Assalamualaikum w.b.t..
1. Alhamdulillah, suka berkongsi satu gerakan teknik yang di namakan sebagai Kelik Perahu.
Teknik ini diambil bilamana kita berada di dalam sebuah perahu yang di lambung ombak. Tapak kaki kita adalah tetap tetapi liok tubuh kita adalah bergerak seperti gerakkan seekor ular iaitu sambil mengikut alunan ombak!
Memahirkan teknik Kelik Perahu ini akan membuatkan kita dapat emngelak serangan daripada pihak lawan yang mungkin melancarkan serangan dengan menggunakan senjata seperti pisau, kerambit, buluh runcing, parang & etc...
2. Latihan melancarkan pukulan hendaklah selalu di amalkan iaitu dengan cara kita buat pukulan tepat ke bahagian :
(a) Muka
(b) Leher
(c) Dada / Ulu Hati
(d) Rusuk
(e) Penyawa
3. Aku juga masih di dalam proses untuk memahirkan jurus 10 & 11. Jurus 10 & 11 adalah permainan cara bawah di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY )
4. Ada satu teknik baru yang dinamakan Salam Pendekar. Jurus ini memerlukan kita mengguna dan menggerakkan ke dua dua belah belah lengan tangan kita iaitu seperti di dalam cara kita menadah doa!
5. Aku kena memahirkan lagi teknik Tangkap Ular & Tangkap Ikan Keli. Teknik ini berkesan bilamana lawan kita adalah bersaiz besar & berotot dan kita pula mahu melancarkan serangan secara tarik, masuk, angkat, patahkan!
Tangkap Ular memerlukan tangan kanan/kiri memegang di bahagian pangkal bahu ( Tangkap Ular ) pihak lawan manakala tangan kita yang satu lagi ( Tangkap Ikan Keli)akan memegang di bahagian sendi pergelangan tangan lawan kita.
6. Aku masih belum hafal lagi untuk memanggil nama nama anggota sendi badan kita seperti BAKOMA,DALAMA [ memanggil bahagian dalam badan/dada ], bahagian Kaki, Lutut, Tangan, Bahu, Siku & kepala kita!
7. Jika pihak lawan masuk menyerang dengan tumbukkan kombinasi tumbukkan/tikaman yang laju, maka kita mesti menggunakan kombinasi teknik Dayung Sampan ( gerakkan tapak 1 @ 2 kebelakang) + Kelik Perahu ( Tubuh melintok liok bergerak seperti Ular @ Price Naseem! ) + Tunjuk Langit ( Kedua dua tangan kita mendap kelangit! ) + Serangan patahkan sendi lutut pihak lawan !
Untuk pengetahuan, memahirkan diri didalam Teknik Tunjuk Langit adalah satu cara yang amat berkesan untuk mematahkan serangan sepantas kilat daripada pihak lawan kerana kita akan "Check Mate" gerakkan pihak lawan pada masa tersebut juga!
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment