Salam....
Aku setiap hari akan meluangkan masa untuk dapat "feel" dengan membuat latihan dengan menggunakan Orang Kayu !
Selepas membuat latihan jurus Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) iaitu bermula dengan jurus 1 sehinggalah ke jurus 12.
Mula mula kena habiskan pusingan belah kiri. Kemudian akan dikuti pula latihan jurus untuk pusingan belah kanan pula.
Kenapa perlu buat latihan jurus untuk ke dua dua belah iaitu bahagian pusingan kiri atau pun kanan?
Jawapannya kerana untuk menyesuai & membiasakan diri kita untuk menghadapi sebarangan serangan daripada arah mana sekali pun !
Aku masih ingat lagi bagaimana selama hampir 2 tahun aku belajar teknik dalam bela diri silat Cimande ini tetapi malangnya segala teknik & jurus tersebut telah pun aku lupa !
Bagaimana boleh aku lupa ? Kemungkinan & as-sebabnya kerana aku hanya cuba menghafal segala pergerakkan teknik tersebut tanpa banyak memahami akan teknik gerakkan tersebut !
Tetapi alhamdulillah semenjak aku belajar beladiri GPLY ini, sifu aku menitik beratkan apa sebenarnya rahsia yang ada dalam setiap jurus yang telah di ajar tersebut !
Lagi untuk mengukuhkan lagi kefahaman tersebut maka latihan menggunakan Orang Kayu akan di buat tanpa jemu. Jadi aku akan membuat pukulan ( tangan & siku ) & tendangan ( kaki & lutut ) ke Orang kayu aku selama 15 minit !
Point di sini ialah FAHAM ! Bila faham, maka mudah sedikitlah untuk kita mengamalkannya dan kita akan menghargai segala ilmu yang kita sedang & telah & akan pelajari tersebut !
Sebenarnya dalam GPLY juga diajar, di bolehkan kita menggunakan air liur dengan meludah ke arah muka pihak lawan !
Juga dengan membaling pasir ke dalam anggota mata pihak lawan !
Juga dengan menggigit & 1001 cara yang nampak kelakar tetapi sebenarnya amatlah berkesan dalam survival diri kita di jalanan !
Juga dengan memukul/menyepak terus ke anggota penyawa pihak lawan !
Bagaimanapun, dalam ilmu bela diri, carilah guru untuk kita belajar. Sepertimana untuk kita mendalami ilmu bacaan Al-Quran, kita mestilah mencari & belajar secara berhadapan dengan guru tersebut.
Sekiranya kita belajar ilmu tajwid Al-Quran dengan menggunakan DVD tanpa berguru maka cara ini adalah kurang betul!
Sama juga dengan ilmu bela diri iaitu kita mestilah mempunyai guru !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Assalamualaikum w.b.t...
Sifu aku berkongsi sebenarnya teknik yang digunakan dalam street fighting adalah mudah & ringkas sahaja !
Antaranya ialah dengan posisi ke dudukkan seperti photo di bawah, kita akan merendahkan keddudukkan anggota tubuh kita sambil anggota tangan yang berada di bawah akan memainkan peranan utama iaitu membuat pukulan bidas rotan yang disasarkan terus ke anggota penyawa pihak lawan !
Perlulah selalu membuat latihan agar kita dapat menguasai teknik pukulan bidas rotan ini !
Sebenarnya kita tidak perlu untuk menghafalnya tetapi kita perlu memahami bagaimana teknik gerakkan tersebut boleh dibuat dan dilancarkan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku dan belajar tentang teknik mematahkan anggota sendi siku !
Teknik patah ini adalah kombinasi antara jurus 5 dan jurus 10 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur )
http://www.kuntaosilat.com/
Jurus 5 ini ialah teknik menggunakan ke dua dua anggota tangan kita iaitu seperti yang kedapatan di dalam beladiri Akido !
Manakala, jurus 10 ialah jurus mainan bawah iaitu anggota badan kita adalah separas dengan anggota lutut kita !
Silalah mengadap guru untuk belajar cara yang betul untuk melakukan teknik mematahkan anggota sendi siku ini !
Teknik patahkan anggota sendi siku ini amat amat berguna sekiranya kita berhadapan dengan pihak lawan yang masuk menyerang dengan menggunakan senjata seperti pisau/parang !
http://pukulancombat.blogspot.com/2010/12/5-beladiri-terbaik-dari-luar-siri-2.html
Selamat menuntut ilmu & beramal
Wassalam..
Basteng
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah Sifu aku sudi memberi tunjuk ajar & berkongsi iaitu bila kita berhadapan dengan pihak lawan yang masuk menyerang, maka kita mesti telah bersiap siaga dengan kemungkinan si pihak lawan tersebut akan melancarkan sekurang kurangnya 3 kali bentuk serangan !
3 X bentuk serangan itu boleh jadi dalam kombinasi tumbukkan anggota tangan yang dikuti pula dengan pukulan anggota lutut & siku !
Boleh juga 3 X bentuk serangan itu adalah dalam bentuk tendangan anggota kaki dan disusuli dengan tumbukkan anggota tangan & siku !
Oleh yang sedemikian, seorang pengamal lian adalah diajar untuk bersiap siaga bagi menghadapi sekurang kurangnya 3 pukulan yang di lancarkan oleh pihak lawan tersebut!
Jika pihak lawan hanya berkesempatan melancarkan 1 tumbukkan sahaja , maka kita boleh sahaja hanya perlu melancarkan 1 tumbukkan STOP yang padat, padu & tepat yang disasarkan ke anggota penyawa/ulu hati pihak lawan !
Konsep 3 pukulan serangan minima ini adalah untuk menjadikan seorang pengamal bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) untuk senantiasa bersedia akan potensi bahaya yang terburuk yang bakal akan ditempuhi !
Antara teknik GPLY yang mudah tetapi amat berkesan adalah dengan menggunakan anggota siku .
Teknik anggota siku yang aku maksudkan ialah teknik Siku Kapak !
Teknik siku kapak ini boleh dilakukan seperti cara kita hendak menyikat rambut . Manakala anggota tapak tangan kita akan selari dan menutup anggota lubang telinga !
Seterusnya anggota siku kita boleh dihalakan terus ke anggota ulu hati & muka pihak lawan !
Dikhuatiri jika teknik siku kapak ini dihalakan ke anggota ulu hati boleh mendatangkan kecederaan yang parah yang mengakibatkan maut !
Oleh itu, seelokanya teknik siku kapak ini hanya perlu digunakan sekiranya jika kita berada dalam keadaan & situasi yang teramat genting dan nyawa kita dalam bahaya !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah aku ingin berkongsi akan satu teknik pukulan menggunakan anggota kaki yang diajar oleh sifu aku.
Teknik pukulan anggota kaki ini adalah antara beberapa teknik pukulan anggota kaki Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).
Contohnya sekiranya lawan kita masuk menyerang dengan anggota kaki kanannya melangkah di hadapan maka kita yang mengadap face-to-face dengan pihak lawan tersebut akan bertindak pantas dengan bergayang anggota tubuh kita ke sisi kanan sambil anggota kaki kanan kita bergerak seinci ke kanan !
Jadi sekarang anggota kaki kanan kita tersebut yang akan menampung berat anggota badan kita . Sementara angggota kaki kiri kita adalah FREE & ringan ! Maka dengan pantas anggota kaki kiri kita yang ringan tersebut akan melancarkan serangan ke bahagian anggota lutut kanan pihak lawan pula !
Ini akan membuatkan pihak lawan tidak seimbang.
Maka dengan pantas pula pukulan susulan dengan menggunakan anggota kaki kanan kita pula akan dilancarkan ke bahagian anggota sendi lutut kiri pihak lawan !
Pihak lawan akan mengalami kecederaan yang maksimum seperti mengalami tergeliat/terkehel/patah sendi anggota lutut kanan dan kiri akibat serangan tersebut!
*Nota : Kenalah mengadap guru untuk mengetahui & belajar teknik pukulan anggota kaki yang sebetulnya !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Assalamulaikum w.b.t
Dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang menuntut ini , banyak sebenarnya teknik yang sifu aku ajar adalah teknik yang sebenarnya adalah amat mudah sekali tetapi disebabkan tiada ilmu & tidak berkesempatan untuk belajar teknik mempertahankan diri maka ramai orang yang tidak mengetahuinya !
Antara teknik GPLY yang aku kagum sekali ialah teknik memijak anggota kaki pihak lawan.
Teknik memijak anggota kaki ini boleh diamalkan untuk pihak lawan yang betrbagai saiz kerana objektif utama disini ialah agar kita membuatkan pihak lawan tidak stabil / seimbang dan seterusnya membuka ruang & peluang kepada kita untuk menewaskan pihak lawan tersebut !
Contohnya pihak lawan melangkah masuk menyerang dengan anggota kaki kanannya dihadapan maka kita dengan pantas bilamana anggota kaki kanan pihak lawan itu baru berpijak ke bumi, maka kita dengan pantas menggunakan anggota kaki kiri akan menghenjang/menghentak sambil memijak anggota kaki kanan pihak lawan tersebut !
Seterusnya anggota tubuh badan kita pula hendaklah bergayang iaitu bergerak secara melintuk ke belakang/kiri/kanan seperti gerakkan seekor ular tedung selar kerana keberangkalian untuk pihak lawan melancarkan tumbukkan anggota tangannya adalah amat besar !
Di sinilah keberanian/ketangkasan seorang pengamal GPLY diuji kerana sekiranya pihak lawan menumbuk dengan anggota tangan kanan/kiri maka kita hanya perlu bergayang untuk mengelak sahaja !
Bayangkan kita sudah kunci anggota kaki kanan pihak lawan, maka hanya anggota tangan pihak lawan yang masih hidup & boleh digunakan. Seandainya pihak lawan terus menumbuk kita dengan menggunakan anggota tangan kirinya maka kita terus mengelak & menguak anggota tangan kiri pihak lawan tersebut ke arah kiri kita maka pihak lawan akan terus CHECK MATE !
Sebenarnya ada beberapa teknik pijakkan GPLY lagi yang diajar oleh sifu aku yang mungkin aku akan berkongsi di kemudian hari.
Teknik pukulan menggunakan kedua dua anggota Ibu Tangan iaitu tapak anggota tangan kita adalah antara teknik yang berkesan & merbahaya !
Pukulan lurut Ibu Tangan tersebut jika disasarkan ke anggota muka/hidung pihak lawan akan mengakibatkan kecederaan yang parah kerana bahagian anggota hidung jika dianggkat daripada bawah ke atas akan menyebabkan anggota hidung tersebut koyak !
Juga jika kita secara tiba tiba tanpa disangka kita diserang maka semestinya tubuh badan kita secara automatik akan melindungi semua tempat sensitif di anggota badan kita & seterusnya kita melancarkan teknik Siku Kapak ke anggota dada/muka pihak lawan !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Assalamualaikum w.b.t...
Sifu aku sudi memberi tunjuk ajar agar aku dapat memantap & memahirkan kan lagi pergunaan teknik anggota kaki !
Kita semua sedia maklum akan perkataan anggota KAKI-TANGAN !
Kenapa perkataan anggota kaki yang didahulukan bukannya anggota tangan yang didahulukan !
Sebenarnya dalam beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang sedang aku pelajari ini, apa apa pun serangan menggunakan anggota kaki kita yang disasarkan ke anggota kaki pihak lawan adalah teknik asas yang mesti difahami & dikuasai oleh seorang pengamal lian !
Seorang pengamal Lian mesti melancarkan serangan ke arah anggota kaki pihak lawan terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan teknik memijak anggota kaki pihak lawan & kemudian menarik/menolak anggota tubuh pihak lawan.
Juga dengan menggunakan anggota lutut maka seorang pengamal Lian akan masuk rapat & sambil menguis & menguak akan disasarkan ke anggota sendi lutut/kaki pihak lawan ! Ini akan mengakibatkan kedudukkan pihak lawan TIDAK SEIMBANG & STABIL !
Kunci utama yang aku ingin kongsi di sini ialah kita menyebabkan pihak lawan TIDAK SEIMBANG maka dengan pantas kita akan menyerang pihak lawan dengan kombinasi anggota lutut, tangan & siku kita !
Panjang umur nanti jika berkesemapatan aku akan cuba berkongsi bagaimana teknik memijak anggota kaki pihak lawan boleh dilakukan agar menyebabkan pihak lawan tidak stabil & seimbang !
Teknik pijak anggota kaki pihak lawan ini nampak bodoh & kelakar sahaja ! Tetapi sebenarnya teramatlah berkesan & berguna untuk sesiapa yang berjaya menguasai & mengamalkannnya !
Sebenarnya dalam pertempuran jarak dekat, adalah satu kelebihan yang amat ketara sekiranya kita berjaya menguasai teknik anggota kaki Lian ini yang tujuan utama dalah untuk menjadikan kedudukan pihak lawan tidak strabil & seimbang !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
As Salam..
Kami membekal madu kelulut original daripada ladang yang terbaik di semenanjung Malaysia terus ke rumah anda.
Semoga anda semua mendapat manafaat daripada khasiat madu kelulut " Anugerah Tuhan Untuk Semua " ini..
Wassalam..
Azahar @ Basteng