Saturday, September 8, 2012

[ Mengukur Jarak - Part 1 ] Teknik Anggota kaki !

Assalamualaikum w.b.t.... Syukur alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku untuk bersalam hari raya ! :) Suka berkongsi dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini mengukur jarak adalah " critical success factor " dalam street fighting ! Apa yang aku maksudkan di sini ialah jika pihak lawan kita dalam jarak pukulan anggota kaki kita maka seorang pengamal beladiri Lian akan menggunakan anggota kakinya untuk menyerang pihak lawan. Serangan pula disasarkan ke anggota kaki pihak lawan ( dengan cara kita memijak anggota kaki pihak lawan & sambil tolakkan ke anggota dada pihak lawan dilakukan dengan menggunakan kedua anggota tangan atau pun anggota siku kita ! ) Akibatnya pihak lawan tidak akan mampu untuk bertindak balas kerana sudah " check mate " dan mati kutu kerana anggota tubuh badannya nya sudah tidak seimbang ! Juga dengan menggunakan anggota kaki kita boleh melancarkan serangan dengan menghentam/nekan anggota sendi lutut pihak lawan ! Teknik hentaman/tekan menggunakan anggota tapak & tumit anggota kaki ini dilancarkan seperti photo di bawah ! ======== Photo 1: ======== ========= Photo 2: ========= =========== Photo 3: ============ Jika jarak kita dengan pihak lawan adalah sudah terlalu hampir & rapat makan teknik serangan berkembar menggunakan kombinasi anggota lutut & siku adalah teknik yang amat berkesan & terbaik ! Insyallah misi aku adalah untuk memahirkan diri dalam teknik menggunakan anggota kaki, lutut, siku & tangan ! Juga dalam GPLY ada teknik menggunakan anggota punggung, badan & anggota kepala ! Dalam street fighting, misi utama kita ialah untuk menyelamatkan nyawa kita dalam apa situasi & keadaan apa pun. Maka jika kita terpaksa memijak anggota kaki, menggigit, melontar pasir ke dalam mata pihak lawan, menjerit, memukul alat penyawa & etc, itu adalah di benarkan ! Ada rezeki, panjang umur, nanti aku berkongsi tentang teknik anggota siku lian yang baru diajar oleh sifu aku ! Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam... Basteng

Monday, September 3, 2012

Survival !

Assalamualaikum w.b.t.. Lihatlah bagamaina brutal & nekadnya si penjenayah pada zaman sekarang ! Rakaman video ini aku perolehi dalam YouTube. Apa yang aku mampu tafsirkan kebanyakkan orang ramai ini akan bersikap tidak ambil peduli & kisah asalkan tidak terkena atas batang hidung sendiri maka pergi lantaklah dengan masalah orang lain ! Aku suka berkongsi akan beberapa teknik yang orang awam boleh lakukan jika dalam keadaan terdesak & mengancam nyawa ! Dalam situasi apa pun, we must always protect ourselves ! Selamat menuntut ilmu & beramal. wassalam.. Basteng

Sunday, August 26, 2012

Body Guard !

Assalamualaikum w.b.t.. Aku sebenarnya minat giler dengan Kevin Costner iaitu hero dalam filem The Bodyguard ! Yang aku termampu aku buat sekarang ini sekarang ini hanyalah untuk menjadi body guard untuk diri sendiri & keluarga terdekat sahaja ! Sanggup ker kita nak menggadaikan nyawa kita demi untuk menjaga nyawa Tuan kita ! Jika tak sangggup maka seelokknya kita mencari sumber rezeki yang lain sahajalah! Tak usahlah nak cari kerja sebagai Body Guard ! Antara part yang paling aku suka ialah di mana Kevin Costner sanggup menerbangkan anggota tubuhnya untuk dijadikan sebagai perisai untuk melindungi peluru daripada mengenai Heroin iaitu lakonan Whitney Houston ! ( minit ke 6 dalam YouTube yang paling atas sekali ! ) Fuhhhh.....power beb !!! :) Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~ Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum w.b.t... Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Thursday, August 16, 2012

Berhati hati & berwaspada .. Kisah Bela diri Krav Maga !

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah ALLAH s.w.t masih memberi kelapangan & kesempatan atas nikmat HIDUP, IMAN & kesihatan untuk kita menjalani ibadat puasa diakhir bulan Ramdhan yang mulia ini. Insyallah pada hari Ahad ini kita akan menyambut 1 Syawal. Sayugia aku ingin meningati diri aku & semua betapa peri pentingnya kita mengmbil sikap selalu berhati hati, berperasangka & berwaspada semasa kita menjalani kehidupan di Malaysia sekarang ini. Umum sudah mengetahui, sebenarnya peluang tentang keselamatan kita adalah 50:50 sekiranya kita keluar sahaja daripada kediaman rumah kita ! Jika di dalam rumah kita sendiri pun, nisbah peluang dan bahaya adalah 70:30 iaitu 70% insyallah kita dalam keadaan selamat ! Pada pendapat peribadi diri aku, asas beladiri mesti dipelajari oleh setiap individu. Bermaksud setiap individu sepatutnya diajar & diberi maklumat apa tindakkan yang perlu diambil sekiranya si individu tersebut terpaksa berhadapan dengan si penyerang yang nekad mahu mencederakan diri si individu tersebut. Aku ambil contoh sekiranya seorang ibu dengan ditemani oleh anak nya yang kecil sedang berjalan ke arah kereta nya kerana sudah selesai urusan membeli belah. Tetiba daripada sudut yang tanpa diduga munculah seorang individu yang sasa dengan bersenjata ingin merompak atau the worst scenario untuk menculik si ibu & si anak tersebut maka apakah tindakkan secara spontaneous yang perlu dilakukan oleh si Ibu & si anak ? Maaf cakap pada saat yang kritikal tersebut sebenarnya tindakkan anggota tubuh & fikiran kita yang akan bertindak balas secara automatik ! Kita tiada masa untuk bersilat untuk membuka langkah & buah ! Jika si Ibu pernah mempelajari ilmu beladiri, maka insyallah tindakkan secara spontan, automatik & pantas si Ibu dengan membuat satu tendangan menggunakan anggota kakinya dilancarkan tepat ke penyawa si penyerang ! Lihatlah bagaimana cekal & sikap Bangsa Yahudi yang telah mencipta satu sistem beladiri yang sebenarnya adalah mudah & berkesan untuk semua peringkat tidak kiralah untuk golongan kanan kanak atau orang dewasa ! http://www.mardb.com/commando-krav-maga/ Maka lahirlah beladiri yang dinamakan Krav Maga yang sehinggalah sampai ke peringkat di mana teknik dalam Krav Maga di ambil & diadun untuk dipelajari oleh anggota special Forces ( the most elite commando units and SWAT forces in Israel and around the world ) daripada seluruh dunia ! Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir & Batin ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Friday, August 10, 2012

Ibu Rita : Pakar Bela Diri Senjata Kerambit!

Assalamualaikum w.b.t... Aku pernah diberitahu oleh sifu aku bagaimana semasa sifu aku menyertai Special Forces Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ), anggota kumpulan sifu aku telah berpeluang & dihantar untuk menjalani latihan dengan seorang pakar beladiri dari Indonesia yang bernama Ibu Rita ! Kepakaran Ibu Rita dalam beladiri terutama dalam teknik pergunaan senjata Kerambit telah diketahui umum sehinggalah di beritakan pernah anggota Special Forces USA juga telah belajar & menjalani latihan dengan Ibu Rita ! Di bawah ini aku lampirkan beberepa artikal berkenaan Ibu Rita. Silalah menonton YouTube di bawah untuk melihat antara teknik beladiri yang di ajar oleh Ibu Rita. Aku perhatikan banyak teknik Ibu Rita menyasarkan pukulan/kilasan di lakukan ke anggota sendi pihak lawan terlebih dahulu sebelum pukulan maut dilakukan ke anggota saraf seperti di anggota leher , ulu hati & penyawa pihak lawan !! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, August 5, 2012

Teknik Anggota Siku & Kaki

Assalamualaikum w.b.t.... Alhamdulillah aku suka berkongsi akan beberapa teknik yang terdapat dalam majalah Beladiri edisi untuk bulan August ini. Antara teknik yang sebenarnya amatlah berkesan untuk kita menumpaskan pihak lawan sekiranya kita menguasai & mahir dalam pergunaan teknik menggunakan anggota siku ! Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) mempunyai beberapa teknik anggota siku yang popular ialah teknik siku helang,siku sendeng , siku kapak & Angkat Siku ! Silalah mengadap guru sekiranya ingin mengetahui & mempelajari secara lebih terperinci akan semua teknik anggota siku yang di atas . Secara peribadi aku sangat mengemari akan teknik siku kapak & juga teknik angkat siku ! Teknik di atas boleh digunakan sekiranya kita dengan tidak semena mena tanpa disangka diserang daripada arah belakang ! Perlu difahami kawasan sasaran serangan kita ialah dengan cara kita menyerang dengan menekan anggota pelapik sendi lutut pihak lawan dengan menggunakan anggota tapak kaki kita ! Percayalah dengan teknik yang sebenarnya kelihatan mudah ini membolehkan kita menumpaskan apa jua pihak lawan tanpa mengira saiz anggota badan lawan kita tersebut ! Lihatlah YouTube di atas bagaimana Tony Jaa & Jason Bourne mengunakan ilmu beladiri masing masing dalam street fighting ! Jason Boune sedang beraksi ! Tony Jaa sedang beraksi ! Selamat menuntut ilmu & beramal ! Wassalam. Basteng