogspot.com/

###############################################

Alhamdulillah berpeluang mempelajari beberapa teknik terkini di dalam ilmu "street fighter" Gerak Pukul Lian Yunan (GPLY).

(1) Teknik Adik Hammer. Teknik ini memerlukan bilamana musuh menyerang dengan lancarkan tumbukkan tangan kanan, maka kita akan menyambut dengan menumbuk balik dengan menggunakan tangan kanan iaitu gunakan Bidas Rotan@Adik Hammer teknik terus ke ulu hati @ bahagian muka musuh! Kaeadah ini memrlukan bahagian dekat siku kanan kita akan mengena sedikit dekat bahagian atas pergelangan tangan kanan musuh.

(2) Teknik Gagau Anak Ikan ini memerlukan kita di dalam posisi buah 1 @ sendeng dan dengan menggunakan bahagian tangan kita untuk menguis lutut/paha musuh. Ini akan mengakibatkan musuh inbalance@ tidak seimbang. Justeru akan memudahkan kita melancarkan serangan maut ke atas musuh.

(3) Teknik Gulung Naga tangkap pergelangan tangan. Teknik ini di gunakan di kala musuh bersenjata seperti pisau.Teknik ini amat berkesan untuk mematahkan tangan musuh yang memegang senjata & juga untuk menghumban musuh ke tanah!

(4) Teknik Ilmu Jarak iaitu Gayang Kiri & Gayang Kanan! Juga Teknik mengelak & menyambut dengan cara kita melangkah 1 tapak ke belakang untuk membuatkan kita di dalam kedudukan buah 1 @ sendeng!

(5) Teknik Patah kan Ibu Jari @ anak jari tangan musuh!

*Nota : Setiap kali mahu berlatih, jangan lupa untuk sedekah/hadiahkan Surat Al-Fatihah ( 3 X), Surah Qulhuallahuahad ( 7 X) & Selawat ke atas nabi ( 7X) kepada semua makhluk! ( Nabi Muhammad & keluarga & para sahabat, Nabi Adam & Sayidina Hawa, Para MALAIKAT, Para Nabi, Para Wali Allah, Tok Tok Guru/Guru silat, gURU AGAMA & ETC, Datok nenek kita, Ibu Bapa kita & sekalian Ibu Bapa, Muslimin & Muslimat & daging, kulit, darah & diri kita sendiri!

*Nota : As-Ssyahid Saidina Hamzah di kala bertempur wajah & geraknya adalah sangat Kejam, bengis & tangkas di kala menghadapi musuh!

*Nota (3): Di kala masuk hutan @ dalam keadaan takut kepada Hantu/Syaitan, satu petua/tip yang diperolehi daripada Orang Iban ialah untuk menghilangkan perasaan takut jadi kita menggigit kuat Jari HANTU ( jari tengah) kita!! Maka kita tidak akan takut lagi kepada hantu!! :)

Selamat Berilmu & Beramal & Bertawakkal kepada ALLAH s.w.t..

Wallahualam..

Saturday, March 20, 2010

Lian Student in Action

Salam,

Below is one good YouTube videowhich will show how the movement of Lian is used and applied by their student.

http://www.youtube.com/watch?v=rIuSacDHd00&NR=1

Selamat beramal & berlatih..

Wassalam..

Thursday, March 18, 2010

Teknik Serang Satu Sisi

Salam,

Alhamdulillah hari ini berpeluang mempelajari beberapa teknik baru di dalam GPLY.

(1) Teknik => 1.1. Teknik buang buah dalam.Teknik ini boleh di tukar menjadi teknik Hammer Dalam!
(2) Teknik => 1.2. Teknik buang buah luar
(3) Teknik => 1.3. Teknik selengan siku buang buah dalam
(4) Teknik => 1.4. Teknik selengan siku tarik
(5) Teknik => 1.5. Teknik RAHSIA selengan buang atas. Kena pastikan kita menggunakan bahagian hujung siku kita ke bahagian dalam pergelangan bahu musuh!

Juga ada teknik yang di panggil sebagai Teknik Terkejut Beruk! Teknik ini memerlukan kita membuat pukulan/tumbukkan dengan sisi tangan yang di gunakan oleh musuh. Maksudnya jika musuh membuat serangan dengan menggunakan sisi tangan KANAN maka kita akan menyambutnya dengan membuat serangan menggunakan tumbukkan tangan KIRI kita terus ke bahagian rusuk kanan musuh!!

*Nota : According to my Guru, i have covered 75 % of the GPLY skill!Alhamdulillah...

Selamat ber amal!

Wassalam..

Thursday, March 11, 2010

Teknik ""patah"

Salam,

Alhamdulillah berkesempatan belajar teknik patah.

(1) Teknik patah memerlukan..

Jika musuh menyerang dengan menggunakan sisi tangan kanan, maka dengan menggunakan tapak tangan kiri akan mengangkat di bahagian pangkal lengan tangan kanan musuh. Manakala pada masa yang sama dengan menggunakan tangan kanan kita akan memegang hukung pergelangan tangan kanan musuh untuk mematahkannya!

(2) Teknik Gulung Ekor Naga;

Sambil kita menepis kita akan melancarkan serangan ke arah musuh.

(3) Teknik Helang Ultraman Menyambar.

Teknik ini memerlukan kita menggunakan dua tapak tangan kita di dalam posisi gerakkan Ultraman. Teknik ini memerlukan kita menyerang ke bahagian leher musuh dengan melancarkkan gerakkan padu Helang Menyambar . Ini akan mengakibatkan musuh jatuh terpelanting kebelakang dengan mematahkan leher musuh!

(4) Permainan gerak tapak & Masuk.

Gerakkan tapak adalah teramat penting di dalam GPLY. Mati Tapak bermaksud MATI lah kita. Hidup tapak, insyallah HIDUP lah kita dalam pertempuran.

Kombinasi gerakkan tapak yang hidup di susuli dengan gerakkan MASUK akan membuat musuh tergaman dan tidak menjangka BUAH Maut kita.

(5) Kawasan bahaya adalah di bahagian bawah ketiak, di bah agian tulang rusuk yang di kepak, juga di bahagian lembut di lutut! Bahagian bunuh ialaha di bahagian Ulu Hati, bahagian leher di kawasan saluran pernafasan, di bahagian mata. Untuk membuat musuh pengsan/mati dengan menghentak buku lima kita ke belakang tengkok musuh! Untuk membuat musuh SEDAR dengan menghentak bahagian telinga musuh!

Jika musuh laju bahagian tangan, makan kita akan menyerang/menumbuk bahagian sendi tangan musuh. Tujuan untuk melumpuhkan musuh dahulu.

Gerakkan kaki adalah amat penting di mana musuh menyerang dengan menggunakan senjata seperti pisau atau pun parang. Ilmu jarak mesti di mahirkan di dalam situatsi mati & hidup.

Selamat Beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, March 10, 2010

"Hammer" Teknik

Salam..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan belajar teknik baru yang ringkas tetapi sesuai & praktikal masa bertempur di jalanan.

(1) Teknik ini di panggil HAMMER ( Pukulan Bidas Rotan ). Teknik ini memerlukan di mana jika musuh membuat tumbukkan dengan menggunakan sisi tangan kanan, maka kita akan menyambut dengan terus membuat pukulan HAMMER ke arah dada/muka musuh dengan menggunakan tangan kiri kita!

Teknik ini memerlukan pelatih untuk memahirkan di dalam teknik HAMMER makan luar dan HAMMER makan dalam.

Perlu di ingatkan tangan kanan kita mesti bersiap siaga untuk membuat tepisan@blocking jika di khuatiri serangan musuh boleh mengena anggota tubuh kita.


(2) Teknik Blocking dan Buang. Jika musuh menyerang/menumbuk dengan tangan kanan, maka kita akan menyambut dengan menggunakan tangan kanan kita. Dengan kita "blocking & buang" dengan tapak tangan kanan kita menyentuh bahagian bahu kanan musuh!

Manakala di ikuti pukulan padu dengan menggunakan tangan kiri kita di hala ke susuk kanan musuh. Juga lutut kanan kita akan buat pukulan ke bahagian dada/muka/perut musuh. Di susuli dengan lutut kiri kita akan memukul bahagian peha musuh. Ini akan mengakibatkan musuh inbalance/terpelanting & kita akan susuli dengan buat tikaman ke dada musuh bilamana musuh sudah jatuh ke atas lutut kita!

Selamat beramal.

Wassalam..

Tuesday, March 2, 2010

Sembah Hulubalang

Salam,

(1) Alhamdulillah berkesempatan mempelajari teknik "rahsia" baru iaitu Sembah Hulubalang. Dengan posisi kedua tapak tangan ditemukan satu sama lain, maka gerakan "block" & menyerang musuh akan dilancarkan serentak bilamana kita "mengangkat tangan kita ke atas maka kita melancarkan serangan dengan menggunakan anggota siku!

Teknik ini kena dipelajari lagi mendalam untuk memahirkan seni tempur ini.

(2) Dengan menggunakan buku lima iaitu jari tengah tangan yang di "keluar"/"tonjol"kan sedikit, maka serangan boleh dilancarkan ke bahagian rusuk iaitu di bawah kawasan bawah ketiak !

(3) Ibu jari di gunakan untuk menyerang bahagian mata musuh. Untuk cucuk/keluarkan mata musuh!

(4) Ibu tangan di guna untuk memukul bahagian sendi@lembut di badan musuh!

(5) Ibu tangan dilancarkan ke bahagian leher & saluran pernafasan musuh!

(6) Teknik cucuk urat saraf adalah salah satu teknik peringkat tertinggi. Teknik ini akan mengakibatkan musuh kaku tidak dapat bergerak!

(7) Teknik "block" gerakkan lutut musuh. Dengan menggunakan bahagian lengan, kita buat blocking!

(8) Dengan menggunakan anggota siku, kita buat "blocking" dengan menghentak bahagian anggota lutut/kaki/tangan musuh!

(9) Teknik latihan "tekan" kaki. Dengan me"nekan" bahagian tumit & tengah kaki ke kaki "orang kayu", maka disusuli dengan gerakkan cucuk kaki kita ke bahagian penyawa @ paksi kaki musuh.


Selamat Beramal..

Wassalam..

Monday, March 1, 2010

Naga Berlabuh ( Dragon Landing) && Naga Siku Terbalik

Salam..


Alhamdulillah berkesempatan dan berpeluang mempelajari teknik baru seperti di bawah :



Untuk makluman, ke semua teknik yang disenarai di bawah perlu "hands-on" practical show!




(1) Teknik Naga Siku Terbalik. Teknik ini sebenarnya bertujuan untuk "makan" bahagian kaki musuh untuk mengakibatkan musuh jatuh kerana tidak seimbang ( inbalance ). Dengan kita memusing badan kita 360 % maka kaki kita akan men"cari" kaki musuh dan pada masa yang sama bahagian siku kita akan "makan" bahagian rusuk atau dada musuh !!!




(2) Teknik Naga Berlabuh Makan Luar. Teknik ini memerlukan kita gayang turun kebawah badan kita ( turun badan ke arah kiri/[kanan]) seperti ke dudukan jurus 10! Selepas kita melancarkan serangan ke bahagian sendi lutut (kanan/[kiri]) atau ke rusuk (kanan) musuh, maka kita dengan pantas akan menyusul dengan gerakkan lutut (kiri) kita ke bahagaian peha (kanan/ [kiri]) musuh. Ini akan mengakibatkan musuh terlentang jatuh kesakitan!





(3) Teknik Naga Berlabuh Makan Dalam ( Jatuh Kaki Gajah). Teknik ini di buat bilamana kita berhadapan dengan musuh. Maka dengan merendahkan sedikit badan, dengan menggunakan kedudukan posisi jurus 1, maka kita akan masuk dengan melancarkan bahagian kaki kita untuk men"cari" & "makan" ke bahagaian peha musuh!Pada masa yang sama, kita akan buat pukulan padu ke bahagian dada/ulu hati musuh!Teknik ini akan mengakibatkan musuh jatuh terlentang kesakitan.

(4) Teknik sekat tendangan musuh dengan menggunakan lutut. Teknik ini amat berkesan kerana 2 dalam 1 iaitu disamping kita buat "blocking" maka kita melancarkan serangan ke arah penyawa musuh
Teknik ini amat berkesan untuk men"jatuh"kan jika pihak lawan adalah bersaiz besar & tegap/sasa.



(5) Teknik tangkap kaki musuh & hentak. Teknik ini memerlukan kita me"nangkap" bahagian kaki musuh & dengan menggunakan siku kita melancarkan serangan ke bahagian atas peha musuh!



(6) Teknik Blocking Gading Gajah. Teknik ini memerlukan kita menahan + menghentak kaki musuh!

Selamat beramal!

Wassalam..