Monday, September 27, 2010

Tulang 4 kerat

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH s.w.t, memberi kesempatan kepada aku untuk terus mendalami ilmu di dalam "Gerak Pukul Lian Yunan" ( GPLY ).

Niat utama aku adalah untuk kesihatan disamping di dalam menjalani dunia zaman sekarang yang penuh dengan orang "gila", maka eloklah kita mempersiapkan apa yang perlu kerana ada pepatah Melayu berbunyi " Malang Tak Berbau. Jadi sedia kan payung sebelum hujan. Jangan pula sudah hujan, maka baru kelam kabut baru nak mencari payung! Sudah terlambat!



Saban hari bila kita membaca surat khabar seperti suratkhabar tabloid seperti Harian Metro, sudah semestinya kita akan terbaca kisah ragut, samun, kelar, bunuh & etc.

Sayugia, suka aku memperingatkan diri aku & semua sahabat, memang ALLAH s.w.t sudah tentukan semua makhluk yang bernyawa pasti akan menemui kematian, tetapi ALLAH s.w.t memberi pilihan kepada kita dengan cara kita berDOA, berusaha menjaga diri kita daripada menjadi mangsa rakus makhluk SYAITAN yang bertopengkan manusia!



Ditakdirkan kita sedang membawa kereta bersama keluarga & tetiba ada 5 motorsikal mat rempit mengepong kita, maka pada masa itu apa pilihan yang kita ada demi menjaga nyawa kita & nyawa isteri & anak anak kita.



Masa itu mana ada pistol untuk dicapai kerana kita bukannya polis!

Masa itu jika kita tak lawan kita akan MATI. Jika kita alawan pun maka peluang kita untuk hidup masih ada lagi. Maka jika ada ilmu pertahanan diri yang menggunakan tulang 4 kerat ini, insyallah kebiasaanya dengan izin ALLAH s.w.t, walau pihak lawan ramai, insyallah kita masih berpeluang untuk "bunuh" 1 org lawan kita!

Sifat manusia, bilamana anggota geng lain melihat rakan mereka sudah tumbang mengerang kesakitan, biasanya walau mereka ramai maka mereka akan kecut & cabut!



Oleh itu, aku nak bagi jawapan kepada orang yang berkata : " Zaman sekarang nii tak perlu lagi belajar silat/kung-fu atau seni pertahanan diri coz just guna pistol ajaa..."...

Pendapat anda adalah 100% tak tepat kerana orang yang ada pistol pun bilamana peluru habis maka tulang anggota 4 kerat ini juga akan di gunakan untuk mempertahankan diri! Orang yang berkata macam ini adalah orang yang mecari ALASAN untuk menhalalkan tindakkan yang tak mahu belajar ilmu pertahanan diri!

Lihat ayam! Mana ada ayam yang berguru belajar self defence..
Dengan menggunakan paruh, taji/kaku nya maka ayam akan berjuang bermati matian jika diserang!!

Semenjak minggu lepas alhamdulillah aku berpeluang mendalami beberapa teknik/jurus/petua baru di dalam GPLY. Antaranya :

1. Bayangkan lawan kita bersenjata. Pada masa latihan dengan menggunakan Orang Kayu/rakan seperlatih, kita mesti mengandaikan lawan kita itu sekurang kurangnya dia mempunyai senjata seperti pisau! Oleh itu segala pukulan yang kita lancarkan mestilah tepat ke anggota sendi pihak lawan kita agar senjata tersebut tidak mengenai kita!



2. Serangan menggunakan lutut yang membuatkan pihak lawan "tak nampak" adalah salah satu teknik yang amat berkesan di dalam GPLY. Jika pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka dengan menggunakan anggota lutut kita yang kanan ( dari arah luar ke arah dalam ) untuk melancarkan serangan hentakkan ke bahagian peha kanan pihak lawan. Ini akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil. Sambil itu serangan bertalu talu hendaklah dilancarkan sehinggan pihak lawan kita tidak bermaya untuk bertarung.

Latihan anggota lutut cara ini akan menjadikan anggota pinggang kita kuat!



3. Untuk makluman, permainan LIAN banyak menipu! Maksudnya seorang pengamal LIAN akan menyerang bahagian rusuk (kanan @ kiri) @ ulu hati barulah serangan ke bahagian muka akan dilancarkan !



4. Dalam LIAN, STOP Kan kaki pihak lawan adalah salah satu RAHSIA besar! Dengan menggunakan anggota lutut, seorang pengamal LIAN akan menyerang iaitu dengan meNEKAN dibahagian bawah lutut pihak lawan. Akibatnya bahagian lutut pihak lawan akan patah!



5. Dalam LIAN juga ada gerakkan seperti Aikido iaitu dengan cara kita menarik, memulas, mematahkan anggoata tangan/lengan/tapak tangan pihak lawan!




6. Cuba perhatikan bagaimana seekor kucing walau di baling/lambung ke atas, maka kucing tersebut akan mendarat dengan ke empat empat anggota kakinya ke tanah! Prinsip ini juga di amalkan oleh penuntut LIAN iaitu kita faham akan tapak & gerakkan tubuh kita. Haham dengan cara melihat bagaimana gerak pihak lawan kita. Insyallah kita akan selamat!



7. Permainan jurus 10 & 11 adalah permainan rendah/bawah di dalam LIAN. Kita akan menyerang di bahaian anggota lutut pihak lawan. Sambil tangan kita menghentak anggota lutut pihak lawan kita, maka anggota tangan kita tersebut akan mencari anggota penyawa pihak alwan kita!

8. Cara TEPIS/BLOCKING di dalam LIAN boleh menggunakan anggota siku iaitu seperti gerakkan tapak Hulubalang!



*Nota : Sekarang ini aku dalam proses untuk mendalami Jurus 1!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]

No comments: