Thursday, September 2, 2010

Permainan teknik Gerak Tapak

Assalamualikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan mempelajari & mendalami beberapa teknik baru didalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY) antaranya :

1. Dayung Perahu ( Teknik 1) . Teknik berundur 2 tapak kaki ke belakang. Teknik gerak ini mengkehendaki bilamana musuh masuk menyerang sama ada dari sisi kanan atau pun kiri, maka kita akan menyambutnya dengan membuat gerakan berundur iaitu dengan melangkah 2 langkah tapak ke belakang sambil seterusnya masuk untuk "makan" dengan menyerang bahagian rusuk pihak lawan!

2. Dayung Perahu ( teknik 2). Teknik berundur 1 tapak kaki kebelakang.
Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang, maka kita akan menyambutnya dengan membuat gerakkan berundur 1 tapak kebelakang. Seterusnya dengan kaki hadapan kita akan terus masuk menyerang ke bahagian lutut/peha pihak lawan untuk menjadikan pihak lawan tidak stabil sambil serangan siku/tumbukkan akan dilancarkan di bahagian rusuk pihak lawan.



3. Gelek Sampan. Teknik ini diperolehi bila seorang berada didalam sampan yang bergerak! Maka, tapak kaki kita adalah tetap & tidak bergerak/berganjak. Yang bergerak hanyalah gerakkan badan kita yang melintuk liok bilamana cuba mengelakkan serangan yang dilancarkan oleh pihak lawan.

Kita akan menggunakan bahagian otot otot di bahagian siku kita bilamana mahu membuat blocking @ serangan!




4. Tunjuk Langit. Teknik ini adalah amat berkesan untuk mengalah pihak lawan yang bersenjata sama ada pisau/parang!

Teknik Tunjuk Langit ini memerlukan kita berani masuk iaitu jika musuh masuk menyerang dengan menggunakan senjata di tangan kanan, maka kita cuba "MASUK" dengan menggunakan tangan kanan kita semacam bersilang dengan tangan kanan pihak lawan kita. Akibatnya, pihak lawan akan dalam kedudukan membuka ruang bahagian tubuhnya untuk diserang oleh kita!

5. Tampar Beruang. Teknik ini seperti gerakkan Tai Chi!

6. Tampar Lalat. Teknik ini berkesan jika pihak lawan menyerang dengan menggunakan anggota tangan mereka iaitu menyerang di bahagian bawah dada kita.



7. Lilit Rotan. Teknik ini memerlukan bahagian anggota lutut kita mencari bahagian anggota lutut pihak lawan untuk membuat pihak alwan tidak stabil@utk patahkan bahagian bawah lutut pihak alwan. Manakala kita membuat serangan di bahagian atas anggota ( bahagian atas siku) pihak lawan dengan cara memusingkannya berlawanan arah daripada serangan lutut!




8. Guna ibu jari untuk "menusuk" @ "menikam" ke bahagian kerongkong @ leher pihak lawan!

8. Bilamana kita dalam keadaan situasi dicekik, maka kita mestilah cuba melepaskan diri dengan cuba mencari bahagian jari pihak lawan ( semua jari is okay) & cuba mematahkan jari tersebut sambil kita membuat gerakkan untuk memusingkan bahagian siku pihak lawan!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: