Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah berkesempatan mendalami pukulan Jurus 1.
Di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), Jurus 1 sehingga Jurus 5 adalah jurus tempur.
Sebenarnya, jika seorang pelajar berjaya memahami Jurus 1, sebenarnya dia sudah bersedia untuk bertempur untuk pergi berperang!
Jika pergi ke YouTube, cuba masukkan untuk cari "Tai Chi Combat " & kemudia cari Lesson 8 untuk pelajaran yang diajar oleh Master Wong. Gerakkan buah 1 terhasil bilamana kaki kanan masuk maka disusuli dengan tumbukan tangan kanan.
Jika kita memulakan latihan tumbukkan, maka kita akan duduk berdiri di atas kedua kaki kita iaitu dengan cara menurunkan ke dua dua lutut kita sementara tubuh kita adalah selari. Maka tumbukan tangan kanan dilancarkan ke atas ( bahagian muka/leher), diikuti tangan kiri kita menumbuk di bahagian dada/ulu hati. Disusuli dengan tangan kanan kita akan menumbuk di bahagian bawah iaitu di bahagian penyawa.
Seterusnya, tangan kiri kita akan menumbuk diu bahagian tengah iaitu di bahagian anggota ulu hati/dada, diikuti tangan kanan kita akan menumbuk di bahagian atas ( di bahagian muka/leher/telinga ). Seterusnya diikuti tangan kiri kita menumbuk di bahagian bawah iaitu di bahagian penyawa.
Latihan tumbukkan ini hendaklah dijadikan latihan rutin!
Jika berhadapan dengan orang yang berbadan sasa seperti Body Builder maka serangan ke tempat yang "lembut" hendaklah dilancarkan. Tempat yang lembut di bahagian anggota manusia antaranya ialah :
(a) Telinga
(b) Rusuk kanan/kiri
(c) di bawah tetek iaitu berdekatan dengan rusuk
(d) Bawah hujung anggota hidung
(e) Mata
(f) Di bahagian anggota sendi seperti di bahagian kaki/lutut/bahu/tangan
Antara teknik terkini yag sempat aku belajar ini dinamakan Belah Ombak.
Teknik ini memerlukan kita merapatkan kedua dua tapak tangan kita seperti kepala ular. Then bilamana pihak lawan membabi masuk buat pukulan/tumbukkan maka kita dengan nekad mesti berani untuk masuk bagi menghentikan serangan pihak lawan dengan teknik Belah Ombak.
Teknik Belah Ombak ini akan mengakibatkan pihak lawan kita tersungkur kerana terkena serangan tapak tangan "ular" kita di bahagian leher/mata/ulu hati. Juga kita boleh makan dengan menggunakan kedua dua anggota siku kita!
Aku sempat juga mendalami teknik main jatuh di dalam GPLY.
Teknik main jatuh ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk dengan menggunakan kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kaki & tangan kiri kita akan mencari kaki & leher pihak lawan. Akibatnya, pihak lawan kita pastinya akan jatuh tertiarap macam kerang busuk!
Teknik menendang secara lurus ( jab ) adalah salah satu teknik yang amat berkesan di dalam GPLY. Tendangan jab ini di lancarkan dengan menggunakan anggota di bawah jari kaki iaitu perut kaki di bahagian depan!
Selamat menuntut ilmu & beramal!
Wassalam...
Basteng
[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hi Basteng,
What do we do when someone with a big knife running towards us? Which 'jurus' to use?
Hi Rofi,
if your opponent attacking you by using the big knife, first thing to do U must calculate your opponent movement.You must ENTER in order to make your opponent inbalance & quicckly like the speed of lighting you launch the strike at the right time by using the combination of Tunjuk Langit technique + break ur opponent knee!TQ!
Post a Comment