Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah berkesempatan mendalami jurus 6, 7, 8 & 9.
Buat makluman, jurus 6 sehingga jurus 9 adalah gerakkan menggunakan anggota kaki.
Bagaimana kaedah yang betul untuk kita melancarkan serangan dengan menggunakan anggota kaki kita.
Untuk pukulan menggunakan anggota kaki boleh dibahagikan kepada :
(a) Pukulan menggunakan perut kaki di bahagian depan iaitu selepas jari kaki.
(b) Pukulan menggunakan tumit kaki.
Untuk blocking dan tujuan untuk mematahkan anggota sendi kaki pihak lawan, maka kita hendaklah menggunakan anggota perut tapak kaki kita yang berlengkuk !
Insyallah bilamana kita berjaya dapat memahirkan diri didalam permainan kaki iaitu di dalam jurus 6 sehingga 9, maka insyallah di dalam pertempuran kita boleh menumbangkan pihak lawan yang hebat!
Juga mendalami teknik jatuh yang aku namakan sebagai JENTAT kaki. Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan berselisih iaitu kita masuk dengan menggunakan kaki kanan yang dimana kaki kanan kita akan berada di bagahian belakang kaki kanan pihak lawan.
Sementara dengan menggunakan kekuatan anggota betis kita menJENTAT kuat sementara kekuatan anggota siku kanan ke bahu kanan kita digunakan untuk menyekat kemaraan pihak lawan.
Pada masa yang sama anggota tangan kita yang kiri akan menarik kolar baju@rambut@masukkan ke dua jari tangan kita ke dalam hidung pihak lawan & menghempasnya kebelakang!
Maka serangan susulan iaitu dengan menggunakan siku & tendangan menggunakan kaki bolehlah dilancarkan sehingga pihak lawan tidak berdaya.
*Nota : Untuk pihak lawan yang masuk gilal babi dengan menghayun kedua dua tangannya untuk menyarang kita, maka kaedah yang sesuai ialah Belah Ombak & juga bermain jurus 10 & 11 iaitu bermain rendah dengan melancarkan serangan ke bahagian sendi lutut musuh. Juga dengan menyerang pihak lawan dengan menggunakan jurus kaki iaitu Jurus 6 sehingga 9!
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment