Friday, March 4, 2011

Pelepas serangan anggota Lutut & serangan Tendangan Front Kick ( jab )

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah berpeluang mempelajari teknik pelepas untuk serangan anggota lutut.

Jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan dengan melancarkan serangan anggota lutut kanannya, maka kita akan menyambutnya dengan pelepas seperti teknik di bawah :

1) Seperti gerakkan jurus 5, pukulan ke anggota lutut kanan pihak lawan di lakukan dengan menggunakan anggota lengan tangan kiri kita iaitu gerakkan seperti menahan dari atas ke bawah! Sambil dengan menggunakan anggota tangan kanan kita akan terus menyauk peha anggota kanan pihak lawan sambil tumbukkan tangan kiri kita dilancarkan terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan!



Saukkan yang kita lakukan terhadap anggota peha kanan pihak lawan tersebut adalah bertujuan untuk menyebabkan lawan kita tidak stabil!

2) Teknik ke dua ialah bilamana lawan kita masuk menyerang dengan melancarkan serangan anggota lutut kanan, maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota siku kiri kita iaitu seperti teknik pukulan silat siku!

3) Boleh juga dengan kita menggunakan anggota lutut kita sebagai pelepas! Caranya sama ada dengan menggunakan anggota lutut kanan atau kiri kita maka dengan mengangkat anggota lutut kita separas anggota pusat, kita akan menghentak ke bahagian anggota peha pihak lawan!



Teknik penggunaan anggota Siku adalah seperti teknik orang bertinju! Iaitu kedua dua kepak kita cuba dirapatkan semaksimun mungkin sambil serangan anggota siku kita dilancarkan ke pihak lawan!



Sebenarnya aku berpendapat untuk perempuan/wanita, latihan asas untuk menggunakan anggota siku & lutut ( juga sepakkan jab kedepan iaitu tendangan terus ke anggota penyawa ) adalah sangat perlu & berguna kerana kebiasaannya kudrat @ tenaga orang perempuan adalah kurang jika dibangdingkan dengan kudrat tenaga orang lelaki!

Di bawah ini, aku suka berkongsi maklumat berkenaan pelepas jika pihak lawan melancarkan serangan anggota kaki secara straight jab ( tendangan terus ke depan ).

1) Sauk & angkat ( gerakkan anggota badan masuk ).

=> Jika pihak lawan melancarkan tendangan jab dengan menggunakan kaki kanan, maka seperti masuk jurus 1, maka kita akan masuk melangkah 1 langkah kakki kiri ke depan sambil anngota lengan kanan kita akan menyauk & mengangkat anggota peha kanan pihak lawan sambil serangan anggota siku kiri kita dilancarkan ke anggota rusuk kanan lawan kita!

2) Sauk & patahkan ( gerakkan anggota badan gayang )

=> Jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan jab anggota kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan hentakkan dengan menggunakan anggota siku kanan kita sambil dengan gerakkan tapak kaki yang betul ( teknik gayang luar ! ), maka kita akan menyauk anggota betis kanan lawan kita dengan menggunakan anggota tangan kanan kita sambil serangan anggota siku kiri kita dilancarkan ke anggota sendi lutut kanan lawan kita! Akibatnya, lawan kita akan lumpuh akibat anggota lututnya sudah patah!



3) Sauk & tarik ( gerakkan bertapak )

=> Jika pihak lawan melancarkan serangan sepakkan jab anggota kaki kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan hentakkan dengan menggunakan anggota siku kanan kita sambil dengan gerakkan tapak kaki yang betul ( teknik kita gerakkan 1 langkah kaki kanan kita ke belakang! ) maka kita akan menyauk & sambil menarik ke atas anggota betis kanan lawan. Tujuannya adalah untuk mengakibatkan lawan kita tidak stabil & untuk mematahkan sendi anggota lutut/kaki pihak lawan !

Latihan asas tumbukkan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang boleh di praktik kan dengan menggunakan Wodden Dummy@ Orang Kayu ada beberapa pecahan seperti di bawah :

( A ) Teknik Pukulan 3

=> Tumbukkan ke anggota :
1. Muka
2. Ulu Hati/dada
3. Penyawa



( B ) Teknik Pukulan 5
=> Tumbukkan ke anggota :
1. Muka
2. Ulu Hati/Dada
3. Penyawa
4. Rusuk kanan
5. Rusuk kiri



( C ) Teknik pukulan 7

=> Tumbukkan ke anggota :

1. Muka
2. Ulu Hati/Dada
3. Penyawa
4. Rusuk kanan
5. Rusuk kiri
6. Pukulan siku ke anggota dada
7. Hentakkan Bidas Rotan ke anggota belakang kepala iaitu di bahagian kawasan leher/tengkok belakang! Tapi AWAS kerana ini kawasan dead area kerana jika pukulan dilancarkan terlampau kuat kemungkinan boleh mengakibatkan pihak lawan terus padam atau pengsan !



( C ) Teknik pukulan 11

=> Belum belajar lagi ! :)

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam...

Basteng
Skype : Basteng04

Tuesday, March 1, 2011

Krav Maga

Assalamualaikum w.b.t...

Krav Maga adalah seni pertahanan diri yang dipelajari oleh askar Israel.



Aku melihat tekniknya banyak persamaan dengan apa yang aku telah pelajari selama 3 tahun lebih di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).



Berkongsi sebenarnya kita mencari ruang untuk membuat pihak lawan tidak stabil. Teknik GPLY juga suka umpan untuk makan besar!



Umpan disini bermaksud kita sengaja menyuruh pihak lawan untuk memegang tangan kita kerana kita mahu makan besar yang akan meng check-mate kan pihak lawan terus!

Di bawah ini adalah beberapa pautan YouTube berkenaan Karan Maga!

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=tGAE99qawps

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=LumtCMyOEYg

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Ixhjy5yRY1o

Sudah semestinya Bangsa Yahudi @ Israel ini akan memilih pertahanan diri yang terbaik sahaja untuk dipelajari oleh askar komando elit mereka !



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Wednesday, February 23, 2011

Teknik Cindai : berdepan dengan lawan bersenjata kerambit / pisau

Assalamualaikum w.b.t...

Jika pihak lawan yang bersenjata menggunakan Kerambit atau pisau, teknik CINDAI iaitu kita boleh menggunakan :

1. Kain Tuala Good Morning
2. Kain pelikat
3. Baju
4. Tali pinggang
5. Kain semutar yang selalu dipakai oleh orang tua tua dikampung semasa pergi ke kebun/sawah/laut
6. Kain Selendang
7. Kain tuala sapu tangan kecil @ hankerchief
8. Kain Serban
9. Kain Sarung
10. Etc



Pagi tadi hanya berbekalkan kain tual sapu tangan yang kecil, Cifu aku sudi memberi tunjuk ajar teknik yang betul dalam teknik Cindai ini.



Bahagian satu hujung sapu tangan hendaklah dililitkan kemas iaitu cara lilitannya ialah lilitan dibuat kepada 2 jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan !

Hujung sapu tangan ( tangan kiri ) yang satu lagi hendaklah Free @ bebas @ tidak di ikat apa apa. Sekadar memegangnya sahaja.

Jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan iaitu andaikan dia menggunakan kerambit @ pisau,maka cara yang sebaiknya ialah dengan menggunakan teknik CINDAI ini, maka serangan tersebut disambut dengan kita target untuk melumpuhkan tangan yang memegang senjata tersebut dengan cara kita membelit/jerutnya & kemudian membuat jatuhan!



Cara gerakkan tapak kaki juga antara faktor yang penting di dalam teknik Cindai kerana tanpa gerakkan tapak kaki yang betul maka pihak lawan masih belum boleh ditumpas/lumpuhkan sepenuhnya!

Latihan Cindai dengan menggunakan Orang Kayu juga boleh diamalkan sehingga kita betul betul mahir di dalam perlaksanaan teknik ini!



Sebenarnya teknik Cindai ini sungguh merbahaya kerana jika lilitan/jerutan dibuat ke bahagian anggota leher maka pihak lawan semestinya akan padam!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, February 20, 2011

Gerak Pukul Lian Yunan ( Campur ) - Kombinasi LIAN + Silat Gayung + Silat Bugis !!!

Assalamualaikum w.b.t..

Suka berkongsi tentang teknik & gaya Gerak Pukul Lian Yunan ( Campur ) adalah kombinasi daripada teknik LIAN yang ganas iaitu teknik permainan LIAN yang berasaskan buah pukulan/tendangan/siku/lutut dengan teknik Silat Gayung & Silat Bugis.



Antara teknik LIAN + Silat Bugis yang aku gemar ialah teknik dimana kita menghentak sendi anggota lutut pihak lawan sambil seterusnya disusuli dengan pukulan anggota lutut kita dilancarkan ke anggota rusuk/perut/penyawa pihak lawan!



Teknik ini memerlukan bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kita merendahkan anggota tubuh kita untuk mengelak sambil dengan menggunakan Ibu Tangan kiri kita terus menghentak anggota sendi lutut kanan pihak lawan! Kemudian dengan menggunakan anggota lutut kanan kita dengan pantas terus melancarkan serangan anggota lutut ke bahagian anggota rusuk pihak lawan!



Teknik mainan sederhana bawah ini juga akan memberi kelebihan kepada kita kerana kita selain boleh menghentak anggota sendi lutut pihak lawan dengan menggunakan Ibu Tangan ( iaitu tapak tangan yang di bahagian bawah ), kita juga boleh menarik hujung seluar kaki pihak lawan!

Gaya permainan Silat Bugis adalah cara bermain teknik bawah iaitu dengan menyerang anggota sendi lutut, kaki & penyawa pihak lawan.

Juga dengan teknik angkat ke atas, buang luar, tekan bawah anggota sendi adalah cara permainan Silat Bugis.



Sementara dalam silat Gayung pula corak permainannya yang mengandungi permainan patah anggota sendi & kunci, kilas & jatuh. ( seperti gerakkan seekor anak harimau yang baru lahir! )



Pagi tadi, alhamdulillah berkesempatan juga Cifu aku memberi tunjuk ajar berkenaan " pelepas ". Yang dimaksudkan dengan pelepas disini ialah jika pihak lawan dalam proses untuk mengunci anggota badan kita, maka dengan pergerakkan anggota tapak kaki serta anggota badan kita yang lain yang betul maka membolehkan kita untuk melepaskan diri dari serangan atau ancaman pihak lawan!



Selamat menuntut ilmu & beramal....

Wassalam..

Basteng..

Thursday, February 17, 2011

Pukul Sendi

Assalamualaikum w.b.t...

Teknik cucukkan dengan menggunakan kombinasi jari telunjuk dan jari hantu ( tengah ) yang dirapat dan diluruskan ke bahagian pernafasan ke kawasan anggota leher pihak lawan adalah amat berbahaya sekali !



Biasanya teknik cucukkan ini amatlah berbahaya kerana boleh mengakibatkan kecederaan yang parah kerana pihak lawan akan mengalami kesukaran bernafas!



Jika rasa kurang selesa dengan teknik cucuk jari, maka kita sebenarnya boleh juga melancarkan teknik pukulan Kuku Kambing atau pun dengan menggunakan ibu jari tangan!



Aku suka teknik pukulan sendi iaitu tendangan @ pukulan di lancarkan tepat terus ke anggota sendi pihak lawan !



Anggota sendi yang aku maksudkan di sini antaranya ialah anggota :

1. Sendi kaki
2. Sendi pergelangan tapak tangan
3. Sendi anggota siku
4. Sendi anggota lutut.



Dengan menggunakan anggota lutut, kita terus masuk dengan melancarkan serangan anggota lutut kita terus ke anggota peha/sendi lutut pihak lawan iaitu akan mengakibatkan pihak lawan tidak stabil !



Pukulan / tumbukkan Lian adalah secara terus sahaja.

Contohnya disini ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan melancarkan serangan/tumbukkan anggota tangan kiri terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan!

Maklumat yang aku perolehi iaitu sebenarnya ramai orang islam yang mendiami daerah YUNNAN di negara China. Benar atau tidak maklumat tersebut, aku masih belum dapat sahkan lagi.

Cerita dari mulut ke mulut yang telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi, Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) adalah asalnya berasal dari wilayah Yunnan!



Di kisahkan, seorang pendakwah dari Yunnnan yang bernama Abdul Rahman Al-Yunani telah mengembara mengembangkan dakwah agama Islam sehingga sampai ke daearah Mersing, Johor.

Pada suatu hari entah bagaimana, ada konflik berlaku yang menyebabkan Abdul Rahman telah diserang oleh 10 orang pembaca beca yang berbangsa China. Semua pembawa beca ini ganas orangnya kerana mereka kebanyakkannya mempelajari seni pertahanan diri Kuntau China.



Walaupun diserang begitu hebat dari segenap penjuru oleh 10 orang China tersebut, Abdul Rahman berjaya menumpaskan kesemua lawannya tersebut.

Bermula dari episod tersebut, cerita kehebatan Abdul Rahman telah sampai ke pihak istana Johor. Maka sultan Johor pada masa tersebut iaitu Sultan Abu Bakar telah menitahkan 2 pegawainya untuk merisik siapakah gerangan Abdul Rahman ini.

Dikisahkan juga 2 pegawai Istana Johor ini mempunyai ilmu yang hebat dalam seni pertahanan pertahanan diri masing masing .

2 pegawai ini telah menemui Abdul Rahman dan telah menyampaikan hasrat untuk menguji kehebatan Abdul Rahman. Diringkas cerita, kedua pendekar dari Istana Johor ini telah juga berjaya di tewaskan oleh Abdul Rahman !



Bermula dari saat tersebut, maka kedua pendekar dari Istana Johor ini telah belajar & menuntut dengan Abdul Rahman yang telah membawa teknik LIAN iaitu permainan buah pukul yang ganas & keras ! Campuran ilmu yang pendekar ini telah ada sebelum ini iaitu antara silat + LIAN ini menghasilkan berbagai cabang ilmu pertahanan diri yang berkembang di Tanah Melayu sehingga masa kini.



Seperti di kongsi, sebenarnya ilmu pertahanan diri yang aku pelajari ini tidak mempunyai gelanggang! Diatas perahu/sampan pun boleh dipelajari!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, February 13, 2011

Street Fighting

Assalamualaikum w.b.t

Suka berkongsi akan beberapa gerakkan yang kebanyakkan aku telah pelajari didalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) .

Antara buah pukulannya adalah seperti didalam YouTube dibawah :

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=fbvLui0d3Oo

















Sila lihat beberapa teknik pergerakkan latihan Orang Kayu yang ditunjukkan oleh Master Wong! Konsep pergerakkan pukulannya adalah lebih kurang sama dengan GPLY!

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=7QxTXbhXbFA

http://www.youtube.com/watch?v=gI72Stct4J4&feature=player_detailpage

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=ykD5Z8heVUs

Jurus 6,7, 8 & 9 adalah teknik kaki di dalam GPLY. Kombinasi lutut & tendangan kaki adalah sangat berkesan didalam street fighting!

Aku sungguh kagum dengan aksi Tony Jaa iaitu seorang pelakon Thai yang membintangi filem Ong Bak! Teknik permainan patahnya juga adalah seperti yang aku telah pelajari dengan Cifu aku di dalam GPLY !

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=gsJ5s6CKmog

http://www.youtube.com/watch?v=8N9_-H4I9rA&feature=player_detailpage


Insyallah dengan tahu serba sedikit tentang ilmu pertahanan diri yang menggunnakan tulang empat kerat ini, dengan izin ALLAH s.w.t, insyallah akan dapat menjadi perisai kepada diri kita disaat genting iaitu antara persoalan hidup & mati !

Contohnya beberapa hari lepas ada laporan berkenaan beberapa orang telah diragut & di rompak iaitu selepas mereka pergi mengeluarkan duit dibank.

Biasanya perompak akan memecahkan vermin kereta dengan tujuan untuk merampas duit tersebut. Jika orang yang telah belajar ilmu tulang empat kerat ini, insyallah dia akan tahu apa tindakkan yang perlu dilakukan terhadap penjenayah tersebut iaitu dikala penjenayah tersebut menghulurkan tangannnya untuk mencapai duit/beg!

Di sinilah penting persedian iaitu untuk diri kita sepatutnya ada "objek" yang kita boleh capai untuk dijadikan perisai/senjata!

Dengan objek tersebut sepatutnya membolehkan kita untuk :

1. Memukul bahagian sendi tapak tangan/siki penjenayah
2. Menyucuk anggota mata penjenayah,
3. Menarik/menuruk/menaik sendi tangan/siku penjenayah untuk mengakibatnya patah !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

*Nota : Selamat Mneyambut Maulidul Rasul...

Wassalam..

Basteng

Wednesday, February 9, 2011

Jurus 6 & 7 : Teknik Pukulan Kaki

Assalamulaikum w.b.t..

Jurus 6 & 7 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) adalah teknik pukulan yang dibuat dengan menggunakan anggota kaki iaitu anggota tapak kaki yang dibahagian tengah!

Dengan kombinasi kita menarik anggota tangan pihak lawan, sambil itu pukulan terus dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki "bahagian tengah" ke bahagian anggota pihak lawan seperti di bawah :

1. Ke bahagian anggota sendi kaki iaitu seperti gerakkan pijak!



2. Ke bahagian anggota sendi lutut .



Boleh melihat teknik tendangan ini seperti di dalam YouTube dibawah.

http://www.youtube.com/watch?v=i3PJSyH5bDI&feature=player_detailpage

3. Ke bahagian anggota yang dia atas peha iaitu bersebelahan anggota penyawa.



4. Ke bahagian anggota rusuk.



Suka berkongsi satu tips / teknik mudah dalam menyambut serangan tumbukan yang dilancarkan oleh pihak lawan ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan melancarkan serangan tumbukkan tangan kiri, maka kita akan menyambutnya dengan serangan kiraan perTAMA iaitu pukulan buku lima tangan kanan kita dilancarkan dahulu terus ke bahagian anggota rusuk kiri pihak lawan.




Sambil serangan kiraan DUA iaitu ke anggota muka & kiraan TIGA ke ulu hati/penyawa dilancarkan berturusan sehinggalah pihak lawan lumpuh dan tidak berdaya untuk meneruskan serangan.

Ada istilah makan TUTUP dan juga makan BUKA LUAR.

Makan TUTUP ini seperti kaedah Tampar Lalat!

http://www.youtube.com/watch?v=4x99BS0D9NU&feature=player_detailpage

Kombinasi gerakkan Makan TUTUP dengan makan BUKA luar & TEKAP adalah satu teknik yang berkesan didalam GPLY.

Tujuan gerakkan makan TUTUP adalah untuk memperlahankan gerakkan serangan pihak lawan. Sementara Makan BUKA luar & TEKAP adalah untuk menyebabkan pihak lawan tidak stabil.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04