Salam,
(1) Alhamdulillah berkesempatan mempelajari teknik "rahsia" baru iaitu Sembah Hulubalang. Dengan posisi kedua tapak tangan ditemukan satu sama lain, maka gerakan "block" & menyerang musuh akan dilancarkan serentak bilamana kita "mengangkat tangan kita ke atas maka kita melancarkan serangan dengan menggunakan anggota siku!
Teknik ini kena dipelajari lagi mendalam untuk memahirkan seni tempur ini.
(2) Dengan menggunakan buku lima iaitu jari tengah tangan yang di "keluar"/"tonjol"kan sedikit, maka serangan boleh dilancarkan ke bahagian rusuk iaitu di bawah kawasan bawah ketiak !
(3) Ibu jari di gunakan untuk menyerang bahagian mata musuh. Untuk cucuk/keluarkan mata musuh!
(4) Ibu tangan di guna untuk memukul bahagian sendi@lembut di badan musuh!
(5) Ibu tangan dilancarkan ke bahagian leher & saluran pernafasan musuh!
(6) Teknik cucuk urat saraf adalah salah satu teknik peringkat tertinggi. Teknik ini akan mengakibatkan musuh kaku tidak dapat bergerak!
(7) Teknik "block" gerakkan lutut musuh. Dengan menggunakan bahagian lengan, kita buat blocking!
(8) Dengan menggunakan anggota siku, kita buat "blocking" dengan menghentak bahagian anggota lutut/kaki/tangan musuh!
(9) Teknik latihan "tekan" kaki. Dengan me"nekan" bahagian tumit & tengah kaki ke kaki "orang kayu", maka disusuli dengan gerakkan cucuk kaki kita ke bahagian penyawa @ paksi kaki musuh.
Selamat Beramal..
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment