Monday, September 6, 2010

Kisah 1 biji benih & Jurus Siku

Assalamualikum w.b.t..

Ibaratkan sebiji benih yang jatuh ke tanah. Kemudian disirami oleh air & cahaya yang mencukupi maka bercambahlah biji benih tersebut dengan mengeluarkan tunas.



Hari demi hari dengan mengikut pengedaran alam, maka sebiji benih tadi telah menjadi sepohon pokok yang rendang daun.

Kemudian, tibanya masa ia belajar berbuah dengan bermula mengeluarkan pucuk & bunga.

Hasilnya pokok tersebut mengeluarkan buah. Ada buah yang masak ranum di pokok yang akan menjadi santapan dan makanan manusia & serangga/binatang seperti ulat, tupai, kera & etc.



Ada buah yang baru berputik, sudah gugur kerana serangan ulat buah!
Ada buah yang segar itu akan di makan oleh sang Tupai yang kemudian akan membawa buah/biji buah tersebut ke tempat lain yang kemudian biji benih tadi akan melalui proses yang sama perti di atas.

Proses menuntut ilmu & amal di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) adalah mengikut kitaran seperti kisah di atas juga iaitu asalnya daripada sebiji benih!

Latihan menggunakan "Orang Kayu" adalah 75%! Justeru setiap langkah pukulan mesti difahami untuk apa, mengapa langkah tersebut dilakukan. Bila kita faham dengan apa yang kita laku kan, maka installah kita akan mudah menguasai segala apa yang kita cuba capai.



Alhamdulillah, pagi tadi aku berkesempatan bersalam raya dengan cifu aku!

Sempat juga mendalami beberapa jurus seperti jurus Siku.



Jurus Siku ini memerlukan kita melakukan :



1. Angkat siku musuh & masuk & serang ( dengan menggunakan siku!)
2. Pukul siku musuh
3. Tekan tangan musuh & masuk & serang
4. Masuk secara masuk Ketam/sendeng. Jarak seinci antara penumbuk kita dengan ulu hati kita!



Sebenarnya Jurus Siku ini adalah antara jurus paling merbahaya di dalam GPLY. Maksudnya tidak kiralah saiz & betapa hebatnya ilmu lawan kita jika bertemu & kena serangan Jurus Siku kita, kebiasaanta 1 saat sahaja akan pengsan @ jika tak kena gaya, boleh melayang nyawa!

Selamat menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin..

Selamat Menuntut ilmu & beramal...

Wassalam,

Basteng

[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]

No comments: