Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!!! yang HAK pasti akan mengalahkan yang BATHIL!

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, sempena berkat bulan Ramadhan yang mulia ini disamping bertepatan dengan tarikh kemerdekaan negara kita iaitu 31 August 2010, Jiran yang aku sangat sayangi kerana sifat & peramgainya yang lebih kurang menyerupai IBLIS LAKNATULAH telah berpindah!

Sempat aku abadikan photo "curi" couple tersebut yang sedang sibuk memindahkan barangannya yang terakhir!



Subhanallah
Alhamdulillah
Allah Huakhbar

IBLIS ini telah menjadi jiran aku selama 8 tahun iaitu daripada tahun 2002 - 2010.

Untuk makluman, antara sifat iblis & dosa dosanya kepada semua jiran tetangga sekelilingnya antaranya ialah :

1. Suka menyakiti hati jiran jiran. Dengan cara meludah ke arah jiran jiran. Ludahanitu dituju berdepan dengan jiran tetangga! Yang powernya dia siap tunggu jiran tetangga balik untuk meludahi jirannya!Masyallah, gagah & samseng & gangters dia!!!

2. Juga secara psiko dengan menyakiti hati jiran tetangga lain dengan cara dia menghempas dengan kuat sekali "main door" yang berat itu setiap kali dia pulang/pergi keluar rumahnya.

Jika dia keluar masuk rumahnya 10 kali, maka 10 kali lah hentaman "main door" akan dilakukan olehnya!Perbuatannya itu consistent selama bertahun tahun iaitu lebih kurang 6 tahun!

3. Juga dia consistent membunyikan RADIO nya yang berbunyi bising bilamana dia keluar rumah pukul 7 pagi sehinggalah dia pulang sekitar jam 12 tengah malam. Bunyi radio yang sengaja diletak dibahagian posh kereta adalah amat menganggu kerana dia menyiarkan RADIO channel INDIA! Jelas sekali tujuan urtamanya adalah untuk menyakiti hati jiran tetangganya!

4. Dia juga consistent membunyikan alarm rumahnya yang bunyi kuat gila! Juga dia consistent / istiqamah memainkan alarm keretanya kerana semata mata untuk mengangu jiran tetangganya bilamana dia melihat kelibat kita orang! Masyallah, hebatnya dia!

Alhamdulillah, masuk tahun ke 7, aku berfikir berapa lama lagi aku boleh bertahan & bersabar dengan ujian dari jiran yang JAHAT ini.

Maka as sebab semua ini, maka aku mempelajari seni tempur Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ).

Masuk tahun 2 aku dah beljar maka di bulan May, 2009, maka aku menjemput IBLIS itu bertarung one-to-one atau Man-To-Man. Tetapi dia tak datang. Then, kami membuat repot polis pertama!

Kali ke dua iaitu di bulan May 2010, aku berdepan dengan dia untuk kali ke dua mengajak dia Man-to-Man fighting kerana aku nak tengok sejauh/sehebat mana samseng/gangster/mafia/kejamnya dia!!

Untuk pengetahuan, dia tunduk muka & tak angkat langsung!!!

Jiran aku ( Tuan Dzulkarnain) menjadi saksi bagaimana aku berdiri di luar pintu pagar dia sambil memanggil dia untuk keluar. Tetapi di ringkas kan berkat bulan Ramadhan hari ke 22 @ 31 August 2010, maka IBLIS sekeluarga telah KELUAR BERPINDAH ke tempat lain! ALLAH HUAKHBAR..

Kesimpulan :

1. Jika mendapat jiran tetangga yang jahat, maka itu antara ujian besar yang ALLAH s.w.t bagi kepada kita!

2. Jika kita tidak berilmu @ tiada kekuatan ( tiada ilmu pertahanan diri yang secukupnya), maka kita akan di hina@buli oleh orang yang kita sangka hebat & kuat!

3. Kewajipan kita as kaum Adam untuk memastikan keluarga kita dalam keadaan selamat daripada anasir anasir yang membahayakan.

4. Sifat SABAR & banyakkan DOA antara kaedah yang mesti di amalkan.

5. Membuktikan yang HAK / BENAR/CAHAYA PASTI lambat laun akan mengalahkan yang BATHIL/PALSU/GELAP !!!

6. Mesyuarat & perpaduan & muafakat antara jiran tetangga amatlah penting kerana bilamana kita bersatu maka musuh tidak mampu akan mengalahkan kita!
ALLAH HUAKHBAR..

*Nota : Sila lihat link YouTube di bawah berkenaan beberapa teknik Buah Pukul! Kebanyakan tekniknya adalah juga ada dipelajari di dalam GPLY.

http://www.youtube.com/watch?v=-0xTL52g6JM&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=v7bUvcM2jgE&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=v3iVMncTzoc&feature=related

Selamat berilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

[ http://www.youtube.com/watch?v=eIRy0pltg4k ]

No comments: