Monday, March 1, 2010

Naga Berlabuh ( Dragon Landing) && Naga Siku Terbalik

Salam..


Alhamdulillah berkesempatan dan berpeluang mempelajari teknik baru seperti di bawah :



Untuk makluman, ke semua teknik yang disenarai di bawah perlu "hands-on" practical show!




(1) Teknik Naga Siku Terbalik. Teknik ini sebenarnya bertujuan untuk "makan" bahagian kaki musuh untuk mengakibatkan musuh jatuh kerana tidak seimbang ( inbalance ). Dengan kita memusing badan kita 360 % maka kaki kita akan men"cari" kaki musuh dan pada masa yang sama bahagian siku kita akan "makan" bahagian rusuk atau dada musuh !!!




(2) Teknik Naga Berlabuh Makan Luar. Teknik ini memerlukan kita gayang turun kebawah badan kita ( turun badan ke arah kiri/[kanan]) seperti ke dudukan jurus 10! Selepas kita melancarkan serangan ke bahagian sendi lutut (kanan/[kiri]) atau ke rusuk (kanan) musuh, maka kita dengan pantas akan menyusul dengan gerakkan lutut (kiri) kita ke bahagaian peha (kanan/ [kiri]) musuh. Ini akan mengakibatkan musuh terlentang jatuh kesakitan!





(3) Teknik Naga Berlabuh Makan Dalam ( Jatuh Kaki Gajah). Teknik ini di buat bilamana kita berhadapan dengan musuh. Maka dengan merendahkan sedikit badan, dengan menggunakan kedudukan posisi jurus 1, maka kita akan masuk dengan melancarkan bahagian kaki kita untuk men"cari" & "makan" ke bahagaian peha musuh!Pada masa yang sama, kita akan buat pukulan padu ke bahagian dada/ulu hati musuh!Teknik ini akan mengakibatkan musuh jatuh terlentang kesakitan.

(4) Teknik sekat tendangan musuh dengan menggunakan lutut. Teknik ini amat berkesan kerana 2 dalam 1 iaitu disamping kita buat "blocking" maka kita melancarkan serangan ke arah penyawa musuh
Teknik ini amat berkesan untuk men"jatuh"kan jika pihak lawan adalah bersaiz besar & tegap/sasa.



(5) Teknik tangkap kaki musuh & hentak. Teknik ini memerlukan kita me"nangkap" bahagian kaki musuh & dengan menggunakan siku kita melancarkan serangan ke bahagian atas peha musuh!



(6) Teknik Blocking Gading Gajah. Teknik ini memerlukan kita menahan + menghentak kaki musuh!

Selamat beramal!

Wassalam..

No comments: